Skip to main content

SEPI SEKUNTUM MAWAR MERAH

hari ni aku teringat pulak kat seseorang
seseorang yang aku jumpa minggu lepas,
sewaktu aku pulang ke kampung bercuti tempohari.
beliau ialah kak Sue
seorang ibu kepada 2 orang anak...
juga seorang ibu tunggal..
seawal usia 36 tahun ,
kak Sue sudah ditinggalkan suami tercinta untuk selama-lamanya..
kini..kak Sue lah yang mengurus segala keperluan keluarganya sendirian.
ketika bersembang dengan dia,
banyak pengajaran yang aku dapat...


~hetty...akak nak cakap ni...
  pesan kak sue..
*ye kak..ada apa?
  soal ku seakan berminat nak dengar apa yang akan dicakapkan tu.
~u kalau nak cari jodoh..biarlah yang dapat restu dari family u taw..
  pesan kak sue lagi
*tapi..kenapa kak???
  aku makin keliru...
~atas apa yang terjadi atas diri akak ni,
~akak rasa biarlah  akak sorang je yang merasa..
  ucap kak sue perlahan
* i cant understand la kak ...
   jawapku seloroh dan dah takde cover-cover lagi,
   biarlah nampak macam bebal sikit,
   janji aku puasati ..hehehe
~sebenarnya akak berkawin dengan aruah suami akak tanpa restu family ..

kak sue mulalah  membuka lembaran ceritanya.
dan aku mendengarnya dengan setia..
selepas peperiksaan SPM akak couple dengan aruah,
dan merancang untuk bersama selamanya..
namun selepas semua janji cinta kami terpatri,
kami dikejutkan dengan bantahan dari keluarga akak.
kata mereka pilihan akak tu tak sesuai dijadikan menantu mereka..
tapi disebabkan jiwa remaja akak yang memang ikut kata hati..
akak bernikah juga dengan dia..
walaupun keluarga tak merestuinya..
setelah 5 tahun bahtera kami berlayar,
mak dan ayah akak tetap tidak mengendahkan kehadiran suami akak tu..
mak dan ayah akak telah membuat keputusan.
akak  diarah pulang kekampung dan tinggal bersama mereka.
ketika itu suami akak ada masalah dalam kerjayanya.
untuk mengelakan sebarang kesulitan timbul dalam keluarga lagi,
akak akhirnya bersetuju dan suami pula terpaksa mengizinkan..
tetapi diwaktu yang sama,
mak dan ayah akak mencadangkan akak memohon cerai.
kononnya suami akak seorang suami yang tidak bertanggung jawap..
akak jadi bingung,
berbagai persoalan bermain dikotak minda ni.
walaupun suami akak tidak kaya raya,
tapi kami bahagia.
cuma rezki kami mungkin tidak semewah adik-beradik akak yang lain..
namun akak tetap redha,
kerana rezki  itu pemberian Tuhan..
dan kita tak mampu nak mengubah kuasa Pencipta.
lama kelamaan..
keegoan suami akak muncul.
ini disebabkan dia sudah tidak tahan dengan perangai keluarga akak yang lain.
akak jadi keliru.
disini suami..
disana family..
selama beberapa tahun suami akak tidak menjenguk akak dikampung.
tiada berita untuk anak-anak.
tiada nafkah untuk kami semua..
keluarga akak bertambah berang atas perangai dia ,
tapi mereka tak tahu,
segalanya berpunca dari tingkah laku mereka juga.
tiap hari akak berteman air mata,
tiap malam akak rindu kan dia..
dan dia tetap sepi...
soalan anak-anak tentang papa mereka amat memeritkan hati akak ni.
kadang-kadang akak jadi buntu untuk memberi jawapannya.
maklum lah,
budak-budak ni memang akan bertanya dan bertanya jika kita bagi jawapan yang kurang memuaskan hati mereka..
pada akhir tahun lepas,
akak dapat panggilan talipon dari mak mertua akak,
yang suami akak kemalangan sewaktu pulang dari kerja.
dan beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir ditempat kejadian ..
masa tu retak seribu hati akak ni..
bagai hilang semua kekuatan akak .
yang selama ni akak simpan rapi sebagai semangat akak untuk hidup disamping anak-anak.
you bayang kan lah hetty..
bagaimana hancurnya hati ni dalam saat kita merindu dia,
tetiba kita dikejutkan dengan kematian nya pulak..
kini..akak memang benar-benar ditinggalkan..
lebih kurang setengah tahun akak tak dapat terima kenyataan,
yang akak sudah kehilangan dia..
alhamdulilah kini akak redha..
semua yang terjadi ni memang bukan kita hendak,
namun kta memang tak dapat lari dari semua ni
kerana semuanya sudah ditakdirkan sejak azali lagi.
tapi apa yang akak amat terkilan..
akak tiada disampingnya disaat dia menghembuskan nafasnya yang terakhir tu...

~hetty...
*ye kak...
~akak rindu dia ...
  air mata kak sue tumpah dipipi...sepi....
*sabar ye kak..
   aku pelok kak sue dengan erat
   supaya kak sue rasa  tenang dan tidak rasa dia keseorangan..
   dan tanpa aku sedari...
   air mata ku pun turut tumpah dipipi...



Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx