16mei...

pukul 3.30 petang..
letih lepas balik kerja.
cuaca petang ni redup, mendung macam nak hujan.
sesekali angin dingin bertiup ketubuhku yang keletihan.
suara anak-anak yang pulang dari sekolah memeriahkan suasana petang ni..
sesekali terdengar gelak tawa mereka .
aku menjeling sambil tersenyum.
aku kagum dengan semangat mereka,
walaupun dari pagi bersekolah,
namun diwaktu petang begini,
mereka masih lagi bertenaga untuk berbagai aktibiti.
hurmmmm....
mereka tak kenal erti letih,
tak kenal erti jemu,
dengan pelajaran di sekolah sesi pagi,
kemudian disambung sesi petang,
selepas tu sesi mengaji al-quran.
waw...adik-adik ku...
kuatkan semangatmu,
mencari ilmu dunia,menimba ilmu akhirat.
semoga kalian menjadi insan yang berjaya ,
dikehidupan dunia dan akhirat nanti.
hanya satu pesana kakak.
jika kamu nak berjaya dalam mencari ilmu..
hormati lah guru kamu.
berilah sepenuh perhatian pada ajaran gurumu.
dengar lah segala pesanan  mereka.
adik-adik ku..
bayangkan lah andainya tiada guru didunia ini...
apakah akan terjadi pada manusia semua?
apakan jadi pada kita ni?
lihatlah betapa hebat jasa seorang guru.
tak dapat dibandingkan dengan insan lain yang ada didunia ni.
namun sedar atau tidak,
guru kita yang pertama dalam hidup kita ialah...
ibu kita...
emak kamu...
mama saya...
umi dia...
mammy mereka...
owh...
alangkah besarnya pengorbanan guru-guru kita.
tak kira yang pertama,kedua,ketiga...atau yang terakhir....
semua nya mendidik tanpa jemu,
terima kasih cikgu..
terima kasih ibu...
selamat hari guru ...ibuku...
eheheheh...
anak cikgu ke ni???
huhuhuhu

Comments