PELARIAN INI

belari ...
mengejar bintang
langkah ...
makin lama semakin lemah
satu persatu airmata bertaburan
membasahi lorong-lorong kenangan
ketika itu..
aku sedang letih berlari,
dimana kamu?
dimana cintamu?
dimana simpatimu?
tidakkah kamu ada rasa secebis simpati?
tidakah kamu punya selembar rasa cinta?
pada insan yang kian lemah ini??
insan yang kian musnah kehidupannya??
mengertilah...
pada setiap gerak kerdipan kelompak mataku,
terpancar wajahmu.
biar pun gambarannya makin pudar
namun,
ianya masih utuh diingatan..
perlarian ini tak akan pernah utk berhenti disini..
walaupun
kau tak akan pernah tahu,
yang aku sedang berlari mengejar bintangmu...


http://ghucymalaysia.blogspot.com/2010/06/rio-layu-dihujung-mekar.html

Comments