BILA TIME FREE MACAM NI . . .

time free !
bosan pulak lepak face book
macam letih minda nak berkomen dengan kawan-kawan harini
bila dah takde mood ,aku memang malas nak bermuka buku
bukan apa ...takut melarat
kang berkomen entah apa-apa
elok nak enjoy,jadi emo pulak
tak ke haru jadinya ...

bila time free camni. . .
lepak blog sendiri memang satu kewajiban
blogwalking salah satu aktiviti
meroyan dah tentu mesti ...

bila free..
aku selalu baca entri lama aku
yang aku taip tahun-tahun sudah
ketika itu mulalah aku terbayang kembali
semua kenangan pahit manis kehidupan aku sendiri
ketika sekolah, ketika bercinta
ketika gembira, ketika sedih
ketika angau dan ketika meratap satu kehilangan...
ye..semuanya bermain di minda saat ni *macam nak nangis*

bila aku free ..
aku selalu teringat kawan-kawan
masa yang kami lalui bersama
kawan satu sekolah, kawan tempat kerja ,kawan siber ,
kawan aku semuanya happening sebenarnya
sebab tu aku tak pernah buang mana-mana kawan aku
cuma adalah sorang dua kawan aku yang kadang-kadang touching dengan aku
pastu menjauhkan dirinya pulak ...emmm *sedih*
dan malangnya , aku bukan reti nak pujuk orang
so,lebih baik aku diamkan je sampai satu tahap
api kemarahannya padam dan dia akan cari aku...heee

sebenarnya bila time free macam ni...
aku mula lah rasa bosan
kerja yang boss bagi semua dah settle
dan apa yang terjadi ketika ini...
hati aku hanya ingat sesuatu diluar sana
sesuatu yang setiasa menjadi kegemaran aku bila aku free
dimana saat itu selalu menjadi igauanku
dan aku suka  menghayati tiap detik kenikmatannya
dan tak semua orang boleh mengecapinya tau...
perghh!!! sedap tu....... eh...apakah ?
emmm apa lagi... tidurrrrr  laaaah....hehehe..*mengantuk*

Comments