MENANTI ITU PERIT


sebelum makan sahur
aku masih sempat melayari
walaupun hakikatnya semua kawan-kawan aku masih tidur
dan tiada siapa nak aku ajak  bersembang pagi tu.
diluar
angin sepoi-sepoi bahasa sesekali memberiku mood suasana menjelang subuh
jam didinding tepat pukul 4.30am
kenapa aku nak on kan netbook ni
sedangkan lagi elok aku menjamah juadah sahur pagitu
atau mengemas bilik aku sebelum aku ketempat kerja?
malam tadi..
ye malam tadi ada seseorang dah berjanji dgn aku yang akan menanti aku disitu
aku dan dia saja yang tahu
dengan bertemankan friendlist aku yang seramai lapan orang...
aku gagahi mata untuk menatap skrin netbook yang makin suram didepan mataku
namun  bayang si pejanji tak jugak aku temui
dari jam 4.30am hingga lah kejam 5.00am aku menanti
selepas siap makan pada jam 5.30am
aku sambung lagi penantian ku..
namun ianya masih sepi...
diluar kedengaran suara azan suboh sayup-sayup..
tanpa disedari...
airmata ni turun lagi...
sebak sayu pilu...
hati jadi remuk seribu
jiwa jadi kian pedih
aku kah yang terburu-buru kerana mempercayaimu
atau kamu dah lupa akan janji mu itu....
sayang....
hanya satu pintaku
hargai aku selagi aku setia disini....

Comments