Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

GUDBYE 2012

alhamdulillah . .
akhirnya sampai jugak aku ke penghujung tahun 2012
tengs to Allah untuk setahun yg penuh mencabar buat aku
berbagai pengalaman yg aku tempuh
berbagai kenangan yg dapat  aku abadikan juga
kenangan pahit manis , kenangan yg indah , kenangan yg makan hati . . .   (^,^)'
diambang 2013 ini apakah aku makin menjadi tambah matang
kerana semua yg terjadi di 2012 lalu
akan aku jadikan teladan dalam perjalanan sisa-sisa kehidupan aku ini
2013  ~
menyinta , dicinta , atau apakah bakal kecewa lagi???
dapatkah aku lalui setelah jiwa aku teruk di mamah kecewa lalu
tak mampu rasanya air mata ini nak turun lagi
tak larat rasanya bersedih lagi
jiwa aku sekarang ni dahagakan bahagia
naluriku sekarang ni inginkan gembira . .
mampukah semua tu terjadi di 2013 nanti??
sekarang aku pasrah lantas menyerahkan semua pada takdir Allah
kerana semua tu bakal berlaku dan aku tak mampu halangnya
sesungguhnya aku manusia yg tak pernah sempurna .
namun aku bersyukur kerana diberi kesempatan unt…

KATANYA

HMMM . . . .

hari yg sangat busy buat aku
seawal pagi dah mula melakukan aktibiti rumah
family ramai lepak kat rumah nenek
maklum cuti hujung minggu
ahh..melepaslah aku nak bermuka  buku
seronok jugak melayan makcik-makcik, pakcik-pakcik dan sepupu sepipit tu
hahaha ..mana ade sepipit tah ..main belasah jek cakap ni  :p
tiba-tiba ..sedang syok masak didapur
aku terus teringat kat dia . . hmmm . . yunx . .
miss u tetibe je ni adeh . . . terus rase sebak . .
nilah akibat kedegilan aku
apekah kedegilan aku tu?
ye . . sesuatu yg bukan susah pun
tapi aku memang anggap serius benda ni
apekah dia??hmmm . .  aku memang degil untuk menghubungi dia
walaupun number fonenya dah tersenarai dalam list di handset aku ni . .
kenapa sebegini degil?
padahal dah rindu seteruk ni?
hmmm . . . biar lah aku sorang je yg tau
biar aku sorang je yg rase
biar aku sorang je yg tanggung
betapa sakitnya rindu ni
sebab aku tak mahu lepas ni aku bukan saje rindu kat dia
tapi aku akan rindu suaranya juga . . .argh! tu lagi derita…

KENAPA YUNX . .

malas . . .
mood semalam bersambung ke harini
kalau semalam malas
hari ni tambah malas . . .
sejak kebelakangan ni
aku dah malas nak bercakap
jiwa tah pape
kang cakap banyak orang kata aku kuat meroyan . . .
lemah . . .bila apa yang dibuat semua tak menjadi
bila kejutan demi kejutan datang dalam hidup
lesu tak bermaya lantas sahabat menjadi mangsa
orang sekeliling yg tak tahu ape-ape bakal menjadi sasaran
bingung . .bila kau diam camtu
apa salah ku?ape dosa ku?mana silapku?
yunx . . .
berdiam bukan penyelesaian
kamu diam bukan aku tau ape yg dipendamkan
diam nya kamu makin buat aku sakit . .
aku ingat dengan kehadiran kamu saat aku lemah camni
bakal menjadikan malam ku jadi terang
rupanya kamu bawa kabus dimalam ku yg dingin lagi sepi ini . .
emmm . . .sungguh aku katakan
yg aku makin lemah.. sakit.. derita di situ
mau saja ku lepaskan kan semua
agar aku dan kamu tak lagi bertemu
namun apa yg aku bimbang
marah ku ini bakal jadi aku tambah rindu padamu . . .


BLUR *OTAK KOSONG*

SEBAB SAYA TAK BAGI

assalamualaikum awak . . .
bila baca massage tu hati saya jadi sayu  . . .
salam yg awak hulur
buat saya jadi sebak seketika
kelu ..tak tau nak kata apa
kalau sebelum ni saya gembira bila di tegur awak
tapi kenapa malam ni saya jadi sebak . . .
bila air mata dah puas mengalir
saya balas salam tu dengan degupan jantung yg lemah
waalaikumusalam . . .
dah abis ngajuk? tu soalan yg awak bagi kat saya
sedih campur geram pulak saya rasa
nak gelak tapi saya tahankan
dalam senyum air mata berlinang saat tu..
awak memang sengaja bagi soalan nakal
walaupun masa tu saya tengah serius
awak...
awak tau tak
kenapa saya masih berada di inbox awak lagi
kenapa saya masih melayari laman sosial tu
semua sebab awak . . .
awak yg tak bagi saya deaktif
awak kata nanti awak rindu saya
awak kata nanti awak nak benci saya selama-lamanya .
padahal awak ada ramai lagi teman disitu kan
kalau saya hilang pun mana mungkin awak perasaan .
ye..malam tu bila keluar ayat ..HATE U
saya jadi blurr
jantung saya macam bar…

TENTANG SI PEREMPUAN

GENAP SETAHUN

ye hari ni genap setahun
pemergian insan tersayang
yg selalu bermain di kotak ingatan aku ni
bagai baru semalam dia pergi
meninggalkan aku..mama dan semua
meninggalkan kekasihnya juga disana . . .
hari ni suasana menjadi sepi dirumah kami.
kerana semua sedang bersedih . .
bila disebut namanya, hati jadi pilu . . .
bila dikenang akan pemergiannya, air mata turun laju . .
kini selepas kehilangan dia
seluruh dunia kami berubah
kehilangan yg buat kami sangat-sangat terasa
tiada lagi tempatku bermanja
namun jika kami sayang dia, Pencipta lebih menyayanginya..
yg mampu kami buat hanyalah redho
dan bacaan yasin dan tahlil buat arwah akak . .
moga akak aman disana ..aamin . . .
kak . . . kasih sayang ini takkan pernah pudar.
terima kasih Allah kerana membawa kakak hadir dalam hidup kami
walaupun sekejap cuma . . .
al-Fatihah .. .


BILA RINDU

eh macam tak de pekataan lain kan
tak abis abis dengan rindu  ha3
abaikan je lah . . .
harini agak busy sikit dalam jadual harian aku
tapi blog punya pasal
wa tak akan ketinggalan beb he3
meroyan memang dah darah daging
susah nak buang tebiat ni kot
tah la . . lantak ko!! ha3
semalam aku lepak dengan sorang member sekolah
bukan lepak mana pun just
bersembang dalam tipon je  he3
nak lepak kat luar mustahil kot sebab dia lelaki
bytheway aku ni awek cun lagi bergetah ha3
kang jatuh cinta lak  . . aptb!!
disebabkan semalam birthday dia
dia ada panggilan percuma
tah dari mana dia boleh dapat tau no tepon yg boleh menghubungi aku
aku pun heran
bila aku tanya dia kata adalah..rahsia  ..hmm
aku bukan ada nofone  lagi sekarang ni ..
no fone nenek pun dia leh tau..haishh . . .
aku memang dah takde no fone .malas . . .
kononnya merajuk lew tu then malas nak guna fone lagi. .hu3
semalam...pada mulanya dia nak lepak kat rumah nenek
tapi aku tak bagi sebab kat sini takde sesiapa
kang tak pasal-pasa…

NO KOMEN . . .

adeh . . .
bagai nak gelak beso dah ni
kawe nak story pasal kawan kawe yg sorg ni
laa pasal ape kecek kelate ni..adeh . . .belom lulos lagi dah berangan ha3
dalam seminggu ni
aku adalah aktif berpesbuk kejap..wat cuci mata kununnya he3
adalah sorang hamba Allah ni
add la profile yg aku gunakan tu
then dengan jujurnya aku pun approve kan la.
tapi baru firstday chating
dia dah mula meroyan macam-macam
aku bukan tak mau melayan
tapi maklomlah kan
kalau bab cinta cintun ni aku memang payah sikit nak layan
yg pelik tu seolah-olah macam dia dah jumpa aku 2 tahun
padahal baru 20 minit
apekah ni trik lelaki?
tapi aku dah jumpa berpuluh-puluh lelaki kat situ
tak de pulak sepesen macam mamat ni..
dia follow aku kemana-mana je aku pergi . .
adeh...setiap ada komen aku
dia akan kata ayat-ayat yg power lagi jiwang . .
aku makin risau sebenarnya
ape motif dia?
masuk hari ke dua
aku mula lah buat tak reti jek
sebab malas nak layan
lagi satu aku respek dia tu
sebab dia lebih berumur
hampir ke 30 tahu…

18122012

happy birthday to u
ucapan tulus dari teman-teman buat ku . .
buat sekeping jiwa yg hancur dimamah masa
buat sehelai kasih yg kian hanyut ditiup angin kenangan . .
buat secebis rindu yg kian mulai kelam dan bakal padam .
dikala puluhan ucap selamat hari lahir diucapkan buat ku
dikala senyuman berganti senyuman terpahat dibibir ini .
air mata realitinya makin rancak turun
menangis aku dalam senyum pilu. . .
di kejauhan ini amat memilukan sebenarnya
ini merupakan saat yg kita nanti-nantikan
namun bila tiba saatnya
kamu tiada disini
hilang entah kemana
sepatah berita makin hanyut bersamamu
dibawa oleh arus kebencian yg teramat sangat . ..
aku pasrah dalam menunggu
aku pasrah dalam sendu
aku pasrah dihari lahirku . . .
bakal hilang kah satu perasaan
jika kebencian dan jemu kian bermaharaja lela dijiwa
kita lihat je diakhir perlayaran ini nanti . .
moga bakal tiba cahaya buat kehidupan kau dan aku . .
sedarkah kamu . . perjalanan ku makin hampir . .
kini . .aku hanya mampu berpaut pada ke…

GIRL'S FEELINGS

WILL U . .

petang yg sangat sunyi
nak tido tapi mata mengade-ngade tak nak tido
nak makan tapi perut ni rasa dah penuh dgn makanan
dok termenung depan tingkap bilik ni
mood kosong makin meluap-luap
tetibe teringat kan satu ayat  . . .
sama macam kat atas tu . . .
so . . . will you ?
agak-agaknya kalau aku tak de nanti
ada tak yg rindu . .
ada tak yg ingat . .
ada tak yg sebut nama aku lagi . .
sedih . .
kehidupan ini memang indah
namun semua tu tak lama
semua tu pinjaman
aku kena redha
ketentuan ini mesti ada rahmatnya
walaupun perit nak aku terima
yg pasti aku akan jumpa satu hari nanti . . .
u . . . will u miss me if i die . . .

KAMU

Kamu insan yg pernah bermain dimindaku maapkan aku untuk tiap kesilapan lalu. maapkan aku atas semua dosa-dosa dulu.. hasrat yg pada mulanya hanya membantu kini , bila semua dah berakhir, semua sudah terbongkar rindu aku pulak makin  menjadi-jadi padamu entah mungkin setahun tu buat aku sayang kat kamu mungkin setahun tu buat aku lupa yg aku hanyalah pembantu setahun itu telah menjadikan kamu adalah kekasihku ye...silap aku kerana menjadi pembantu tapi yakinlah semua ini bukan dendam semua ini bukan kejam tapi semua ini adalah amanah serius..rindu kamu serindu-rindunya ...sedih...

STORY PASAL IMAN

PESANAN

HOLD TIGHT THE MEMORIES BABY . . .

baby . . .?
nomore baby. . .
nobody who can I call baby in my life now.. nothing
it empty.. . . i'm lonely . . all is gone...






hmmm kini semua hanya kawan..lawan abes dah
kalau dulu . .
bila bosan baby hiburkan
kalau sunyi baby nyanyikan
kalau sepi baby temankan
kalau sedih baby tenangkan
kini tak lagi . . sekarang
kalau bosan aku tidur
kalau sunyi aku dengar lagu
kalau sepi aku termenung
kalau sedih aku menangis sorang-sorang  . .
hmm . . .
segalanya sudah berubah
aku akur semua ni bukan kerja aku
aku hanya insan biasa
pelakun di mukabumi ini
segalanya perancangan Tuhan
terima kasih Allah . .
but . . .

baby, if u read this
one thing u must know...
hard to forget u
please hold  tight the memories because it too expensive for me :'(


MEROYAN TAK MEMASAL

hurm...bosannya..
tak tau nak tunjuk tahap mana kah kebosanan tu sudah melanda
kalau scan maybe dah boleh nampak seperti langit mendung tunggu masa hujan nak turun
kalau bosan camni tak tau apa lagi yg boleh dibuat
dengar lagu salah
tengok tV salah
nak makan pulak rasa bersalah
nak tidur serba salah
apa lagi nak online..lagi lah nanti merepek-repek tak memasal
silap silap mood takde .. status meroyan royan tah pape
nak call member macam tak nak ganggu dia orang tu
nak massage ex takut nanti jatuh cinta semula ....pulak AIK?!! hee
**** ayat tak boleh blah je kan :p
nak kacau orang  mood gelak dah habis stock rasanya hurm....


wahai angin nyanyikan aku satu lagu
lagu rindu tahap bosan buat ku!

duhai awan lukis kan wajah
wajah orang yg selalu bermain di minda ini

wahai malam kau bisikan kalimah cinta
cinta buat hati ku yg kian terluka

duhai hati marilah bermanja
manja bersama jiwaku yg makin merana...

wahai rindu peluk lah aku
aku yg dingin dimalam yg sahdu

wahai dan aduhai hai....hai... …

SEBUAH CATATAN KEJUJURAN

Sayang...
kalau lah awak ada disisi saya saat ni..
dalam suasana malam yg sunyi lagi sepi ni....
sambil kita layan lagu kegemaran saya 'timeless' by kelly clarkson & justin guarini
ohhh... so sweet je kan  heee...tapi awak jauh , sangat - sangat jauh...
awak...
izinkan saya menyebut kata sayang dalam entry saya kali ni untuk ganti nama awak tu
sebab saya dah lama tak menyebutnya dengan bibir ni ....
argh... saya dah mula sebak ni ... aah !! memang tak tahan....
malam ni dalam suasana yg dingin tapi mendamaikan ni..
sesekali bunyi embun jatuh ke lantai kaki lima
menitis sepi tapi jatuhnya sungguh sayu..
satu persatu bagai titisan air mata saya ni ...
masa tu saya masih lagi berhayal saat manis kita...
mengelamun saat indah waktu bersama awak...
ye..sumpah !!semua tu belum lagi terpadam dalam memori saya ni...sungguh awak....

awak...
saya makin rindu la kat awak...mana awak ketika ni sayang....
ergh !! peritnya malam tanpa awak disisi...
ingin saja saya laungkan suara ni mem…

AWAK KENA INGAT INI

MEMANG BOLEH

jam menunjukkan pukul 8mlm
aku mama adik dan ayah dan lepak depan tv
atas minat yg memang mendalam pada bola
kami memang setia untuk menunggu tunggu games ni
malaysia bertemu thailand
katanya penjaga gol thailand ni dulu pernah diuji utk games besar!
tentu dia hebatkan..nama dia pun hebat :  Kawin !
aku memang suka dengar nama pelik-pelik ni hehehe.. 'jakun' je kan
sebenarnya  badan ni dah letih sangat-sangat akibat berjalan disiang hari tadi.
pada awal permainan aku tengok ayah masih baring santai
mungkin belum lagi nak 'panas' sedang aku dan mama hanya tau sebut
yea.. cepat!
ish... sayangnyaaaa..
aduh......
hehehe nak duduk pun tak senang :p
melihat pemain yg berkerja keras dipadang
berlari selama permainan berlangsung ( 90minit )
jatuh , terhempas ketanah , terhentuk , di kasari, krem kaki,
aku jadi sedikit terasa...
hebat sungguh mereka ini
mungkin gaji yg diterima belum tentu dapat dinilaikan dengan segala penat lelah mereka dipadang tu
aku yg berlari 20 minit berj…

LUPA DIRI

pagi minggu
jam 6 pagi dah terjaga
padahal malam tadi aku tidur pukul 3 am
mata masih kelat ni
tapi minda dah cakap jum bangun hmm..
tepi tingkap aku lihat suasana waktu subuh yg hening
aku tarik nafas panjang...dan lepaskan
~ Alhamdulillah hillazi bak dama amatana wailaihinnusur ~
doa bangun dari tidur terkeluar dibibir aku ni
alhamdulillah kerana Allah bagi aku peluang bernafas untuk hari ini
kalau sebelum ni aku malas nak bangun awal
tapi pagi ni...aah mungkin ini kesan dari suasana malam tadikah?
heee.. senyum sorang je yg aku mampu..
benda gila yg dah lama aku tak buat
akhirnya berlaku lagi macam mimpi dalam terjaga
semua ni angkara 'dia' dan akhirnya aku .. erghh...
haha siapa kah 'dia' tu?aku je yg tahu
tapi malam tadi ye..aku betul-betul lupa diri
tah la.. tapi kenapa aku pilih 'dia' dalam mimpi semalam?
mungkin sekarang ni aku cuma ada 'dia' je disini?
atau dia dah berjaya buat aku lupa diri?
ergh!! biarlah apa yg pasti benda dah jadi
dan lagi …

MAMA DEMAM LAGI..

ma...
minggu ni dah masuk kali kedua mama demamkan?
ubat dah macam-macam mama telan
klinik pun mama dah pergi,
tapi demam mama masih tak kurang..
aku risau..
semenjak peristiwa haritu
mama nampaknya memang tak sihat
muka mama pucat lesi
bibir mama kering
selera mama dah mula berkurangan
kata mama dada mama sakit
tapi masa check up dengan doktor
doktor kata mama just demam biasa jek
mungkin kerana musim buah-buahan tu yg sakit senang datang..
tapi mama bukan ada banyak makan durian pun
apa lagi buah-buahan yg bermusim ni
sebab mama menang tak pemakan orang nya
tapi yg peliknya tu badan mama tetap semangat dan gebu :)
ma...
nak kena picit ke kepala mama ni? aku tanya mama
boleh jugak sayang,kepala mama sakit ni..
badan mama pun sakit-sakit...jawap mama
aku mula memicit kepala mama perlahan-lahan..
dan mama pun pejamkan mata tanda yg dia selesa dengan kerja aku
ma....aku bersuara lagi..
hurm... jawap mama sambil pejam mata
kenapa demam mama lama sangat ni?
selalukan 2-3 hari mama dah ok?

DIKALA SENDIRIAN DISINI

Jam dah menunjukan pukul 2 pagi dah ni...
mata aku masih lagi cerah dan takde rasa mengantuk pun lagi
background blog ni agaknya dah bertukar 7-8 kali dah malam ni,
macam-macam design aku edit tapi satu pun tak menjadi ..
aku masih lagi tak berpuas hati ..hurm..tah lah macam ada yg tak kena jek..
nak layan facebook memang takde mood langsung
ape lagi nak layan twitter  lagi lagi lagilahhh aku bosan..
sungguh aku memang tak reti langsung layan twitter tu hahaha..aptb!
rasa macam bercakap dengan tiang ..sungguh aku tak bohong
itu yg aku rasa bila aku online twitter ..ape ke pelik!
hidup sendirian macam ni ada kala seronok tapi ada kala sunyi sangat-sangat..
tapi mungkin dah takdir memang begini pada akhir tahun 2012 ni
maka dengan akur nya aku redha je lah kan nak ubah mcmane lagi ye tak?
tugas dan tanggung jawap yg sedia ada tu kena lah aku settlekan dulu.
agar semua yg mengharapkan aku disini  akan lebih menghormati pada
situasiku ,kerjaku,usahaku dan maruahku..
terima kasih kerana me…

