Skip to main content

LAMUNAN KU TIBA-TIBA TERHENTI




hai...
ni cerita dalam selimut
tapi macam nak share
bila tak luahkan kat sini
nanti aku jadi gila....
bermula kisah pada malam tu....
ye...malam tu aku dan keluarga menikmati makan malam bersama-sama
suara ayah mengusik manja pada adik aku yang kecil sesekali diselangi dengan gelak ketawa.
aku rasa malam ini adalah malam yang amat bermakna dalam hidup aku untuk beberapa bulan ni.
kerana malam ini..
mama,ayah,aku, adik-adik, dapat makan malam bersama dengan nenek yang kami sayangi.
sejak nenek keluar dari hospital tempohari,
aku tidak berkesempatan menziarahi nenek.
sehinggakan nenek pulak yang datang menjenguk aku disini.
tengs nenek...
mulanya semua berjalan dengan lancar..
kami bersembang pasal keluarga kami yang lain.
kami bercerita pasal hari raya yang bakal tiba.
kami selang seli dengan gurau-gurauan nenek dan ayah serta mama.
aku yang siangnya amat letih kerana kerja dan berpuasa.
merasa amat terhibur sekali pada malam ni..
tiba-tiba..
nenek mengatakan hajatnya datang kerumah bukan sebab rindukan kami sekeluarga sahaja.
tetapi...nenek ada bawa hajat orang...
owh!!...dan hajat orang itu berkaitan dengan aku!
ape ni?????????????
lamunan aku tiba-tiba terhenti disini...
lamaran ini utk aku????
tapi kenapa aku??
bukan orang lain??
kenapa mesti aku dilamar sedangkan aku belum bersedia untuk semua ini??
aku jadi sebak...
dan meninggalkan meja makan itu
terus masok kekamar aku...
nenek datang memujuk aku yang mula berwajah layu..
sayang...
ini hajat orang
mereka dari keluarga baik-baik
anak mereka orang baik-baik
nenek kenal mereka tu
dan mama dan ayah kamu pun telah bersetuju
tapi nek....
aku mula merayu kat nenek...
orang ni belum bersedia untuk semua ni la...
orang kan nak sambung study..
kan haritu orang dah cakap kat nenek??
ye..nenek paham...
tak pela..kalau nak belajar kamu pergi la belajar
apa salahnya bertunang dulu?
ataupun selepas berkawin pun kamu masih boleh belajar kan?
lagi elok,kamu akan dijaga oleh suami kamu disana nanti..
jadi mama dan ayah kamu tidak lah bimbang pasal diri kamu..
nek....
air mata aku mulai turun..dari bergenang kini jadi makin laju..laju dan....
tak dapat aku gambarkan disini...
nek..
bagilah saya peluang untuk memilih pasangan hidup saya nek,
yang berkawin kan saya
so..adilkan kalau saya yang buat keputusan untuk calon suami saya?
ye..ye...nenek tau...
tapi dimata nenek..
budak tu memang baik..
sopan santun..
berkerjaya..
yang paling penting dia taat pada agama.
dan bukan ke kamu ada beritahu nenek dulu,
untuk mencari calon yang soleh
agar kamu terbimbing hidup didunia dan akhirat nanti???
nenek......( aku dah mula merayu pada nenek )
beri saya peluang la...
kenapa??
kamu dah ada pilihan hati kamu?
yew....jawap ku iklas...
siapa dia?
orang mana?
kerja apa?
anak siapa?
adakah dia dapat bahagiakan hidup kamu didunia dan diakhirat nanti??
adakah kita kenal sapa ahli keluarganya?
nenek tak nak kamu hayal dengan arus cinta kamu
sehingga kamu hilang pertimbangan untuk masa depan kamu!
nenek ni dah lama hidup...
baik dari nenek,
baiklah untuk kamu..
ingat tu..
nenek bagi kamu masa untuk pertimbangkan hajat ini..
dan ingat..
jangan hanya kerana cinta ..
kamu ketepikan masa depan kamu
masa depan hidup dunia dan akhirat kamu itu..
sebab nenek pun bukan dapat hidup lama lagi dah ni..
ni saja hadiah dari nenek untuk kamu..
kamu fikir-fikirkan lah...
sebelum nenek pergi meninggalkan aku dikamar..
nenek sempat memberikan gambar jejaka yang telah menyimpan hasrat tu..
korang nak tengok ke?
tak jeles?
aku tanya ni sambil kesat air mata tau..
nak jugak tengok??
mata aku dah naik bengkak ni..
dah hampir sepet dibuatnya..





laa bukan ni lah!
ni lom baligh lagi..
haritu dia datang cuma hantar bunga je..
ni secret admire aku...
kejap aku cari mana aku letak gambar  lelaki tu ...
hurmm... puasa-puasa pun nak minang orang..
apa daaa...



aduh keluar yang ni pulak!!
kalau hensem macam ni..
lupa diri kot aku..hee...
adeh mana tah aku letak...
jap eh...hehehe

ok..jumpa dah...
korang nilaikan lah...
aku tak mau komen pape....
kat atas tu cincin merisik yang dia hantar melalui nenek aku...

.....
nothing in my mind..
sebenarnya..
ni cuma gambar hiasan...
aku tak rela wajah dia ada diblog terukir dibintang kesayangan aku ni
haraf maaf ....
aku masih dimood  : sebak

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx