SENTUHAN BLOGGER YANG MEMBERI KESAN PADA AKU

malam ni baru lah aku ada peluang untuk  masok group 'kami rakan BLOGGER'.

boleh tahan jugak kepopularan masing-masing kan kat group tu,

bukan apa,

yang aku tengok masing-masing dok syok promote entry diaorang je...hehehe

tapi macam kureng mesra alam je group tu...

maaf,pandangan peribadi aku je ni...

namun secara kasarnya,

ramai jugak yang peramah-peramah tetapi sesama mereka je  lah ( yang  satu geng)

yang bukan  geng buat post,mampuih tak layan heheheheh...

apa kes lah kan...kata group kami rakan blogger...

NI DAH LARI TAJUK GROUP DAH NI hahaha...maafkan saya~

lagi-lagi  blogger yang baru nak bernafas macam aku ni...

langsong diaorang tak pandang ahha..

sambil membuka tiap entry kawan-kawan yang dipostkan kat group tu,

aku pun layan baca satu persatu entry mereka..

yang mana aku belum follow tu aku done follow lah...

TIBA-TIBA  aku termasuk satu entry yang pada mulanya aku ingat dia otai blog.

ayat dia memang berasap telinga masa baca entry dia tu.

adeh....aku ni sebenarnya tak berapa minat nak mengutuk orang,

apa lagi nak merendah-rendahkan kewibawaan seseorang..

selalu kat blog aku ni aku luahkan jiwa jiwang aku aje .

tapi kali ni,aku terdorong nak mengulas apa yang dia luahkan kat entry dia...ehehehe...

sory bukan biadap ok tapi terdorong..

memang betol lah kata dia,

blogger ni ada macam-macam ketogeri,

tapi jangan hipokrit time buat entry...

nanti kepala dia gatal time baca entry korang..hahahhaa

namun sambil mengaru kepala,

dia terus gak membaca beberapa entry owner blog tu .orite gak tu!

yang peliknya,

dia tidak tinggalkan komen pulak kat shoutbox owner jika entry owner tu kureng!

kenapa ye,?

sepatutnya dia perlu beritahu owner blog tu mana yang kureng  tu.

dengan menggunakan ayat yang paling kreatif dan terbaik.

yelah dia kan orang lama,

bukan seorang yang hipokrit dan tidak terdesak,

so  tak salah kalau dia menegurkan..

atau memberi cadangan,ye tak?

untuk kebaikan bersama jugak.

macam aku yang belum pun setahun menceburi arena blogging  ni,

agak sukar untuk aku nak komplen entry  orang lain,

maklom,

entry aku pun bukan best sangat,

buat entry pon sebab nak luahkan perasaan je.

bukan nak cari untung,

bukan nak cari publisiti murahan,

bukan jugak nak mengata orang,

bukan nak cari koleksi follower,

just untuk dairy je..

untuk luahan perasaan agar aku tak stress time tu huhu

semua entry aku  adalah atas dasar apa yang aku rasa saat tu,

yang berkisar sekeliling kehidupan aku,

kisah cinta aku,

kisah peribadi aku

or kawan-kawan aku yang aku share kt blog untuk pedoman sesama kita je.

aku tak reti nak promote menu apa yang aku  makan  haritu,

aku tak pandai nak tunjuk bahan apa yang aku masak  haritu,

sebab cukuplah apa yang aku rasa aku pamerkan disini ,

tak perlu aku pamerkan apa yang aku buat dikongsikan disini...

hehehe tu prinsip aku pulak...

namun aku bersyukur untuk entry sahabat blog tu tadi.

sebab dia telah membuka mata dan minda aku pada malam ni ,

supaya beringat-ingat jika kita buat entry,

jangan lah syok sendiri,

bagilah peluang orang lain syok time membaca entry kita.

dan aku pon tak tau nak bilang apa lagi untuk entry aku kali ni,

takkan nak bilang benci tapi cinta kot  hehehe

cukop la  tu ok, tetapi satu je pesanan aku,

ambil yang baik itu untuk kita jadikan amalan,

manakala yang burok itu kita kena ingat ,

dan berjanji pada diri tak akan mengulanginya lagi,

kerana tiada kesilapan,tiada juga pembetulan...

selamat maju jaya wahai sahabat blogger semua,

takkan melayu hilang diblogwalking ehehehe!!

assalamualaikum...aku sayang kamu~

maaf jika ada terlanjur kata,terkasar bahasa,

bukan itu niat saya,maafkan saya~

Comments

zizie said…
zie pun tulis apa yang zie rasa je... hehehe...
HETTY ZULAIKA said…
heee... zizie, tu la cara yang terbaik,janji hati lapang lepas luahkannya kan,.. sayang zizie!!!!
:)