MOOD MIMLAMSIN DAH MARI

hai semua yg membaca...
mood mimlamsin dah sampai lah
aku lemah dah ni
takde mood...
tapi korang pernah dengar mood tu tak?
mood tu ramai yg selalu hadapi
tapi pada siapa yg bijak menangani maka lenyaplah mood tu akhirnya
huhu mimlamsin tu dalam huruf jawi tapi dalam huruf rumi MLS
Malas!!
ya malassss...
sekarang dah mula malas nak meroyan di blog ni
mungkin mood down aku yg beberapa hari lepas tu belum lagi hilang
fikiran aku pun dah bercampur aduk dengan berbagai benda yg kena settle.
so aku masih lagi diburu kebuntuan paling serabut untuk berblog
aku pun tak tahu berapa lama mood aku akan pulih normal
kalau korang tengok ayat aku pun serabut...
ahh dah lah!!!
ianya amat membosankan !!!
bosan tahap dewa!
dalam mencari mood happy semula
aku kena banyak berdiam dan menyendiri tu yg selalu aku buat..
nanti bila dah full memori ni
baru aku curah kan habis-habisan disini
kadang-kadang 1 hari aku boleh buat 2-3 post!
bapak dia!!!!hahahaha
oklah...dari terus membebel
baik ambil mood tidur …

SIAPA KAH AKU?

ye..tulah aku nak tunjuk muka sendiri nanti ramai yg jatuh hati hehehehe maklum lah seorang yg memang cute di alam maya ni adeh..mama pesan lagi..jangan riak dengan wajah kamu kerana ianya tak kekal lama!! ok mama...i ingat pesan mama tu .... hishhh mama cakap macam tu pun nak warningkan.... bukan ape pun cuma perasan cantik jek pun hehehe aaaalaaa mama pesan lagi...jangan suka bersunggut nampak sangat yg kita tak iklas ..adeh deh deh... dah la... cukup sampai disini layan games satu!! jommm!!!

DISEMBER DATANG LAGI...AKU RINDU AKAK

morning guys...
harini masuk sudah bulan disember bagi tahun 2012
bermakna aku akan teringat kembali berbagai episod kehidupan
yg aku jumpa sepanjang hidup aku dibulan disember ini dan disember yg telah lalu...
tahun lepas pada 25 disember aku telah kehilangan orang yg aku sayang
dia pergi untuk selamanya dan meninggalkan semua kenangan bersama disisiku...
ye..bila tiba saat tu aku rasa seakan dia masih lagi disisi..
memandangkan 25disember adalah hari cuti awam
kami akan berkumpul bersama -sama sekeluarga.
dia akan menyerikan hari hari sepi aku
bila bersama ada saja suka duka yg kami kongsikan
waktu itu seakan dunia milik kami berdua..
kadang-kadang kami gelak terbahak-bahak
sampaikan mama tegur..ishh anak dara mana boleh gelak camtu...
kadang-kadang kami gaduh hal yg remeh..
kongsi lippy pun bergaduh bila berebut nak online..
masing-masing  berebut nak berchatting dgn si buah hati..
dan yg selalu mengalah ialah dia...
aku lah yg selalu menang hurmm nakalnya aku..
jadi sebak bila ing…

PENJELASAN .. RASANYA PERLUKAH????

semakin aku meninggalkan kamu
semakin sakit jiwa ku... kenangan datang silih berganti  bermain- main di ingatan ini.. aku cuba hapuskan semuanya tapi masih tak berdaya.. apakah memang sukar untuk melupakan semua nya  setelah kita kumpul kenangan tu bertahun  lama... aku makin lemah... kehidupan baru ini belum memberi perubahan lagi dalam hidupku dalam ingatan ini hanya kamu kamu dan kamu... penyerahan diri pada Allah sering berlaku ada kala aku rebah di sejadah suci miliku menahan sebak didada merayu pada Tuhan agar dari masa ke semasa aku dapat  melupakan kamu tapi... semakin aku cuba.. semakin aku rindu kan kamu... mana mungkin aku lupakan kamu??? ye penjelasan kian terbukti walaupun pada hakikatnya..perlukah? Allah lebih tahu apa tersirat dihatiku :)