22ND OF SEPTEMBER 2012




Tarikh keramat buat aku
tiada lagi ku dengar suara mesranya
tiadalah tangisan manja dicorong speaker handset aku..
dan harini aku hantarkan SMS terakhir buat dia
si jantung hatiku
cintaku
manjeku
itulah gelaran yg aku beri pada dia selama ni...
meninggalkan tersayang keseorangan bukannya kerja mudah.
ucapan selamat tinggal kali ini bagai pisau yg membelah hati
kata-kata maaf yg terucap umpama lembing yg menusuk dada
suara jadi tersekat
nafas jadi beku
air mata umpama percikan darah selepas ditembus peluru.
bibir bergetar umpama gempa bumi..
pemergian aku kali ini
apakah untuk kali terakhir?
adakah ada lagi pertemuan selepas ini?
takdir saja penentu segala...
sayangku...
aku dah tidak berdaya melawan takdir
aku kini kian lemah
hanya mampu berselindung
disebalik senyum palsuku
gelak bohongku
namun jauh disudut hati ini
aku telah mati...
dan setiap saat terasa semakin jauh meninggalkanmu
maafkan aku sekali lagi.
pemergian ini bakal membuktikan padamu
bahawa cinta yg ikhlas perlukan pengorbanan.
harap kau dan aku tabah dalam dugaan ini....


sayangku....
kaulah kenangan terindahku
dulu..
kini...
dan selamanya
namun jodoh bukan milik kita berdua...
maafkan aku sayang....

Comments