DATUK..DENGARKAN LAH

Perubahan  yang ada pada nenek,kian menyerlah
kalau dulu kulit nenek  tegang bagai kain jersey
kini kulit nenek bagai kain sutera cina yang perlu  di iron!
renyuk seribu!

namun ketahuilah duhai Datuk..
luangkan lah sedikit masa untuk mendengar keluhan  nenek.
cukup lah sekadar lima minit.
sekalipun dia sudah tidak muda lagi.
tetapi cinta nya masih tetap utuh  buat mu datuk!

lima minit...
dengarkan keluhan hatinya yang rindukan anak-anak yang jarang pulang menjenguk.
keluhan nya tentang rindukan cucu-cucu yang kian nakal dan membesar.
dia ingin mengadu tentang pokok orkidnya yang merajuk tak mahu berbunga lagi.
tentang kakinya yang sering lenguh -lenguh.
tentang tidur malamnya yang kian tak lena..

datuk..
jadilah teman setia untuk dirinya yang sentiasa setia disisi datuk.
sudilah menjadi pendengar untuknya disaat dia masih lagi disisi.
setialah untuk setianya .
kerana dia sahaja yang  sudi melayari bahtera kehidupan bertahun-tahun bersama datuk..
bangga lah duhai datuk  kerana menjadi kekasih nenek..

Comments