Posts

Showing posts from April, 2013

AKU YG TERKINI

ya...aku yang terkini
kenapa aku ni,
susah sangat nak percaya kat orang
payah sangat nak memahami perasaan orang
sukar sangat  nak menyintai hati seseorang
tiap kali hadirnya sekeping hati disisi
aku pasti akan terfikir
aaah.. !!
ini hanya palsu
ini hanya satu permainan
ini hanya gurauan
dan aku tak perlu mempercayainya
dan aku perlu menjauhinya
oooh ..!!
kenapa dengan aku yang kini ?
truma kah
atau serik barangkali?
huh ! aku sendiri tak pasti
sejujurnya ku katakan,
aku cuba untuk menyintai seseorang itu
tapi hati kecil ku berbisik...
menjadikan dia sebagai sahabat lagi sempurna !
dan akhirnya aku akur apa jua kata hati kecil ku
dan semuanya masih lagi diawangan
aku..bagai layang-layang putus talinya kembali kini . . . . . .

HARI YG HARU BIRU

Ianya bersamaan dengan hari selasa bersamaan 30/4/2113
kenapa aku kata hari yang haru biru?
selepas aku bersembang dengan dia ,
hati aku sikit tersentuh sebenarnya ...
memang kami dah kenal lama namun persahabatan yang ikhlas ni
buat aku jadi serba salah !
serious aku katakan
aku agak terkejut bila dia kata yang
aku tak memahami dia
aku tak percaya kan dia sebagai teman nya selamani
ah..sulit dan serabut kepala aku ni
bukan aku spesis seperti itu
tapi disebabkan masalah peribadi yang semakin meruncing,
aku terpaksa akui amat sukar untuk aku nyatakan
amat sukar untuk aku penuhi permintaannya
tapi aku mohon simpati kamu kawan
please pahami aku....
aku merayu padamu
aku makin tertekan disini
tak pernah terlintas diminda ini untuk tidak percaya kan kamu !
ye..aku tau kamu kecewa dengan aku,
aku tau kamu sangat berkecil hati dengan sikapku ini
tapi percayalah..semua ini bersebab dan
aku benar-benar terpaksa ..mohon kamu mengerti ...

AWAK & SAYA

awak,
awak jauh , saya jauh
awak rindu , saya rindu
awak bahagia ,saya bahagia
awak  berjaya ,saya gembira
awak sakit , saya jadi sedih
saya jadi tak selesa
saya  risaukan awak yang jauh disana
serious,saya benar-benar risau kan awak...
awak lepas ni jaga kesihatan awak
jaga makan minum awak
jangan asik fikir tentang tugas yang tak akan pernah habis
kecuali syarikat awak tu dah bankrup heee...
saya jauh dan tak dapat teman kan awak kat sana
yang saya mampu hanya mohon doa yang berkekalan untuk keselamatan awak
sakit tu memang penghapus dosa tapi saya tak nak awak sakit selalu
sebab dosa boleh juga terhapus dengan bertaubat dan amal ibadah yg ikhlas.
rajin-rajin lah dekat kan diri awak dengan Tuhan
mohon diampunkan kesilapan lalu
mohon di selamatkan dari pekara yang keji dan mungkar
mohon diberi perlindungan dari segala yang membinasakan
mohon dirahmati atas tiap perbuatan....
saya pulak sentiasa bermohon agar saya dan awak
akan tetap menjadi sahabat sejati ...
lain-lain kita serah pad…

KELEMAHANKU KEMBALI DISINI...

Image
emmmm.. Agak  lama tak meroyan kat blog peribadi ni
macam sunyi jek kan
mana tah idea aku yg selalu bersepah disini!
emmm sorry memang takde mood nak meroyan dalam minggu ni
maaf  sesangat,aku cuma insan biasa
yang ada ketika aku kan ceria
dan ada ketika aku kan menangis....
selamat malam sayang ...XOXO



IMBAS KEMBALI

Hi...
hari ni aku stalk profile insan yang pernah aku cinta ..
yeah..dia lah tu,mana ada orang lain lagi dah
aku ni jenis manusia  yang sukar untuk menyinta tapi
kalau dah sayang,sampai mati pun aku tetap sayang
yes.. dia masih gunakan DP yang aku minat dulu-dulu
aku suka style mamat kat gambar tu, memang stylo !
dan... bila terpandang DP kesukaan aku tu,
adeh...dada jadi beku,air mata bergenang di kelopak mata ni hah..
sebakkk... emmm ntah dia ingat kat aku lagi ke tak ekk...
aaah..biarkan lah..
yang penting sekarang ni aku takkan benci dia sampai aku mati ..
ramai kawan dok tanya..
wei makcik..kalau lu sayang gila kat ex lu tu,pe pasal lu break doe!!
ahha!! aku senang je jawap...korang budak kecik ..
mana tau masalah orang tua ...hahaha
*padan muka sapa suruh dok menyebuk tanya*
sebenarnya kalau cakap pasal sayang,cakap pasal cinta ni,
aku dah awal-awal lagi dah set my mind..
menyintai tak bermakna memiliki..
ikatan yang bertahun-tahun terbina atas dasar kasih sayang tu
memang aku n…

PENANGGUNG SEPI

hai U alls...
kalau korang nak tau,
sekarang ni kawan-kawan aku semuanya tengah sibuk
ye lah mereka sibuk menguruskan tugasan masing-masing
menguruskan tanggung jawap ,
menguruskan kerjaya,
dan menguruskan rutin aktiviti harian..
kalau dulu wall fb aku penuh dengan
komen mereka,
gelak tawa ,
ayat-ayat mereka  yang macam-macam,
tapi sekarang ni macam dah sepi...
kenapa ekk ?
apakah sebab aku ni garang ke ?
atau aku ni selalu emo?
atau mereka dah bosan dengan aku...hmm
ah..takde maknanya lah...
sekarang ni masing-masing dok lagi sibuk
yang ahli muzik , sibuk dengan studio dan rakamannya
yang ahli koprat ,sibuk dengan aktiviti PRU 13 nya..
yang orang kuat boss, sibuk dengan arahan-arahan boss nya
yang sedang mabuk bercinta , sibuk melayan kekasihnya
aku??? aku macam nilah.... masih lagi penanggung sepi  . . . .

RABU YANG MAKIN TERSIKSA

yup harini rabu
tak sempat nak layan fb lelama sebab ....
sebab...aaah...takde sebab ...
tapi nape tah pepagi aku mampu buka fb just beberapa minit jek,
serius  mood down gila harini
sebenarnya mood tu datang dari malam tadi
aku dah berusaha untuk up kan mood tu
tapi ianya tak menjadi...
hari rabu yang ini
aku hilang entah kemana?
eh...mana jiwa aku?
mana perasaan aku?
mana naluri rocker aku tu?
apa yang aku buat macam tak menjadi
apa yang aku cakapkan  macam tak jelas
nak kata aku sakit tak jugak
nak kata aku kecewa ,bercinta pun tak
nak kata aku letih, ...entah ...aku tak tau aku letih sebab apa....
hmmmmm .. . . .
saat ni, apa yang boleh aku luahkan disini...
jiwa aku memang tersiksa ..nak menangis pun ada !
*sebakkkk*

SINGA KE KUCING

Peewitt...heee
berdesup jantung aku bila someone cakap aku ni garang !
tapi aku lupa nak tanya aku ni garang macam singa ke macam kucing?
kalau macam singa,ishhh...bahaya tu ganeh sungguh !!
kalau macam kucing, emm..garang-garang manja tau...
betul ke aku garang?
tenguk pada wajah yang menawan ni macam puteri snow white
hehehe,tapi bila dikatakan aku garang
mestinya wajah ku serupa si nenek sihir hmm....taknak lah!
awak . . .. betul ke saya ni garang ?..hmmmm *nak touching lah*
ke..nak saya tunjukkan yang saya gadis melayu terakhir kat awak?
awak tahukah awak, apa akan terjadi kalau saya tak garang?
saya tak akan boleh hidup dalam dunia saya sekarang ni tau..
saya tak akan mampu berdikari dalam perjalanan saya ni,
saya akan sentiasa ditindas oleh insan - insan diluar sana
dengan mereka, mereka dan mereka !!!
siapakah mereka tu?
orang yang dekat dengan saya lah,mereka tu ialah...
aaah... biarkan aje lah mereka tu !
apa yang penting sekarang ni, saya tak garang dengan awak heeee....
kan…

KAMU YANG KU PANGGIL SAYANG . . .

sayang ...dilewat malam begini
saat mata mu pejam lena diulit mimpi
ingin sekali aku luahkan apa yg tersirat disudut kamar hati ku
setelah kita ditemukan ,aku sedar kehadiran kamu
telah membawa sinar dalam hidupku yang suram dulu..
gelak tawa kita ada ketika sehingga buat aku menangis
gurauan manja kita ada kalanya menyentuh sanubari kamu
dan aku yang nakal ini hanya mampu memujuk
walhal, tukang pujuk itu bukan sifat semula jadi ku...
aah... sengalnya aku kan sayang... :)
sayang..
aku tau kamu sangat perihatin untuk insan bernama aku ini
aku sedar semua yang kamu laku kan itu
semata-mata hanya untuk melihat aku bahagia
aku faham betapa kamu begitu menyayangi aku sehingga saat ini.
namun sayang ...
andai kamu tanya apa isi hati aku saat ini
aku tak mampu menjawapnya lagi
kerena hati aku telah hilang sedikit masa dulu
dan kehilangan itu cukup membuatkan yang aku lebih berhati-hati
dalam menaruh hati pada insan yang bernama lelaki...
andai kamu izinkan sayang ..
relakan rindu ku bermain …

BILA TIME FREE MACAM NI . . .

time free !
bosan pulak lepak face book
macam letih minda nak berkomen dengan kawan-kawan harini
bila dah takde mood ,aku memang malas nak bermuka buku
bukan apa ...takut melarat
kang berkomen entah apa-apa
elok nak enjoy,jadi emo pulak
tak ke haru jadinya ...

bila time free camni. . .
lepak blog sendiri memang satu kewajiban
blogwalking salah satu aktiviti
meroyan dah tentu mesti ...

bila free..
aku selalu baca entri lama aku
yang aku taip tahun-tahun sudah
ketika itu mulalah aku terbayang kembali
semua kenangan pahit manis kehidupan aku sendiri
ketika sekolah, ketika bercinta
ketika gembira, ketika sedih
ketika angau dan ketika meratap satu kehilangan...
ye..semuanya bermain di minda saat ni *macam nak nangis*

bila aku free ..
aku selalu teringat kawan-kawan
masa yang kami lalui bersama
kawan satu sekolah, kawan tempat kerja ,kawan siber ,
kawan aku semuanya happening sebenarnya
sebab tu aku tak pernah buang mana-mana kawan aku
cuma adalah sorang dua kawan aku yang kadang-kadang to…

ISNIN YG INDAH

hi..assalammualaikum awak..
hari ni hari isnin tau,bukan nya hari ahad.. ahad tu semalam heee... so cuti dan rest awak dah habis ok harini hari untuk perah tenaga dan minda boss ?anggaplah boss awak tu insan yang paling sempurna harini segala arahannya adalah tanggungjawap dia dan itu adalah tanggungjawap awak juga ok... jangan mengade nak rasa tertekan , kalau awak rasa kerja awak tu sangat teruk sebenarnya awak silap.. diluar sana ada lagi orang yang bekerja lebih teruk dari awak dan dia masih boleh bersabar ,hebatkan mereka tu.. sebagai pembantu boss saya pulak sentiasa setia disisinya namun disebabkan naluri saya  yang ada ketika sangat nakal, badan je depan bosstapi hati saya di facebook ...hu3 ... alaaa... bosan kan kalau asik mengadap benda yang serupa hari-hari kat facebook tu macam-macam ada...termasuklah ....awak ...heee XOXO , sambung kerja jum sayang ....

ITU HAK KAMU SAYANG ...

dalam hujan yg sepi
layan lagu k.langit ni
ergh..lagu ni macam perli aku siot !!
tulah kan
kalau dah buat salah tu
dengan lagu pun nak terase he2
aku ni nampak je jiwa brutal
tapi sebenarnya jauh didasar jiwa
aku jiwa tisu jugak beb...serious~
cumanya ..aku tak layan drama cinta cintan
macam korang layan tu
kan,kan..korang layan cerita hindustan,korean,dan indon kan?
pastu berepisod-episod korang rela tengok kan?
shhh...diam diam sudah lah ha3
dah korang minat, sapa lah yang boleh larang
lagi pun tv tu korang punya :p
aku rini lepak bilik
hari hujan macam ni
perut pun dah kenyang
layan blog, layan lagu-lagu jiwang
pergh... syahdu gitu werkzzzz..
sayang....awak buat apa tu??
hahaha... saya doakan awak happy harini
semuga apa yang awak buat harini mendapat keberokatan dari Allah
tapi kalau awak skod bini orang kompem Allah marah...saya pun marah tau !!!
hehehe ..XOXO kat awak laaaa...heee ~

SUNDAY IS FOR WHAT ?

welcome sunday
miss u ,dah seminggu tak jumpa mr sunday
yelahkan lepas aku jumpa last week
pastu aku jumpa pula mr monday,tuesday ,
wednesday ,thursday ,friday and mr saturday
aaa...ni barulah jumpa lagi ..tadda !!!
miss u like crazy ...*bohong je ni *
sunday ni aku dah plan nak santai-santai dalam rumah
bukan malas nak aktif kat luar sana
tapi maklumlah kan dah musim pilihan raya ni
nak keluar pun naik bosan
diluar sana dah tak nampak benda lain dah
asik-asik dacing,bulan,rocket,mata yg biru merah
kalau dulu permandangan sangat indah
tapi sekarang ni...sabo ajeelah, *nasib bukan lama *
kenapa aku tak bermuka buku on sunday
emmm.. malam tadi aku dah tidur pukul 4 am
pagi tadi lepas subuh aku sambung tidur
eheheh..boleh pulak sambung tu
nasib mimpi dah tukar tajuk..
kalau tak mau macam film bollywood jadinya mimpi aku tu
berjam-jam tanpa henti...* rindu kat salman khan la pulak*
pada aku hari minggu adalah hari aku rehatkan minda
rehatkan tubuh badan aku ni,
yang dah puas kehulu kehili…

1.40am

Image
waktu tu jam 1.40am
tetibe saya jadi kelu ...
habis kertas saya conteng
tapi tak tau untuk apekah saya menconteng pepagi buta ni ?
tapi luahan  dari mesage awak itu menyebabkan saya menjadi separuh sedar ..dan saat ni airmata saya turun lagi hanya disebabkan oleh ayat awak iaitu ...* syg...jujur sy ckp..sy syg awk..* 



FREE OF CHARGE

Image
Hi...
harini aku online tapi macam tak!
bermuka buku tapi tak boleh langsung nak buka inbox .
line internet yang semakin perlahan dan seakan-akan nazak itu
menyebabkan loading terlalu berat di inbox,
dan akhirnya tiada text yang dapat aku hasilkan ...
entah lah ...
harap  kawan-kawan  boleh memahami keadaaan aku ni.
bukan aku sombong, tapi memang tak boleh balas satu pun text mereka tu !
namun walaupun hati makin parah sebab api kemarahan,
masih ada kejutan buat aku harini
seseorang telah memberi aku simcard baru !
katanya tak perlu bayar walau satu sen pun
its free of charge !!
eh..macamana dia boleh  tau aku tak guna handphone ?
dan takde sim card lagi? ahh...aku pun malas nak fikir semua  ni..
mari aku tunjukan benda tu kat korang...








dah boleh senyum macam gugurl dapat lolipop lah selepas ni!!
bukan sesiapa yang  bagi laaa...
tapi ini adalah free simcard dari tune talk !
thanks Tune talk ! lebiu....mwaah..heee ~
call me maybe ?

TO MY EX

waw...tajuk entri
EX tu...EX-5 ke?
heee..bukan lah ex-boyfriend je kot...
cehceh..siap ada perkataan kot tu kat last ayat...huhu
tak boleh blah la wei.... *jeles*
apahal dengan ex nya tu?
ex aku  datang semula doe...
lahainya... apa kes?
tu lah pasal ..masih tercari-cari apa sebab utama dia..
aku bukan tak mau terima dia semula dalam hidup aku
tapi...
kenangan semalam cukup mengajar aku
erti kecewa
erti serik
erti kebencian
lagi pun aku kena hormat situasi dia
sesungguhnya dia masih lagi belajar
dan jauh lebih  muda dari aku !
namun katanya usia bukan penghalang dalam percintaan
pelajaran dia , aku tak perlu risaukan..
tambahan dia memang senang dengan aku sebelum ni
perpisahan kami dulu  pun aku yang minta
bukan dia yang nak pun..
and he said..I still love U bibi...
aduh....sakit minda aku ni...
pesanan to my ex...
study first
kasi mak ayah U happy dengan kejayaan U tu
nanti bila U dah berjaya
U akan dapat yang lebih baik dari I
yang jauh lebih muda dan jelita dari I
and I akan doaka…

MEREPEK-REPEK 2

hello ...mood meroyan sampai dah
sunyi?ekeleh macam takde feel lain kan
balik-balik sunyi
dah meroyan kat facebook
usya sana,usya sini pun nak cakap sunyi
kadang-kadang mood ni memang pelikkan
dah hahaha sana..hahaha sini
tup-tup rasa bosan sesangat
tu yang asik-asik update kat wall..aduh bosannnnn...
heeee...siapa pernah buat camtu?
aku tak ea..hahaha
eh...arini mood macam ok pulak
ni lah perempuan
kejap touching
kejap cool
kejap happy
kejap moody
emmm..tah lah
nak komen lelebih pun tak boleh
nanti makan diri pulak!!
heee... tin..tin.. eh...bas sekolah dah sampai?

PROMOTE HOUR

hey hey hey
apekes ni ..blog rocker tapi layan lagu si nuar jain ni?
hahaha..pedulik ape wa!!
janji boleh layan.. wa layan jek beb...
eh...rocker gitu
cakap macam KL gengstar pulak wa ni kan
lu wa, lu wa bagai hehehe
bukan apa beb
kali ni wa nak buat enrti pasal page wa
page yang tak berapa  nak happening la tukan
dibuat untuk semua peminat rock se malaysia
tapi dah friendlistnya semua adik-adik sekolah menengah...
mana ada nya mereka minat rock merock bagai ni
kalau k-pop tu maybe layan la kot sebab k-pop cute gitu hehehe
ok,tak nak buang masa
wa naklu orang LIKE page wa yang dah mula cool ni
lu klik link ni ok,nanti lu jumpa lah page rocker wa tu !! 
kalau lu tak berpuas hati ,
baik lu cakap,atau inbox admin wa tu
bukan apa beb,wa pun manusia macam lu...
ada je silapnya hehehe ..

KERJA YANG SIA-SIA ?

kemeriahan terasa
kempen dimana-mana
dacing, bulan, rocket dan mata sudah dimerata  pelusuk negara
aku yang pertama kali nak masuk umur yang layak
masih terfikir,team mana kah yang perlu dipangkah
kalau ikut mata hati
aku nak pangkah yang berjasa
kalau ikut kata iman
aku nak pangkah yang berserban
kalau ikutkan kasihan
aku nak pangkah yang disingkir dari kerajaan
alahai..keliru jugakkan
hee..tapi kalau dah kata masyarakat ni
ramai yang putus-putusan hanya  kerana politik
putus kasih
putus persaudaraan
putus kawan
putus harapan
putus punca pencarian ( kerja ) kenapa ek?
benda ni bukannya boleh bawa kemana pun.
yang menang akan jadi orang kaya semalaya
yang kalah akan terus berdendam dijiwa..
sedangkan silaturahim kita sesama kita..?
kenapa nak diputuskan?
tak ke kerja b*d*h namanya...
emm....entahlah.....
namapun manusia,tak pernah berpuas hati . . .

POHON CINTA

suatu ketika dahulu
ketika aku bertemu dirimu
saat itu kau umpama sebatang pohon yang kering layu
hanya merintih lagu sedih
kerana kehilangan kekasih
aku pula bagai debunga lalang yang berterbang
tanpa arah dan tujuan ku keseorangan
lantas ..
di bawah pohonmu ku berteduh
menumpang kasih untuk meneruskan kehidupan ini
dari sehari ke sehari
kita menjadi rapat dan saling memerlukan
sehingga pucuk harapan ku bercambah di akarmu
dari hari ke sehari juga lah
pohon mu mula berseri
kita bersama meniti kehidupan
berlagu riang
berdengang irama cinta nan shahdu
kerana dalam diam rupanya aku telah menyayangimu
dan kau pun serupa dengan ku
semalam . .
disaat sulur cintaku mulai berpaut kedahan cintamu
kau nyatakan bahawa aku bukan pilihanmu yang abadi
kau nyatakan lagibahawa masa depan kita tak pasti
kau juga menyatakan yang aku perlu mencari pohon lain untuk berpaut
saat itu . .
luluh hatiku
sulur cinta yang mula menjalar itu
jatuh satu persatu ketanah
menyembah bumi dan kering layu
sehingga aku …

7:08 PM

Image
sunyi dan membisu  . . .

SEDETIK LEBIH

SaYaNgKu . . . .
kau pergi jua , setelah cintaku kini membara
belum sempat ku curahkan kasihku ,kau pergi tak kembali . . . .
emmm . . . layan lagu retro kejap disinar FM ...

DuLu
aku ingat tanpa cinta
aku boleh bebas
tanpa cinta aku akan selesa
takde orang yang akan cemburu pada aku
takde orang yang akan sibuk-sibuk nak bertanya ..
where are u going?
what are u doing?
who with u there?
who are u send massage?
dan berbagai soalan akan perlu ku jawap

TaPi
rupanya..tanpa cinta..
hidup aku kosong
dan kosong
ye...benar-benar kosong . . .


