MEMANG BOLEH

jam menunjukkan pukul 8mlm
aku mama adik dan ayah dan lepak depan tv
atas minat yg memang mendalam pada bola
kami memang setia untuk menunggu tunggu games ni
malaysia bertemu thailand
katanya penjaga gol thailand ni dulu pernah diuji utk games besar!
tentu dia hebatkan..nama dia pun hebat :  Kawin !
aku memang suka dengar nama pelik-pelik ni hehehe.. 'jakun' je kan
sebenarnya  badan ni dah letih sangat-sangat akibat berjalan disiang hari tadi.
pada awal permainan aku tengok ayah masih baring santai
mungkin belum lagi nak 'panas' sedang aku dan mama hanya tau sebut
yea.. cepat!
ish... sayangnyaaaa..
aduh......
hehehe nak duduk pun tak senang :p
melihat pemain yg berkerja keras dipadang
berlari selama permainan berlangsung ( 90minit )
jatuh , terhempas ketanah , terhentuk , di kasari, krem kaki,
aku jadi sedikit terasa...
hebat sungguh mereka ini
mungkin gaji yg diterima belum tentu dapat dinilaikan dengan segala penat lelah mereka dipadang tu
aku yg berlari 20 minit berjogging pun dah naik semput.
tergelincir dilantai pun dah perit .
terhantuk dibucu katil pun dah pening
ishh memang awesome lah mereka semua tu
aku je yg kureng heee...
maklumlah kan awek-awek memang lemah huhu
pada aku kalau begini lah mereka dah berusaha
dan hasilnya hanya satu gol aku pun dah cukup berpuas hati.!
bukan aku tak mahu menang tapi
dengan keadaan bermain dipadang yg basah,lecak,
mereka bermain seakan-akan pemain jimnastik
aksiden sentiasa berlaku ,kecederaan silih berganti
uhh terasa sangat bersemangat mereka ni nak menang
aku yg tengok diaorang main pun dah macam apa tah
hahaha nak cerita kat sini pun tak mampu
apa yg mampu aku kata bila bola masuk gol..
aku mampu menjerit dengan mama dan ayah serta adik hehehe
yeaaaa GOOoooo L L L  L L L ............. . . . . . !  !  ! !
walau pada mula tadi ayah layan bola sambil baring-baring santai je hahaha
apa pun pemain dah buat yg terbaik malam tadikan
walaupun mereku tu boleh tunjuk yg lebih baik lagi dari semalam...
aku tau tu hahaha ..ok2 tahniah tahniah beb...
aku doakan kejayaan milik malaysia ketika bermain di Thailand pada games akan datang ni
in sha Allah...Malaysia memang BOLEH  ! ! !


Comments