Posts

Showing posts from August, 2012

SEPI TANPA BERITA

Maaf..
sunyinya blog aku ni,
macam lah aku sorang yg pergi beraya kan...
hahaha
sibok bebeno, maklumlah jumpa ahli keluarga dan kawan-kawan...
kadang-kadang tu macam baru je nak mula sembang ,
tapi rupanya dah hampir 5 jam dah bercakap
hahaha, gila tol!
makan jangan cakaplah..
dah makin tembam pipi aku ni melantak.
hehehe
paling seronok pergi rumah makcik-makcik aku!
dapat duit raya!!!
yea yeah!!!
makcik aku tu mungkin lupa yg aku ni dah kerja
hahaha
seorang makcik bagi 10 hengget..tu yg paling sikit doe
dan kira-kira makcik aku ada dalam 25 orang
so korang fikir la sendiri beb!!
heheheh
lepas jugak duit minyak kereta aku ni
bhahahaha
tapi aku belum dapat pergi kerja lagi la..
demam datang kali ni
paling teruk dari demam yg pernah aku hadapi seumur hidup aku..
sampai aku kena tahan di ward selama 3hari..
sedih..
memang sedih...
tapi apa sebab aku demam??
doktor cakap aku letih dan badan aku sangat lemah
maybe aku letih sebab kutip duit raya le tu..kot!!
hehehe
doktor tak tau,sebenarn…

RINDU DIPAGI RAYA

Image
Sehening suboh nan indah dikampungku..
mata pun  tak mampu nak pejam
suasana pagi dikampung sungguh indah..
dingin bayu yg menghembus...
suara burung  bernyanyi riang..
suara kokok ayam jantan..
ceria dan syahdu..
tahukah kau..
bagaimana stuasi aku dipagi ini,
dipagi hari raya yg shahdu ini?
ya..rindunya aku kat kamu..
sang kekasihku nun jauh disana...
hurm....

APALAH NASIB KAMI

Image
HELLO...
nak kongsi cerita pasal malam semalam !
peristiwa yg tak dapat aku lupakan sampai bila-bila..
malam tu aku keluar dengan miss Yellow dan miss Black
kawan sebilik masa belajar di kolej
dia orang tu kawan rapat aku
walaupon kami berbangsa yg berbeza
tapi kami memang rapat!!
pada asalnya tujuan kami hanyalah untuk berjalan-jalan sahaja
maklomlah dah lama tak keluar sama..
miss Yellow orang Sabah
manakala miss black orang penang..
dan aku penduduk tetap johor..
lepas dinner di rengit cofeehouse
aku bertiga bersepakat membeli belah untuk persiapan raya.
habis satu mall kami terjah!
dari satu kedai, ke satu kedai
sampaikan kedai tengah ubahsuai pon kami masuk hehehe
tak ke sengal namanya tu!!
abis shopping kami kehausan.
miss black ajak aku pergi minum di sebuah restoran thailan
aku ikot je..miss yellow pon setuju!
kami order jus orange, strawberry and apple jus!
miss black ajak makan!
aku cakap aku da kenyang
tapi dia sungguh-sungguh nak ajak aku makan..
lastly..makan jugak lah..…

APA SALAH KU ?

Malam dengarkan lah
rintihan naluri seorang gadis..
menangis sendiri mencari sang kekasih..
namun dia terus saja dihimpit oleh kedinginan malam yang sepi..



duhai angin...
andai kau dapat baca seluruh isi hatiku
bagaimana kau bisa  menyaluti dinginmu dipelusuk tubuh ku ini..
jiwaku kian meronta!!
perasaanku makin derita
tanpa kekasihku disini malam ini..



wahai teman setiaku si air mata...
usahlah kau turun lagi
kerana aku tak mampu membiarkan kau jatuh lagi dipipi
aku tak mampu menahan pilu resah yg kian membara
kepadanya si jantung hati yg sepi...



rindu...
kau peluklah aku tanpa jemu
kehangatanmu menjadikan malamku kian sayu
menyelinap bersama kenangan yg hangus
kian pudar ditiup bayu luka



kini baru aku sedari
yang tinggal dikelopak cinta ini
hanya aku, malam,angin, rindu dan airmata....
hurmmm...apa salahku?

