KENAPA STILL KOSONG


bunga dah mekar
taman makin indah
rimbunan dedaun makin segar
suara burung berkicau makin meriah
jauh di sudut taman
gadis sempoi melepaskan lelah berjoggingnya dibangku batu
sambil memerhati air dipancuran taman
fikiran gadis melayang jauh . . .
kenapa aku sendiri sekarang ni?hati gadis berbisik
jahat sangat ke aku ni?ada kekasih pun hilang tah kemana . .
kalau kawan2 aku boleh la kata keliling pinggang
kawan lelaki..kawan perempuan
tapi kenapa bukan kekasih sendiri?
aku cuba menjadi penghibur
aku cuba jadi penyeri
aku cuba menjadi pelupa masalah
aku cuba menjadi mentari yg bersinar kesemua alam
namun hati aku masih kosong!! hmm . . . .
gadis mengeluh lemah
kehilangan bukan kehendak
pemergian atas permintaan
meredhokan satu kehilangan amat sakit
menikmati satu pemergian memang perit
gadis akur pada takdir
gadis ingat pesan ustaz
kata ustaz...
kehilangan itu sebenarnya Allah nak bagi yg lebih baik buat kita so bersyukur lah...
hmmm.. thanks so much ustaz :)


Comments