BLURR YANG MENJADI-JADI

hai korang . . aku tengah sengal ni
mood yang blur semalam makin menjadi-jadi
suara mama masih jelas kedengaran dicorong telinga aku ni
semalam , mama ada called aku
hmmm..memujuk, merayu , suruh aku balik ke rumah dia
mama cakap ...sudah-sudah la tu U nak merajuk pun
takkan kemana nya merajuk U tu...
aku diam je..
U...mama panggil aku
balik rumah ea? dok dengan kami .          
nanti laa.. aku jawap ringkas
I akan balik kalau takde orang nak kawinkan I dengan orang yang I tak suka...
wah..aku dah mula nak bersuara ni..
laaa jangan la macam tu
apa yang kami buat ni semua demi masa depan U jugak
tapi bukan begini caranya ma. .  aku sebak...
U all tolak my choice
U all suruh I ikut cakap U alls ..adil ke tu ma ?
ergh...airmata aku dah terbit
ma ..please pahami I..
kalau semua hal  peribadi I
I kena ikut cakap orang ,
dan I tak dapat nak buat pilihan sendiri
biar je I tak payah kawin sampai bila-bila ma..
eh! derhaka kah aku ni ? hati aku pulak berdetik
ma... biar je I macam ni
I tak ke…

SORRY MY DEAR

mood : takde mood . . .

hari ni memang takde mood
mood aku jatuh menjunam
bukan sebab line internet problem
tapi minda aku yang sengal !
harini aku cuba kawal perasaan sengal aku ni
harini aku cuba tahan rasa rindu aku pada someone
harini aku cuba jadi insan yang pendiam tapi sampai bila?
aaah . . .aku sendiri pun tak pasti
jiwa brutal aku cair sudah..
harini aku nak orang yang aku sayang tu
dapat memahami keadaaan emosi aku ni
aduh...kenapa jadi macamni?
aku sendiri pun tak pasti . . ..
i'm sorry dear . . .

RESAHKU

Image
hati aku makin jadi  tak keruan
malam tadi lepas solat isyak
tiba-tiba air mata aku gugur laju
entah kenapa hati  jadi sayu
rasa insaf pada semua yang berlaku makin menebal
aku rasa terlalu banyak dosa yang aku dah lakukan
menyebabkan aku makin hanyut dalam dunia aku sendiri
kalau sebelum ni aku lah insan yang paling pemalu !
kini dengan bebanan di minda ku ini
aku lupa siapa aku yang sebenarnya
ahh.. semua ini berlaku hanya untuk melupakan..
ye,sesungguhnya aku ingin melupakan segalanya yang telah berlaku
namun ianya amat sulit
maka dengan  buat-buat yang aku sedang happy
aku memang nampak bahagia dan  terhibur !
bila dapat meroyan dengan  kawan-kawan,
aku lupa yang aku sedang berduka,
dalam hati ni hanya tuhan sahaja yang tahu..
malam tadi ..
aku menangis sehingga tertidur !
mengenangkan nasib yang apakah sesudahanya nanti
perlukah aku teruskan kehidupan aku begini
mengikut sahaja apa kata hati..
atau . . .
aku kena mengalah pada semua orang
lantas mengabaikan pendirian aku sendiri!

AHHA ... GIRL DAH TAK ROCK KE ?

hei..cakap elok-elok ok
sapa cakap aku tak rock lagi?
jiwa ni..ye jiwa ni still rock tahap batu gunung ganang lagi tau
kukuh dan mantap  gitu !
dah tu..nape layan lagu putih putih melati ni . . .
laaa...hahaha... kenapa tak tanya awal-awal...
bukan apa.. dulu-dulu aku pun tak minat jugak lagu ni
tapi bila friendlist aku tu asik buat status pasal lagu ni
tiap-tiap hari ada je yg taip lirik lagu lah
share u-tube nya lah
dan kat page yang aku like pun ada muatkan lirik  lagu ni..!
akhirnya...aku terpaksa akur
yang lagu ni memang senang di telinga semua orang
ok la ..selagi orang nak dengar aku pasang lah kan huhu...
tapi jangan fikir aku tak rocker lagi ok..
aku ikat ko kat pokok ada kerengge nanti baru ko tau ..
hahaha . . layannn ..



SIAPA KAH KEKASIH BARU SEMPOI GIRL ?

Image
my future boy friend !!
taddaa...semalam sewaktu lepak dengan member
sempat lagi usya kereta idaman a.k.a boyfriend
lahai sampai terbawa-bawa dalam mimpi aku tu...
aku dengan member target lagi beberapa tahun
salah satu kereta ni mesti jadi milik kami,
so..kami kena lah adjust duit gaji lepasni
by the way,selagi hayat dikandung badan
aku kan berusaha untuk mendapatkannya.
kekasih baru ku . . .La La La...
i lebiu ..mwaaah...heeee cayookk girl!!!!. . . .

HILANG HAMPIR 95%

hi there ..
blogwalking? or skodeng? hehehe
apa pun kerja korang
aktiviti serupa pasti akan berlaku hari-hari kan
biarlah...asalkan korang happy
hari ni merupakan
hari yang amat meletihkan urat saraf aku
dari malam tadi selepas buat sikit kerja diofis
lepastu sambung layan bola sepak dengan kekawan
lahai kecewa bila JDT tewas digelanggang sendiri
namun bro Safi Sali atau aku lebih suka panggil dia
bro SAFsali huhu terbaik
bro lah penyelamat maruah team JDT
dapat la 1-2 ..boleh la dari takde langsung
lepas layan bola..dengan hati yang kecewa
aku dengan kekawan rasa lapar semacam
dalam pukul 12 mlm tu jugak kami pergi makan
aduh..malam minggu ramai rupanya manusia ...
ye manusia yang tak tahu tidur malam hehe
dengan ditemani 2 awek manja termasuk aku
kami lepak restoran sea food terkenal di area apartment aku tu
amboi..awek-awek kalau dah lapar tahap maksima
semua lalu kami tak pandang dah.
siakap 3 rasa, chapchai , tomyam, telur dadar berempah,
aaah... berpeluh tubuh menikmatinya
pukul…

BABY SAY . .

Image
Saya tunggu awak lama kat situ tapi awak takde,
akhirnya saya masuk tidur , emm. . . . gudnite awak . . .
from saya ~ baby cute awak . .

ITU ADALAH AKU

ayooo..
jadi blogger
tapi malas nak blogwalking
cane tu ek? alahai..
emm...by the way
aku bukannya blogger yg selalu meraih follower
atau meraih like dari kekawan . . .
aah..nama pun blog jiwa
bukannya semua orang sejiwa dengan aku kan
ish.. dalam jiwa-jiwa aku ni
aku selalu bagi orang happy ok
yup! memang itu tujuan kehadiran aku kesini
untuk memberi bahagia gitu...
ek eleh..bahagie la sangat korang kan?
poyo jek heee...
tapi serious beb
aku anti tengok member-member aku bersedih
alahai...runtuh jiwa ni
please la kalau korang sedih
jangan tunjuk kat aku ok
tapi..kalau korang buat-buat happy pun
aku boleh baca la wei...
eh..ye ke...?
alalahaii..percaya lah padaku
keikhlasan aku ni adalah sepenuh hati
usah korang pertikaikan lagi
tapikan...aku juga manusia lemah
adakalanya aku juga bagi orang lain menangis
ohnyaaaa . . . . i'm sorry

JELES

Image
perasaan yg sering mengganggu mindaku
tapi untuk apa?
entah laaa
ergh. . .  sakit. . . perit
hanya aku yang tahu
hanya aku yang tanggung
mohon undur diri. . . .nanti kita jumpa lagi



EX

kekasih lama muncul kembali
ish . . .  sahdu nya teringat semula kenangan silam? oh..sudah tentu  kenangan yang manis ke yang pahit ?
kata awek jiwang : saya tak akan pernah melupakan  semua kenangan manis dengan dia saya akan sentiasa merindui semua saat indah itu tapi tiap kali saya mengingati memori sedih tu air mata saya akan turun....emmm terharu sangat ....
kata awek rocker : wa pulak kalau jumpa ex wa? sebak tu memang ada la wei lagi-lagi tengok muka poyo dia tu adeh..cair wa tau kenangan? pahit ke..manis ke wa layan je perasaan wa ni sebab wa masih tahan untuk berbuat demikian
kata aku pulak : hmmm... terharu, teruja nak menangis tapi dah dia hak orang so aku kena tabahkan je hati ni  agar tidak jatuh cinta kali kedua kat dia aduh.....sebak. . .  pass tisu bhaii....

SUMPAH SETIA

ketawa bersama
menangis bersama
ku bersumpah haraf kita mati pun bersama
ooh ....
setia sungguh ..
itu lah dijanjikan
itulah sumpahnya
antara kau dan aku
namun hakikatnya bukan mudah
untuk melakukan kesetiaan itu
kadang - kadang dah puas setia bagai
ada pulak halangan yg datang menjenguk
nak di maki ke? sedang awal-awal lagi
orang tua dah pesan  jodoh itu kerja tuhan..
bercinta bagai nak rak pun belum tau dia milik kita..
dah tu macamana nak harapkan mati pun boleh bersama?
tulah...dulu suruh pergi sekolah
korang sibuk berendut !! heee..
tulah yang selalu mama bebelkan
bila aku dan adik-adik silap dalam berkata-kata..
adeh...bise tu beb...heee tahankan je lah telinga ni
tapi yang pelik tu,macamana mama boleh tau
yang kami main cinta masa sekolah tu??????
ish..mama ni pakai spy kot!! hmmm...entah lah...
ok-ok..kita berbalik pada ayat
ku bersumpah harap kita mati pun bersama
maksudnya mudah aje:
kalau salah sorang tu meninggal dunia terlebih dahulu
maka kekasih yang ditinggalkan didunia…

