UCAPAN HARI RAYA

hari raya semakin tiba,so korang mesti nak hantak ucapan raya kat orang tersayang kan .. kat bawah ni , saya ada sediakan beberapa ucapan untok hari raya.. harap ia menepati citarasa anda :D

Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan       sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”


anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

 Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..”



Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya


“Dalam bemesra mungkin terkasar bahasa,Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, dalam berbicara mungkin ada yang menyingung rasa. jika ada kemaafan.. itu jualah yang dipinta.. Selamat Hari Raya..”


Comments