Posts

24.4. CUTI !

Image
Guys , wow happy la korang kan. 24hb april ni korang cuti. Tahniah malaya ! Hihihi pada tokey yang tamak tu korang jangan pulak buat derk aje. Cuti tetap cuti . Lepas cuti pekerja wajib datang kerja kalau badan sihat ! Hahaha itu pun nak ajar ke tokey ?

Aku kat sini korang cuti ke tidak , aku sama je. Buku ,kertas keliling dunia aku. Kikikih chill jek !

HOBI DAH TUKAR

Image
Guys .. sejak jadi bukan wanita biasa ni , korang nak tau tak satu perangai pelik aku ? Aku dah giler khinzir kalau nampak bunga tulip !  kalau dulu , aku nampak motor kawasaki je aku cair , sekarang tukar dah ! Nampak bunga je aku jerit ! Ya Allah !! Tuuuuuulip !! Masa ni kalau ada buahhati kat sebelah ,memang aku angkat dia letak tepi ! Kah !

Nowday kalau aku nampak kawasaki ? Automatik aku tutup hidung , tutup telinga. Ofcouse sebab bau minyak dia aku dah tak boleh tahan ,belum lagi asap ekzos , belum lagi bunyi vroom dia  ,Mau muntah darah aku batuk tersedak2.
Kah! Ngadeeeeee je kan ?

Makan tengahari*

AKU YANG SEKARANG

Selamat pagi  guys ,

πŸ‘œπŸ’ΌπŸŽ’ sejak dah tak jadi awek bengkel  sekarang ini , aku dah tak lincah macam dulu lagi guys . Semua aktiviti aku buat dengan hati2 dan slowly. Sebab ? Sebab aku dah tak kuat macam dulu.

Maybe korang ada baca pasal doa mengubah takdir yang aku taip semalam kan ? Ya , dengan doa2 orang tersayang , yang terlalu menyayangi aku selama ini , Allah izinkan aku jumpa korang dalam ni semula , dan izinkan aku merepek repek dalam ni semula. Thanks Allah.

Guys .. aku sekarang jenis orang yang tak ambil peduli hal orang lain. Apa yang bermain dalam kepala otak aku ni , esok aku hidup lagi ke tak ek ? Aaa.. itu je guys yang aku fikir hari2 , tiap masa , tiap saat.

harini aku tak sedap badan . Maybe study week ni dah buat antibody aku tak betul sikit kot..hihihihi padahal takde kena mengena pun .

korang teruskan usia yang ada tu untuk buat baik dengan semua orang k. Mudahnya hidup ini bila kau tak pandang jahat orang lain guys , tapi kau lihat jahat kau di cermin diri. Maybe…

FIRST !

Salam 1 rejab buat semua.


πŸ’πŸ’πŸ’Mulalah versi baru ,episod baru dlm kehidupan aku sebagai seorang wanita yang bukan biasa-biasa pada hari ini. Sebagai permulaan tak banyak bakal aku taip sebab mata aku dah berat giler  . Apa pun  guys ,untuk pengetahuan korang , doa itu boleh mengubah takdir , tu je yang aku nak  cakapkan . Dan lagi satu , mengikut pakar agama , aktiviti berpuasa 1 rejab tidak ada dalam fadhilat  bulan rejab tapi kalau korang rasa korang nak latih usus perut korang tentang istilah rehat dari beroperasi , dan korang rasa nak latih perut biar tak meragam pada bulan ramadhan nanti , korang boleh lah teruskan berpuasa pada siang 1 rejab ni. Niat je nak puasa , ye sudah !  πŸ’πŸ’πŸ’

Aku puasa*

AL QURAN SEBAGAI PANDUAN HIDUP

Hi guys .. lama dah aku tak bersiaran .cehhh .. kalini aku bagi lagi satu pengetahuan mengenai al - Qur'an . Iaitu mengapa membaca Al Qur'an itu sangat penting?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr. Al Qadhi di Klinik Besar Florida, Amerika Syarikat telah membuktikan hanya dengan mendengar ayat suci Al Qur'an baik yang mengerti bahasa Arab atau tidak, dapat memberikan perubahan fisiologi yang sangat besar termasuklah menghindari diri dari pelbagai jenis penyakit.

Perkara ini juga dikuatkan lagi dengan penemuan Dr Muhammad Salim dari Universiti Boston.  adi mengapa di dalam Islam ketika  mengaji disarankan untuk bersuara yang mana sekurang-kurangnya didengari oleh telinga kita sendiri?

Berikut penjelasannya :

✅Setiap sel di dalam tubuh kita bergetar di dalam sebuah sistem yang saksama,
dan perubahan sekecil apapun dalam getaran ini akan menimbulkan potensi penyakit di pelbagai bahagian tubuh.

Maka sel2 yang rosak ini harus digetarkan kembali untuk mengembalikan keseimbang…

BACALAH WALAU SEBARIS AYAT

Guys .. bila last day korang buka dan baca alQuran ?

Ambil my kad  . Lihat tarikh lahir korang . Kalau masih 7 tahun usia korang , pergilah belajar iqraq . Kalau sudah 12 tahun  , berusaha lah belajar iqraq . Dan kalau sudah 21 tahun  .. bangun dan pandang AlQuran yang sudah lama kau biarkan tu .Iqraq !!
Ayuh .. usaha  tak kenal usia  , tapi bila dah berusia  . Usaha kena lebih kepada akhirat . Puas dah enjoy masa remaja dulu . Seawal usia remaja  selepas baligh sampai ke 21 tahun sebelum dipanggil dewasa . Lama sangat  dah tu enjoynya guys . 
Korang nak salahkan parent sebab korang lalai ? Korang nak kata mereka leka dalam mendidik anak ? No need guys ,bila usia dah cicah 21 and over , semua ditangan korang , mereka dah lepas dah tanggungjawab . Sebab mereka dah hantar korang belajar  , tambah ilmu , bakinya takkan korang nak harapkan mereka adjust lagi ? melampau 
Banyak pengalaman aku dimana sudah bercucu tapi baca al fatihah pun tak jelas. Allah hu . Minta dijauhkan dari sahabat2…

SELAMAT SEJAHTERA KEATAS KAMU

Morning guys ..

Sebelum dibuai mimpi , izinkan aku merepek kejap dalam blog ni . Sebab lama noo blog ni sunyi .manatah awek bengkel pergi ? Hihi Aku ada je guys . Cuma ke 'ada' an aku tidak sehebat sebelum ni . Ada tapi macam takda . Ahh apa korang kisah ? Ekkk ??

 hahaha πŸ˜€

Dunia zaman ini ,macam2 kisah ada kan guys . Manusia , alam semulajadi , dan semua yang terlibat disekelian alam ini dah mula macam2. Kalau korang rajin perhatikan .

Manusia dah bersifat menyerupai haiwan.

Dunia yang merupakan tempat berteduh bersama keluarga dan masyarakat telah dihancurkan satu persatu.

sopan santun dah jadi bahan gelak orang . Kurang ajar telah mendapat pengikut paling ramai .

buat baik , cakap jujur , ikhlas semua tu bakal di undang bahaya .

amanah tak lagi diperlukan tetapi kekejaman mesti jadi hak milik supaya nampak diri sebagai seorang yang berkuasa .

inilah fenomena akhir zaman guys . Kalau korang ada hati dan nilai murni , sila ubah semua yang diatas kepada lawannya . Jadilah ma…