RESAHKU

hati aku makin jadi  tak keruan
malam tadi lepas solat isyak
tiba-tiba air mata aku gugur laju
entah kenapa hati  jadi sayu
rasa insaf pada semua yang berlaku makin menebal
aku rasa terlalu banyak dosa yang aku dah lakukan
menyebabkan aku makin hanyut dalam dunia aku sendiri
kalau sebelum ni aku lah insan yang paling pemalu !
kini dengan bebanan di minda ku ini
aku lupa siapa aku yang sebenarnya
ahh.. semua ini berlaku hanya untuk melupakan..
ye,sesungguhnya aku ingin melupakan segalanya yang telah berlaku
namun ianya amat sulit
maka dengan  buat-buat yang aku sedang happy
aku memang nampak bahagia dan  terhibur !
bila dapat meroyan dengan  kawan-kawan,
aku lupa yang aku sedang berduka,
dalam hati ni hanya tuhan sahaja yang tahu..
malam tadi ..
aku menangis sehingga tertidur !
mengenangkan nasib yang apakah sesudahanya nanti
perlukah aku teruskan kehidupan aku begini
mengikut sahaja apa kata hati..
atau . . .
aku kena mengalah pada semua orang
lantas mengabaikan pendirian aku sendiri!
hmmm...kejamnya dunia . . .





Comments