MAMA SAYANG ANAK AYAH

pernahkah korang coba bayangkan
bagaimana kehidupan seorang gadis seperti aku ni?
yang sentiasa hidup dibawah kawalan keluarga?
banyak yang dapat dikongsi disini.
pengalaman aku..
anak mama yg sangat disayangi..

dari kecil hinggalah sekarang
aku memang membesar didepan mata mama dan ayah
ayah yg seorang peniaga
dan mama pulak seorang pengusaha taman asuhan kanak-kanak.
pernah dulu aku tinggal diasrama,
tapi aku mampu berjauhan selama 6 bulan je.
tak tahan menanggung rindu kat keluarga.
tiap kali mama call,aku mesti nangis nak balik.
puas orang tua tu pujuk,tapi aku tak layan .
aku kata aku rindu adik-adik.
aku nak adik-adik aku disisi aku
huhuhu padahal aku nak tengok mama dan ayah depan mata aku!!
haish..payah ,payah... mama selalu bersungut!
kadangkadang mama jadi nangis bila dengar aku merengek di corong talipon.
aku bila dengar suara mama yg sayu tu,
tambah sedih lah..hehehe kememeh kan?
jawa kata 'gembeng'
hahaha... jawa ni you~
sambong semula cerita...
bila dah balik..da…

SUKAR - SULIT - SEMPIT

Image
agar sukar dikatakan disini
pasal jiwa yang makin kacau ni..
pasal hati yang kian hanyut dilambung ombak asmara
pasal perasaan yang selalu tak keruan mm...





memang sulit untuk menyatakan
pasal cinta yang tidak kesampaian
pasal jiwa yang makin serabut
pasal kekasih yang semakin kalut!





jiwa aku kian sempit
resah aku jadi sakit
sempitnya hati
sempitnya akal
sempitnya perasaan...




antara sukar, sulit dan sempit....
aku tetap redha atas segalanya
menyerah bukan bererti aku lemah
kerana menyerah aku kali ini
adalah penyerahan jiwa dan perasaanku
untuk menyayangi semua orang  yang sudi  menyayangi aku...
terima kasih untuk semua kasih sayang itu...
aku sayang semua jugak!!

MANA KAH CINTA SAYA?

amboi bersaya-saya gitu...
macam skema sangat
hee.. try nak jadi budak yg bersopan santun laaa..
nak berkata-kata bagai manusia paling sopan didunia pulak!
huhuhu..
agak-agak korang aku boleh tak?
ok2 i'll try my best!!!

ahaks!

saya memang teringin jadi baik
padahal memang budak baik pon saya ni
hoooo..perasan sudah!!
siapa yg kata saya jahat?
tak moh kawan lah!!
hehehe
nanti saya block profile facebook awak lah!
hallamak!! gengster sudah!!
hehehe
sekarang ni kawan-kawan facebook saya dah pandai touching tau!
bila silap sikit je terus block!
tetiba je komen dia dah padam huhuhu
i'm sorry~
saya memang kuat bergurau..
tapi saya tak tahu  kalau gurauan saya bakal membakar jiwa kawan saya yg jiwe-jiwe tu
aduh duh duh...
maafkan saya sekali lagi!
semua adalah kawan saya
semua adalah peghibur saya kala saya sunyi
kenapa harus touching???
mengapa perlu blocking???
kalau saya silap sila bagitau saya diinbox!
so simple ok..
saya pun bukan lah sempurna sangat,
kadang-kadang otak pun ser…

APA KATA YOUR GIRLFRIENDS?

hello!
elok je perut ni lepas makan sahur
hehehe
haraf akan berkekalan sampai azan magrib nantilah hendak nya kan.
hari ni nak kongsi dengan semua
apa awek-awek cakap pasal boyfriend dia kat kawan-kawan mereka.
bukan nak mengutuk tapi apa salah kalau semua nak tau.
jom-jom lintas langsung ni!
eheheh


awek 1
aku paling sayang part bila dia ajak keluar lah
selalu bawak pegi shopping
beli baju, alat make up
kasut..pastu belanja makan
kalau boleh hari-hari aku nak keluar dgn dia
heheheh
kata pakar cinta- jgn buat mcm ni.. awak bukan syg bf awak tu, tapi awak sayang duit dia je. awak anggap bf awak tu mcm bank kan? tak baik tau.. apa salah sesekali awak pulak yang belanja bf awak pegi shopping? baru adil dan dapat pahala ehehehe... ni macam kata-kata pakar pembelit je hahahah


awek 2
saya memang jarang keluar dating
sebab bf saya jauh
kalau jumpa pun cuma jejalan amik angin
macam pegi jejalan tepi pantai
mandi kat air terjun
tengok binatang kat zoo
tengok wayang
shopping kompleks memang kami…

