Skip to main content

IZINKAN AKU TERSENYUM

Semalam waktu berchatting dengan kawan lama
bagai nak pecah perut aku gelak
maklum dah lama kami tak bersembang
beb.. kau kenapa keluar rumah?
adeh... mana kau tau ni..
haha kau jangan nak nipu aku lah
adik kau yg bagitau aku haritu
aku terkedu... tapi aku still cover..
hmmm..saja beb cari damai dihati
hahaha..mengade je kau ni damai apanya..
kawan aku tu menyakat aku pulak
apa selama ni kau tak damai ke beb?elehh hahaha...dia gelakan aku
ape ko?! suka aku lah nak dok mana pun beb ..hahaha
aku masih nak cover diri ni..
sedangkan memang semua yg terjadi ni bukan plan awal aku
kalau dulu aku benci bila ada kes budak lari dari rumah
aku akan cakap..mengade je budak tu
untung mak bapak dah tanggung mengade nak lari rumah pulak...
dia ingat kat luar tu senang ke nak hidup...haha tu aku yg dulu
sekarang ni dah lain...
lagi elok berhijrah
kita dapat berdikari
kita tahu susah payah nak hidup sendirian
kita akan tambah kuat dan bersemangat untuk hidup
apa yg penting..keselamatan  terjaga, maruah terpelihara..itu prinsip aku
alhamdulillah..sepanjang hidup menjadi perantau
Allah la tempat aku mengadu
tempat aku menangis
tempat aku menyerah
kerana aku sungguh-sungguh yakin
Allah akan membantu aku
Allah sentiasa disisi aku..
terima kasih Allah...
kini..walaupun aku sepi tanpa suara adik-adik
tanpa suara mama dan ayah ...aku masih kekal tenang
disini ,tiada siapa yg mengenali aku
apa yg mereka tahu aku berkerja disalah sebuah syarikat di daerah mereka..
ye..aku cakap, aku ditukar tempat kerja
padahal aku baru je bekerja disitu ...aaa..ada unsur menipu disini
heee..bohong sunat je bhaii... ^_^
beb... ko berangan ea? nape tak balas pm aku?
eh..sorry2..aku pergi toilet tadi heee..
siapa kawan-kawan kau disana beb? kawan aku sikepoh bertanya lagi
aku join geng surau je beb..heee.. awesome tak aku? haha
waw..dasat la kau...untung lah kau..solehah gitu..hehehe
aku bukan apa beb..
aku ni kalau dengar suara pak bilal ..aku jadi cair
lihat wajah pak imam aku jadi tenang
dah tu bila tak dengar suara ustaz mengaji aku jadi rindu hehehe
hahaha..weii kau ni nak buat  amalan ke nak mengusya ni beb?
hahaha.. aku?? sapa lah nak pandang aku ni weii
awek rocker yg asik dok berjiwang 24 jam sehari semalam sepanjang hayat..
hahahaha..kami gelak bersama ...
aku kalau cari calon..aku nak cari imam muda la oii...
cehh.. taste tinggi tu ..weeerkkk.. loya pulak terasa...
macam tak cermin diri sendiri pulak kan
ambooii.. member aku ni pulak..dasat la kau ni...
hehehehe.. kau jeles ke beb? aku nyoal dia..
jeles la wei.. aku ni asik dapat cinta siber yg tah ape-ape tah
sebulan kapel pastu break..jiwa asik serabut jek
dalam setahun ni dah 7-8 kali aku kapel kau tau tak ??
hahaha gilakkk...
perhh ... pemes nya kau beb! bangga aku jadi kawan kau
hahaha aku tak henti -henti gelak..kawan aku pun sama
kami gelak dalam chat box
sampai lupa yg jam dah menunjukkan pukul 4 pagi
wei..aku nak kerja besok laa...
bagi la aku chance tido dulu wei...
hehehe aku dah ngantuk la ...
ala..kau ni esok kan sabtu ..kau kerja half day
balik kau tidur la puas-puas..sampai hari isnin pun takpe
hahaha kawan aku memandai-mandai bagi idea ...
kau ingat aku robot ke wei..
macamni tak sempat lah aku nak solat subuh kat surau tu pagi ni
selalu pukul  5.30am aku dah gerak kesurau
dengar pak imam baca tarhim...shahdu beb
boleh menitis air mata ni heee...
eh... bakal ustazah ke ni ? elehh... kawan aku tu gelakkan aku lagi...
dia tak tahu yg aku cukup tenang disini
bersama jiran baru
bersama geng baru
bersama teman sekerja baru
dan bersama Allah disisiku
syukur alhamdulillah...
aku jumpa tempat yg betul utk berhijrah...
dan disini... izinkan aku tersenyum kembali ....
layan lagu ku adaMU by najua latif...sempoiii~




Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx