Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

YE KE TAK

Kata orang lelaki ni kalau dah sayang
cemburunya  makin hebat gila
aku tak boleh nak jawap
sebab aku belum tukar jantina lagi
so aku memang tak tau heee
katanya setiap pergerakkan awek dia nak pantau
apa yang dibuat
apa yang dimakan
apa yang dikerjakan
apa yang di minda
dan apa yang dihati pun lelaki nak tau !
eh...apa yang didalam baju tak nak tau kah bro??
hahahaha
katanya makin sayang,
makin tambah la lagi keegoan si lelaki pada aweknya
silap sikit nak merajuk !
salah sikit nak membisu seribu bahasa
tapi untuk dia membebel mungkin tidak la
sukanya asik membatu dan terus membatu...
aaaa..barulah nampak ROCK !!
kan bro kan ...hehehehe
lelaki suka pendamkan perasaannya
dia pendam..pendam dan pendam
sampai satu tahap
dia akan luahkan apa yang berbuku dalam hatinya
masa tu kadang-kadang sampai keluar semua air !
air mata ,air hidung ,air peluh,air..
err..err...diaorang ada air apa lagi ekk???
hahahaha..entah...tak tau...tak tau ..hahaha
lelaki kalau dah sayang
katanya memang awesome !
ya…

SEJARAH CINTA

Sering aku katakan cinta amat berharga buat insan bernama aku !
bukan mudah untuk aku melafaskan cinta
tak mudah juga untuk aku menyatakan yang aku telah jatuh cinta !
kasih sayang yang mahal bagiku apabila
kau hadir tanpa aku sedari ...
kata-kata mu yang sering bermain diminda ku ini
telah menghanyutkan aku makin jauh dari dunia reality ku
mampukah kau menjadi milik ku satu saat nanti?
setelah jiwa aku cukup hambar untuk mengulangi semula sejarah cinta dulu?
cinta semalam amat trajis buat aku
semakin aku melupakannya
semakin dia menjelma di minda kusut aku ni
gelodak asmara duka bukan mainan lagi
kehadiranmu menjadi  penyeri malam sepiku
tanpa kau sedari ..dalam tiap gelak tawa ku
setitis demi setitis  air mata ku jatuh kepipi ..
dalam senyum aku resah
dalam suka aku binggung ...
kerana aku takut akan kehilangan insan penyayang seperti kamu
seperti mana aku kehilangan cintaku yang semalam ..
ye...dia lah sejarah cinta ku ~

SEMANGAT YANG HILANG

Kusssss  semangat
heee tu kata nenek kalau terkejut,
apa yang nenek maksudkan dengan 'kus' tu
aku pun tak dapat nak cari kat google ...
tapi kenapa pada semangat ??
kenapa tak pada benda lelain ekk.hmmm....entah la..
orang tua-tua ni memang pro kalau bagi perkataan ,
kalau tak ...takkan kita ada berjutah-jutah perkataan sekarang ni
dan orang muda zaman ni hanya mampu merosakkannya aje !
ish.. tak patut langsung...
sebut pasal semangat ...
aku di baru saje pulih dari demam tau ...
tapi demam aku bukan lah pasal badan yang panas
bukan berkaitan seram sejuk
bukan pasal batuk atau pun demam selsema
tapi aku ni baru baik dari demam yang melanda seluruh malaya
iaitu demam bola !!
eh...dah abis ke bola piala malaysia tu?
belum pun habis ...
tapi baru semi - games je ni dah kacau bilau
hahaha..peminat yang fanatik !
semangat yang tah apa-apa ! jiwa kacau tol !
aku mungkin tak tengok secara live di stadium pada malam tu...
tapi pada apa yang aku  amati,
pada apa yang aku renungi ,
pada…

BICARA HATI MU

just to let u know that i'm missing u when never we're apart ..
and i;m feeling all alone,
i close my eyes and think of all the happiness we;ve known..
i clearly see that ..i really miss you..
sy sangat2 rindu kat awk ....

REALITY BUKAN FANTASY

waaah ... layan lagu mr faizal tahir ni
mood rocker hidup semula la beb
tapi tulah siang ke..malam ke
dia tetap suruh tidur hek3
macam dia tau-tau je aku suka tidur siang
ape dah abang pejal ni kan.. emmm ...
tapi entri kali ni bukan pasal tidur ok
minggu ni pasal kemanusiaan yang tak mungkin terputus
selagi hayat dikandung badan
selagi itu lah ianya terjalin dimaya pada ini...
kehendak hati bukan halangan jika kita mampu buat
tapi jika keupayaan terhalang
maka dicadangkan agar abaikan je kehendak itu
bermimpi untuk menjadi insan terbilang adalah sangat indah
namun realitynya bukan satu kerja yg mudah kan
begitu jugak dengan kebahagiaan
melihat pasangan lain hidup bahagia
sendiri terus terasa bila sendirian macam ni
bila orang ada anak
terasa sweetnya jadi ibu
bila orang ada suami
terasa indah nya jadi isteri
tapi...tulah kan ada tapinya
semuanya itu indah khabar dari rupa
aah...yokk tidur yokk !!
abang pejal ni asik ucap selamat malam je ni
lebih baik ku lelapkan mata
sweet dreams se…

SAKIT JIWA

semalam line buat aku hangen
sampai pukul 3 pagi aku tunggu semuanya hampa
text aku hilang
text dia tak masuk
komen aku pun sangkut-sangkut
nak tidur mata tak mengantuk pulak
mungkin sebab hati dok sungguh-sungguh
nak tunggu text dari dia ...
harini .. inbox langsung tak boleh buka
mengapakah? mushkil sungguh dengan line ni
malangnya bila  line problem
jiwa pun jadi makin sakit . . . . .zZzZ. . . . ..





PUAS

ok.!!!dah settle kerja  pengubah suaian ini
banyak yg telah berubah
banyak item yang dah takde
mungkin rasa agak janggal
tapi ala nanti lelama ok la tu ..
apa yang penting sekarang ni
aku masih mempunyai tempat untuk
meluahkan bisikan naluri ku
ok...sejujurnya aku sangat berpuas hati hari ini
harap esok aku tak gatal tangan ni nak tukar back ground lain !
hahaha.. nam jahnam nanti jadinya ok..ok... mengantuk sudah !
kini aku tak lagi sunyi diblog ini lagi
sebab setiap masa aku ditemani secantik
miss Ghothic yg classic ...awch!!
ye aku dah puasss !!

MODIFYING THE BLOG NOW

hello ..happy bercuti untuk semua!
jangan lupa harini hari jumaat ye
yang ade bela misai tu wajib kemasjid
heee.... sapekah??? ala...awak laaaa...
ingin dimaklumkan disini
blog ku sedang diubah suai
so..takde lagu-lagu jiwang
takde tempat korang nak follow
takde hiasan fanpage dan jumlah pengunjung
kerana semua benda-benda tu
ku sedang order , kata pembekal
semuanya akan datang sikit masa lagi
stock sangat lah terhad
maaklom la kan cuti sekolah
ramai orang kawen...eh....merepek-repek sudah
hahaha...
apa-apa pun maaf..maaf..maaf
segala kesulitan sangat disesali
but...kat blog ku sekarang ada sekujur awek ghotic
la..la..la... muaaah ~

SELAMANYA PASTI

malam tadi kau hadir disaat ku sendirian
menyapa aku yang sedang lena didakap kenangan semalam
malam tadi sekali lagi hajat mu , hajat ku tercapai
dan malam tadi juga air mata kasih ini tumpah lagi
wahai cinta semalam
mampukah aku menyambung sejarah luka kami ini ?
tak sanggup rasanya menangis lagi untuk meratap sesuatu yang tak kesampaian
aku yang dulu hanya mampu berserah
kini kian menyerah pada takdir pada ketentuan pada kerja Tuhan
ye..berserah aku selamanya disini
apa yang pasti ...malam tadi ..airmata mu gugur kembali
bukan kerana sedih tapi kerana ucapan rindu dari ku ...
selamanya merindu .....pasti  ...

SEPI ITU INDAH

kalau dalam hidup ni
kita kata kita hidup sorang
mungkin sangatlah tak masuk akal
kalau kita kata hidup kita ini sunyi
nampak sangat membohongnya kan
dunia ni milik tiap insan
insan sepi
insan hina
insan terbaik
insan sengal
insan poyo
insan argh..semua insan yg bernafas la senang cakap
kecuali insan yg tak bernyawa yang di panggil jenazah
heee....
ada kala kita tak menyangka disebalik ke sunyian itu
Tuhan bagi masa yang terbaik buat kita
masa untuk merehat kan minda dan jiwa...
sebab ...bila kita berada dalam keadaan sunyi dan sepi
minda kita berfungsi dengan lebih sempurna
kerana tidak dipengaruhi oleh apa-apa permasalahan
bila kita sunyi juga akal..hati ..percakapan kita pastinya teratur
sebab ketika tu kita hanya ada dijiwa kita
kita bukan bersama jiwa orang lain..
well..manusiakan mudah terpengaruh
bila dah bercampur dengan orang lain
kita mudah lupa siapa kita
dari mana asal usul kita
siapakah keluarga kita
apakah pekerjaan kita
kadang kala kita sangat mudah lupa
tentang apakah …

KEMELUT JIWA

hi there !!
masalah problem tol ni ...
dah aku cuba ,try ,test ...ianya masih tak berubah
ialah kan ..nama pun perangai
kita ni memang tak boleh berangan nak mengubah perangai orang lain
tak kiralah perangai tu baik ,atau buruk
yang boleh ubah ialah tuan punya badan itu sendiri
ye ke betul ?? haha
soalan sengal..tak payah jawap la yek
nak jadikan cerita ..
ada lah sorang orang yang dinamakan insan ni
beliau adalah seorang orang yang bernama lelaki !
dari usianya belasan tahun
sampailah usianya dah nak masuk ke ambang sore dah ni
tapi sikap cemburu buta dia masih bermaharaja lela
kalau dulu kekasihnya adalah mangsa ,
kemudian tunangnya,
kini isterinya  ....
apa yang peliknya
antara kekasih,tunang dan isterinya
mereka adalah orang yg sama ,yg serupa !!
aku pernah bertanya pada isterinya
kenapa tidak tinggalkan saja dia itu?
kenapa mesti bersabar ?
kenapa mesti menanggung beban menjadi mangsa dia ?
dah kena mandrem kah?

akak dah suruh dia lepaskan akak tie ,tapi dia tak nak
dia pujuk aka…

JUJUR YANG SAKIT

kita di amanahkan untuk bersikap jujurkan,
so kenapa  mesti kita berbohong pula ?
adalah lebih indah jika kita teruskan memberi kejujuran
namun dalam keindahan itu kejujuran jugak boleh buat kita kehilangan orang yg dekat dengan kita
ye..aku cakap macam ni
sebab aku dah alaminya sebelum ini
dan jugak malam ini.. ye..aku sangat yakin
selepas ini dunia aku jadi sepi
tiada lagi gelak tawa teman rapat ku
tiada lagi masalah yang mampu kami kongsikan bersama
kerana sudah makin jelas kenyataannya disini
bahawa kau akan terus meninggalkan aku dan kenangan kita
ye..silakan
kerana aku tak mau mengheret kau dalam kemelut hidup aku ni
aku tak mahu kau hadir hanya untuk secuit rasa
bukan untuk setulus hati
walaupun bagi ku silaturahim ini sangat ikhlas dari aku
tapi sikap kau itu menunjukan
makin luas jarak jurang antara kita...
aku tak mungkin bangkit malam ini
tapi akan aku lepaskan satu persatu perasaan ini
agar aku bisa terbang jauh dari sejarah semalam...

KENAPA CINTA IBARAT RERAMA

yeah... akhirnya muncul lagi entri terkini by lyenda ixati
rindu ea..a'ah kan rindu laa
ishh.. nasib la rindu tak kena bayar ,kalau tak bankrup dan aku ni
hehehe ... sengal je ekk ..??
korang lah sengal ,aku mentain je camni *sikit mereng*
letih doe semalam asik merayap
hari ni dah macam asoh mati laki dah
poyo gila time buat kerja
nasib boss perempuan
kalau lah boss lelaki
dah sah-sah dia muntah darah harini
sebab tengok muka poyo aku ni
lahai... zalimnya heheheh
eh...haritu ada orang tu tanya aku
entah kenapa tah rajin sangat dia tu nak menyoal aku
katanya :

ngekk kenapa rerama kecil? kenapa tak lain


aku tau apa maksud dia ..
aku guna kan nick rerama kecil di Face-book Aku
aku guna gambar rama-rama sebagai DP difacebook
aku guna lagu sastera kupu-kupu diblog dan
kejap lagi background ini pun akan aku tukar ke...aaa..korang lihat la nanti ok
ye..rerama @kupu-kupu
sejenis haiwan yang sangat simbolik
korang tu bukan nya insan seni mana lah korang faham kan
hahaha...yang korang tau …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

MALAM YANG ASYIK BUAT KU

saat itu jiwa bergetar
naluri ku makin memuncak
degupan jantungku makin kencang
seakan seluruh alam bersorak meraikannya
menakutkan aku dengan rasa 1000 kebencian , huh!
disetiap sudut malam
aku dipancarkan dengan kilauan cahaya yang sangat terang
memancar ganas satu persatu kearah ku
arghhh ...jerit ku dari kamar
sakit tau ... perit ni !
aku  memekik dengan nada yang kian lemah
suasana kamar makin hangat
aku tak mampu memandang sekitar lagi
satu demi satu cahaya memancar tepat ke arah ku
makin lama makin rakus menerjah ke seluruh kamarku
ahh..aku kini terkulai lemah..
makin lama aku makin lemah disitu..
diatas keempukan tilam aku rebah lesu tak berdaya
jiwaku telah ternoda hanya kerana panahan cahaya itu
kini . . . .aku bukan lagi aku . . . .
aku hanya lah pelepas naluri yang terbatas oleh mu !
dan segalanya hanya igauan tidur malam ku yang asyik ...

LELAKI YANG HANGAT

indah ......bisik hati dalam kabus pagi
dingin ... .tubuh ku diraba oleh bayu subuh
resah ...ucapan jiwa saat masa berlalu sepi
rindu ...entah milik siapa rindu ku ini
oh sulitnya jiwa seorang orang yang dipanggil perempuan !
semalam aku diburu bayangan sendiri
saat jemari bertatih dikeypad  laptop
tiba - tiba aku dikejutan oleh seorang orang yang bernama lelaki
ah..nama pun lelaki
baru kenal bagai dah lama jumpa
kalau tak dilayan dikata sombong
tapi jika dilayan , macam - macam mintanya
tak sampai 30 minit aku berchatting
dia sudah berani nak melamar aku!
bukan di alam nyata tapi didunia siber..
perh..satu kerja gila
bukan sekali ini berlaku antara aku dengan lelaki
pernah..ya..pernah berkali-kali
adakah begitu murah nilai sesuatu perhubungan bagi lelaki ?
aku bukan jenis perempuan yang cepat melatah
so aku ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini
apa guna Allah bagi aku akal dan fikiran!
apa guna usia ku yang kian matang ?apa guna naluriku ?
dengan izin Allah aku dapat ju…

16MEI ....

assalammualaikum warah matullah hiwabarokaatuh cikgu

Masih kedengaran jelas suara ketua kelas  memberi salam ketika cikgu masuk kelas ,waktu itu aku dengan mood mengantuk hanya berdiam dan hanya berdiri kaku .suara ketua kelas di sambut oleh suara murid kelas 5 science 2 ,beramai-ramai dan aku masih lagi diam ....selepas memberi salam beramai-ramai ,cikgu suruh kami duduk..eh..cikgu tak jawap salam pun..tak kan jawap dalam hati je kot ? detik hati aku *mood masih mengantuk*

cikgu : izzati ..kenapa dengan awak ni?

aku   : saya mengantuk cikgu. . . .

cikgu : kenapa ? malam tadi awak belajar sampai jam berapa ?

aku    : sampai pukul 10 cikgu . . .

cikgu : eh..kan awal lagi tu..dah tu kenapa awak mengantuk lagi ni?

aku    :cikgu ...saya tidur pukul 11 malam ,
          tapi tiba-tiba pukul 12 malam datuk saya kejutkan saya..
         dia kata tie..temankan atuk pergi dapur tie ,
         atuk haus la..
         saya yang  mamai pun terus je pergi dapur teman kan datuk saya..
         dat…

CINTAKU PADAMU

waw..so sweet la mereka first sweet ..dapat dating dalam hujan
second sweet ... bf dia sanggup berkorban
third sweet ... awek dia comei je senyum

dalam sejuk-sejuk tu ..meowww...haha
and the forth sweet is...walaupun dia marah tapi dia masih tetap melindungi kekasihya dari terkena hujan ,

huhu alangkah beruntungnya miss putih itu.. ini pasti kerana perasaan cinta yang kukuh, mr hitam sanggup berkorban demi miss putih ..

 kalau lah aku ada kekasih seperti mr hitam ?? sumpah ku tak carik lain dah ..hahaha

LAGI TUA LAGI POWER

Eh...apa tu? kelapa kah? atau kereta kah?
ok,ok aku share kat korang apa yang lagi tua lagi power tu..orite...heee
minggu lepas aku balik rumah family hampir 10 hari
saja la kan santai-santai dengan keluarga tercinta
lepaskan rindu yang membara pun ye jugak
sebab lepas ni aku pun tak pasti bila aku berkesempatan jumpa mereka semua
maklumlah kan madam tu kalau dah kerja bukan ingat dunia
aku sebagai PA ni  yang jadi mangsa heee..*macam tak ikhlas je kerja kan *
ok,ok..aku ikhlas seluruh kerja ku, diriku, keringatku hanya demi madam
bhahaha ayat tak boleh blah jek
kalau lah madam tau,mau dia belikan aku kereta sport kejap lagi heee
mak ai..taste tinggi tu !!!
aku sedar aku hanya PA ,bukannya perempuan simpanan madam ok..
oi..ingat madam aku tu lessbie ke hahaha!
oh madam..i dah termengumpat  u pepagi ni...sorry ^_^
aduh ..dah merepek-repek ni...
sebenarnya aku nak share story la
minggu lepas aku ada jumpa member satu sekolah
satu umur dengan aku
didalam usia sebegitu muda, dia sudah pun…

SHARE SOMETHING

Hehehe gosip yok
malam ni aku nak share something la
emm pasal sorang member aku ni
dia tu dulu-dulu memang rapat sangat dengan aku
maklum lah kami ni sama-sama kaki blogger
kepala pun lebih kurang mereng jugaklah
cuma aku lebih mereng dari dia kot..lantak lah kan heee
harini dia dah makin busy
dah takde nak pm aku or tegur aku lagi
but aku tak kesah
sebab dia dah sibuk dengan kerjanya. . . .
dan  aku tau dia dah ada kekasih hati sekarang ni ,
so..dia kena lah  jaga jurang antara aku dengan dia
agar percintaan dia dengan gf dia tu berjalan lancar
aku? aah aku ni jenis senang nak adjust perasaan der...
dari dia gaduh dengan gf dia sebab kes cemburu kan aku
lebih baik aku menjauhkan diri dari dia , tapi apa yang perlu,
persahabatan kami ni tak kan terputus macam tu aje
dia masih kawan aku walaupun jarak kami dah jauh. . .
but...aaa...ada but nya tu...
selepas aku dapat tau dia ni ada gf  ...
budak-budak girl dah payah nak komen kat status dia
sebabnya..nanti gf dia cemburu hahaha
komen …

DIA YANG ITU ...