TERUJE LEW TU

hai semua..
seronok je nak rayakan
kemas rumah..buat kueh..tempah baju
yang macho-macho tu pulak cat dinding, cat bumbung hehehe
ade ke?
ade la tu haha

korang tengok la..
blog aku pun..
kemain lagi..
dengan cahaya pelita
berketupat gantong-gantongan   tu..
begitu teruja nak sambut raya.. hahahah
widget ni jumpa time blog walking and blog running tadi hehehe
kata owner blog tu..
nak amek..amek la..
kerja senang...
ada beberapa lagi gambar yg menarik ..
korang kalau nak buat jugak...
meh lew jangan segan-segan
beraya bukan selalu..
bergaya yang kena hari-hari
kan...hiasilah blog anda sekarang!!!

nak cari?ni link dia!
nama je blog budak nakal..
tapi dia pemurah tau...
kasi info yg memang menarik...
pergilah tengok...
jangan lupa say thank you taw
haaaa
apa daaa
macam budak-budak je kena ajar...
selamat  berpuasa...
dan selamat mencuba ok..
tata..

JANJI KEPADA MY BOY

Image

LAMUNAN KU TIBA-TIBA TERHENTI

Image
hai...
ni cerita dalam selimut
tapi macam nak share
bila tak luahkan kat sini
nanti aku jadi gila....
bermula kisah pada malam tu....
ye...malam tu aku dan keluarga menikmati makan malam bersama-sama
suara ayah mengusik manja pada adik aku yang kecil sesekali diselangi dengan gelak ketawa.
aku rasa malam ini adalah malam yang amat bermakna dalam hidup aku untuk beberapa bulan ni.
kerana malam ini..
mama,ayah,aku, adik-adik, dapat makan malam bersama dengan nenek yang kami sayangi.
sejak nenek keluar dari hospital tempohari,
aku tidak berkesempatan menziarahi nenek.
sehinggakan nenek pulak yang datang menjenguk aku disini.
tengs nenek...
mulanya semua berjalan dengan lancar..
kami bersembang pasal keluarga kami yang lain.
kami bercerita pasal hari raya yang bakal tiba.
kami selang seli dengan gurau-gurauan nenek dan ayah serta mama.
aku yang siangnya amat letih kerana kerja dan berpuasa.
merasa amat terhibur sekali pada malam ni..
tiba-tiba..
nenek mengatakan hajatnya datang kerumah b…

BAHAGIANYA DIA

Image
kali ni aku tengok dia makin happy
selalu tersenyum
sentiasa ceria
kalau dulu setiap harinya penuh dengan runggutan
kalau dulu setiap langkahnya asik menjengkelkan
kini tak lagi...
kamar ini bagai disiram bunga-bunga asmara
haruman cinta telah menular disetiap sudut hatinya
istana rindunya kian menyerlah
aku gembira melihat dia begitu selamanya..
sebelum ini
semua jadi keliru tapi kini jadi rindu
sebelum ini
semua hanya dusta tapi kini diambang cinta
tahniah untuk keceriaan ini
tahniah untuk cinta mu itu
doaku...
bahagialah sayang,
jagalah maruahmu
jagalah cintamu...
lebiu~ aku sayang kamu adikku!

PENGAKUAN SEORANG SECRET ADMIRE

Image
awak..
dalam diam saya merindui awak rupanya
dulu saya ingat kita cuma kawan biasa
yang akan bersembang soal masa lampau
soal kehidupan harian
soal cinta yang tak kesampaian
soal kekasih yang selalu cemburu
kemudian
kita sama-sama mengharaf agar keadaan akan kembali pulih
saya doakan awak dan awak mohon doa untuk saya
bila bersembang macam-macam yang kita rasa
sedih, gembira, marah dan senyum-senyum pun ada
tapi itu tak lama
bila saya dah tak berkesempatan untuk bersembang dengan awak
awak akan cari saya
awak kata awak rindu saya
awak kata bosannya tanpa saya
awak luahkan semua yang terpendam dalam dada
awak...
saya tak mampu bagi awak bahagia
sebab saya bukan lagi sendirian
saya milik orang dan awak tahu kan semua tu
maafkan saya
tapi awak kena ingat
saya tak pernah buang awak dari hidup saya
sebab...
saya dah lama sayang awak dalam diam
tapi...saya tak mampu nak luahkannya
kerana.....
malu saya masih kukuh dalam diri ini
dan...saya keliru..
adakah saya ni kekasih yang curang ..?