KU ADA MU

Tuhanku...
dalam alunan kalam suci yg gemersik
aku yg makin lena diambang resah
makin jauh tersasar diperjalanan indah ini
terasa hinanya aku wahai Penciptaku
kala Kau berikan semua nikmatMu
aku hanyut dalam menikmatinya
aku leka ya Tuhan 
aku makin lemas digelombang naluriku sendiri
Tuhanku...
kini aku bersujud mengadap Mu
bantulah aku yg makin karam ini ya Tuhan
berilah petunjukMu
lemparkan hidayahMu kedalam kamar hatiku ini
kerana hanya padaMu  tempatku mengadu
hanya Kau yg menyempurnakan 
kebahagiaanku , 
kehidupanku 
dan kejayaan naluriku
ya Tuhan..
bantukah aku
kerana sememangnya kini ku sedari 
aku hanya ada Mu wahai yg Esa...


Comments