POHON CINTA

suatu ketika dahulu
ketika aku bertemu dirimu
saat itu kau umpama sebatang pohon yang kering layu
hanya merintih lagu sedih
kerana kehilangan kekasih
aku pula bagai debunga lalang yang berterbang
tanpa arah dan tujuan ku keseorangan
lantas ..
di bawah pohonmu ku berteduh
menumpang kasih untuk meneruskan kehidupan ini
dari sehari ke sehari
kita menjadi rapat dan saling memerlukan
sehingga pucuk harapan ku bercambah di akarmu
dari hari ke sehari juga lah
pohon mu mula berseri
kita bersama meniti kehidupan
berlagu riang
berdengang irama cinta nan shahdu
kerana dalam diam rupanya aku telah menyayangimu
dan kau pun serupa dengan ku
semalam . .
disaat sulur cintaku mulai berpaut kedahan cintamu
kau nyatakan bahawa aku bukan pilihanmu yang abadi
kau nyatakan lagibahawa masa depan kita tak pasti
kau juga menyatakan yang aku perlu mencari pohon lain untuk berpaut
saat itu . .
luluh hatiku
sulur cinta yang mula menjalar itu
jatuh satu persatu ketanah
menyembah bumi dan kering layu
sehingga aku terasa detik kemusnahan telah menjelma
air mata yang telah lama terhenti mengalir kerana cinta
kini sekali lagi jatuh ke pipi
boneka kah aku?
persinggahan sahaja kah aku
atau aku hanya layak menjadi teman tapi mesramu?
aaah..cepat sangat kau berubah
mempertahankan satu perinsip barangkali
bahawa aku bukan yang terbaik untuk mu
untuk kehidupanmu dimasa akan datang ..
harini . .
akan ku biarkan sahaja pohon mu bebas dariku
kerana sulur cintaku sudah mulai musnah
layu satu persatu
dan mungkin akan mati di dasar pohon cintamu itu ...
terima kasih kerana pernah menyayangi diri ini
dan abadikan semua itu
menjadi satu memory luka yang pernah hadir
dalam sejarah cinta  hidup kau dan aku..
aku ~ insan yg pernah kau panggil sayang ~



Comments