EGO ke MARAH ?

kekasih kau sudah  membosankan?
lepastu kau tuduh dia kaki cemburu lagi ?
yuh..bukan itu saja, malahan
kau siap perli dia di laman sosial kau lagi
pernah kah kau terfikir perasaannya?
pernah kah kau teringat semua pengorbannanya suatu ketika dulu?
pernah kah kau cuba ingatkan semula
semua kenangan indah masa korang mula kenal dulu ?
masa kau sakit
masa kau susah
masa kau dilanda seribu masalah hidup...
siapakah disisi kau ? bukan dia kah?
ish..manusia mudahnya lupa diri
baru saja hidup sedikit mewah
lupa pulak sejarah semalam
aku terkejut jugak bila terbaca status sorang  bro ni
dia sanggup memperkecilkan ' kaum ibunya'
hanya sebab keegoannya
dan hanya sebab dia sedang marah...
ah...ini hanya kemungkinan je kot...
tapi bila diamati dengan serius....
mungkin ada rahsia disebalik apa yang dia luahkan itu
hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang sedang berlaku..
aku sebenarnya lebih pasti disini..
kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang
ye kan ?? ish...tapi bawak-bawak  la berte…

ROCKER'S MOOD AT NITE

Image
'ghost of guitar' mengalunkan iramanya

namun malam ini aku masih sepi dan sunyi dikamar ini

canon rock menjadi teman peribadi

haraf dunia pun senang dengan melodi ini !

irama rock tak akan pernah mati  dihati

hanya rocker girl saje jiwanya sepi sekali

apa nak buat , dah nasibnya diri

biar semua ini wa tanggung sendiri

\m/





jiwangnya jiwa ...alahai.... sepi beb sepi ...ergh...






GIRL KENA SOUND KE ?

Semalam ada member aku dok pm aku kat inbox
wei rocker sempoi girl ! entri ko asik kenakan orang lelaki je beb.. pehal ko
aku terkejut ..aik??  pehal pulak ? salah ke beb?
tak lah salah beb ..aku terasa siot hahaha
lahai...rilex la beb..ko pun awek gak kan
takkan ko terasa heee... aku cuba nak coverline
ye la beb, dalam entri ko tu ada ciri-ciri bf aku wei hahaha
laaaaa... ye ke? adeh...mana aku tau ..sorry beb
isoke laa..tapi yang aku pelik
kenapa sejak dua menjak ni ko asik kutuk lelaki beb?
ada problem ke?
eh...xde la..aku taip apa yang aku jumpa je beb
yang aku belum jumpa aku tak taip hehehe
sorry la..aku tade niat nak kena kan sesiapa
cuma ..apa yang aku taip ini adalah pengalaman aku
manis,pahit,masam,kelat,pedas..yeah..1001 macam rasa beb
ok..aku caya kat ko lah
ko memang banyak kenalan dan pengalaman
ko ramai kawan..aku respek kt ko beb
aduh..ko puji aku over ni dah ni
heee...*aku jadi malu seyh*
tapi serious aku cakap beb
semua aku taip disini adalah benar
apa yang aku alami

BILA ROCKER MERAJUK

Image
tapi rocker merajuk tak lama kot...hee~

LELAKI DAN LOVE

lelaki dan cintanya
macam-macam luahan rasanya
korang nak tau ke?
bawah ni antara yang aku jumpa
masa lepak pantai Selat Melaka aritu
jom layan ...

lelaki pertama :

aku tak hairan kalau takde awek ni
bukan mati pun
lagi best adalah
hidup tak terkongkong
jiwa aku tenang
takde siapa nak jeles bagai
takde siapa buang duit aku
takde siapa nak meroyan pasal aku
nak pergi mana takde siapa yang peduli
alangkah indahnya hidup
tapi bila tengok member pergi dating... sebak . . .hmm

lelaki kedua :

awek?
ishh... dah memang dari adam dan hawa
lelaki lawannya perempuan
rugi la bhai kalau takde awek
macam makan nasi tanpa lauk
macam minum teh tanpa susu
macam mandi tanpa sabun
hahahaha sebab tu aku selalu tukar awek
ko ade??

lelaki ketiga :

cinta? gf ?
abang ni sama je ada takde pun
ade cinta pun kalau hanya untuk menyakiti buat apa yunk
abang ni dah berkali-kali putus cinta yunk
awek abang buat hal belakang abang
padahal abang sayang gila kat dia
abang sayang dia lebih dari diri abang ni
tapi dia t…