BILA RINDU

eh macam tak de pekataan lain kan
tak abis abis dengan rindu  ha3
abaikan je lah . . .
harini agak busy sikit dalam jadual harian aku
tapi blog punya pasal
wa tak akan ketinggalan beb he3
meroyan memang dah darah daging
susah nak buang tebiat ni kot
tah la . . lantak ko!! ha3
semalam aku lepak dengan sorang member sekolah
bukan lepak mana pun just
bersembang dalam tipon je  he3
nak lepak kat luar mustahil kot sebab dia lelaki
bytheway aku ni awek cun lagi bergetah ha3
kang jatuh cinta lak  . . aptb!!
disebabkan semalam birthday dia
dia ada panggilan percuma
tah dari mana dia boleh dapat tau no tepon yg boleh menghubungi aku
aku pun heran
bila aku tanya dia kata adalah..rahsia  ..hmm
aku bukan ada nofone  lagi sekarang ni ..
no fone nenek pun dia leh tau..haishh . . .
aku memang dah takde no fone .malas . . .
kononnya merajuk lew tu then malas nak guna fone lagi. .hu3
semalam...pada mulanya dia nak lepak kat rumah nenek
tapi aku tak bagi sebab kat sini takde sesiapa
kang tak pasal-pasal aku kawen percuma lak dengan dia ha3
lagi pun dia dah ada gf . . . tak nak aku :p
dalam sembang-sembang tu
baru aku tau dia tak kerja lagi . .
tapi hidup dia mewah . .
bagaimana kah?
sedang family dia pun bukan orang kaya pun . .
boleh la dikatakan golongan sederhana je..
senang cakap macam standart hidup aku jugak lah kan
mulanya dia nak rahsiakan camane dia boleh hidup camtu
bila aku korek rahsia..lelama terbongkar jugak ..
dia ialah lelaki simpanan
tekejut beruk aku
dengan wajah dia yg iras-iras shah rukh khan tu
dia berjaya menarik perhatian seorang gadis.
hidupnya hampir 100% ditanggung oleh perempuan tu
aku tanya apakah family dia tau semua ni . .
dia jawap..ye mereka tahu . .
dah tu nape ko tak kawen je beb .. .  aku dok menyoal . .
dia kata .. nanti lah.. aku lum keje laa ..
ishh..aku mula menyebok..nikah je wei..dosa tu dok serumah tanpa ikatan sah ..
dia jawap .. ye aku tau beb . .tapi  . ..
rupanya dah lama dia buat keje ni
selamani aku ingat dia mewah sebab hasil kerja dia
rupanya atas sponser sang kekasih . .
sayang sekali . . .
ilmu yg diberi ustaz selama ni disekolah ko buang gitu jek beb . .
aku mengeluh menyesal..
aku tau semua ni dose..dia mula sebak...
tapi aku lom ade keje beb
aku sayang dia
dia sayang aku...dan kami tak leh dipisahkan lagi dah ni
ye la..aku mula nak membebel . .
korang nikah je lah dulu... pape hal pun tu yg penting..wajib tu beb . .
bila dah nikah ..korang tak lah tanggung dosa disepanjang hidup korang ni..
orang dah kawen ni rezki dia Allah murahkan tau . . .
pastu semua yg korang buat pasti akan dapat redho dari Allah beb ..
eh..sedap pulak aku beri ceramah kan..
nasib dia tak kecik ati..
beb . . . dia mula bersuara sebak . .
percintaan kami terhalang  . .
keluarga dia benci aku sebab hidup aku camni . .
tak kerja..takde masa depan . .
tapi kami memang dah tak boleh dipisahkan lagi beb . ..
aku terkedu . . .
simpati menular dalam benak kepala otak aku ni
hati aku jadi sebak
dada aku beku . .
dia tak tahu...
sebenarnya nasib aku serupa dengan dia
cinta yg terhalang . . .
cumanya dia dan kekasihnya nekad
manakala aku hanya menyerah diri  . . .
diakhir perbualan panjang tu
aku ada jugak berpesan kat dia
..beb.. ko carik la keje dulu
ko mantapkan diri ko
ko majukan diri ko
kerjaya ko tu beb kena kukuhkan dulu
ko muda lagi
maruah ko kena jaga beb
memang lah ko lelaki
tapi ko tak kesian ke kat mak bapak ko
dari kecik diaorang jaga ko
dah beso camni
ko  pulak nak bagi malu kat diaorang
kesian beb ..kesian..tentu kecik hati mak bapak ko tu . .
ko tak sayang diaorang ke beb ..
sorry beb aku membebel pulak ni..aku mula tersedar
aku tahu aku dah over ni...he3
naseb member aku tak amek hati ..
dia cuma cakap dengan nada perlahan..
aku sayang doe mak bapak aku tu..
tapi aku belum sedia untuk semua tu ..
pasal kerja tu .  .ok la beb . .aku cari la keje nanti
aku pun nak hidup normal macam orang lain jugak
ada keluarga
ada kerja
ada masa depan . .
tapi aku belum jumpa kerja semua yg sesuai dengan aku ni
aku bukan tak cari bukan aku tak usaha ..
belom ada rezki aku lagi  gaknya. . .hmm ..dia mengeluh perlahan . .
hati aku tambah sebak..
air mata persahabatan mula menitis lesu dipipi aku ni..
beb ... aku kena pegi kedai ni
ada barang kena beli ...
alasan aku buat ..
padahal aku nak cover jiwa
aku dah mula nak melalak
mengenang kan nasib member aku yg seorang ni
jalannya sama je dengan jalan hidup aku rupanya
cuma ..cobaan dia sikit berbeza..
beb ..aku chaw dulu tau...
happy on your birthday
mulakan hidup baru k
beb ..yg terbaik utk ko nanti..aaamin . .
heee....dia gelak campur sebak...
aku pun tak dapat nak gelak sebab air mata ku makin lebat turun
k beb..assalamualaikum . . .last perkataan yg keluar dari mulut aku
waalaikumussalam beb..tengs ye..ko memang kawan aku dunia akhirat..
jawap dia dengan suara yg tersekat-sekat.
aku tau dia sedang bersedih dihari lahirnya  . . .
dalam hati aku berkata ...
''beb ... aku syg ko sahabatku ... :'( ''








Comments