Dia
aku kenal dia belum pun setahun
aku rapat dengan dia belum jugak setahun
Dia memang sorang yang perihatin
perantau jugak seperti aku
walaupun dia tak cakap apakah pekerjaannya
tapi aku yakin yang dia memang seorang yang bertanggungjawap terhadap kerjanya
Dia
dari awal perkenalan memang mudah mesra
mungkin sebab pengalaman sebagai perantau buat dia mempunyai sifat sebegitu
banyak info dan fakta yang aku temui setelah mengenali dia
banyak jugak pengalaman yang menarik bersembang dengan dia
tapi malangnya aku tak pernah mendengar suaranya
tapi ruginya aku hanya mampu melihat photonya
dan aku hanya memandang
dan aku tak mampu menyentuhnya . . .
kalau sebelum ni kami mesra sebagai kawan siber
pernah dia memberitahu aku agar memberi peluang padanya
untuk dia menyayangi aku lebih dari seorang teman !
hasrat murni dia membuatkan aku rasa dia sangat jujur orangnya ...
tapi aku yang memang tak mempunyai perasaan untuk bercinta lagi ini,
terpaksa mengabaikan niat baik dia . . . .
namun hari …

PERIHAL AKU

ok harini nak story perihal aku
bila orang tanya siapakah Lyenda ixati tu?
ah mestinya ramai yang jawap 'insan misteri'
ye..tu yang pastinya
misteri sangat kah aku?
ada yang pelik dengan kehidupan aku
dengan cara aku..dengan naluri aku..
apa tak nya kalau korang masuk my muka buku
satu info pun korang tak akan jumpa pasal diri aku
seperti gambar , tempat tinggal , keluarga ,keturunan
dan apa-apa jugak la info yang berkaitan perihal aku!
hahaha apakah itu perlu ?
ala sekadar facebook untuk apakah ?
bukan aku mau cari kerja di facebook
bukan aku mau cari calon suami di facebook
ye semua nya bukan
aku tak mungkin menjadikan facebook ku muziumku
aku jugak tak nak jadikan  facebook
sebagai ejen mencari jodoh buat ku!
dan tak mungkin facebook menjadi penyimpan maklumat diriku!
argh cukup cukup sudah
aku bersyukur atas tiap kehadiran teman-teman yang selalu disisi
mereka penyeri tiap hariku
penawar tiap dukaku
penghibur tiap sunyiku
terima kasih Allah kerana mengutuskan mereka dalam …

TAKDE MOOD

blog sepi sebab hati tak keruan
maka aku dilarang menaip apa-apa di blog ni
sehingga mood kembali stabil !
menaip dengan mood yang sengal adalah tidak digalakkan
kerana ianya hanya akan menyebab kan sedikit jiwa parah !!
aku akur pada fakta ini !so...
ayuh kita layan mood . . . . tidur jom ....

EH...SEMBANG POLITIK PULAKKK

aduh...rakyat bising lagi
lepas BN jadi juara dalam PRU 13 barang semua naik !
eh macam lumba lari pulak main juara-juara ni hehehe...
apakah kalau PKR menang harga barang tak naik kah bro?
aku sebagai rakyat yang layak mengundi
amat terkilan bila segelintir rakyat
yang asik menghina parti politik yang mereka sangat tak puas hati tu
bukan bermaksud aku ni berjiwa kerajaan
tapi aku suka ambil yang positif way
apa yang aku tengok kepala kerajaan PM kita tu
adalah seorang yang sangat berwibawa
namun disebabkan beberapa orang yang dibawahnya membuat onar
maka semua rakyat yang membenci beliau makin tambah benci
kata orang :

marah kan nyamok,habis satu kelambu dibakar

alahai... matang la sikit
aku dah kenal berbagai golongan manusia
diamanahkan wang beribu ringgit
untuk rakyat ,untuk kebajikan
memang duit tu sampai tapi kalau bajet tu 50rm
pastinya sampai pada  yang berhak itu hanyalah 30rm
yang 20rm tu dicuri toyol!! hahaha
mana rakyat tak naik angin kan...
duit mereka kena curik!! ini bu…

BUTAKAH CINTA ?

Abang dan akak berkahwin dah hampir 10 tahun
abang kenal akak sewaktu akak di tingkatan 4 lagi
percintaan yang hebat membuatkan abang meminang akak
ketika akak berusia  19 tahun,
abang sayang akak lebih dari dirinya sendiri
pada usia semuda akak , jiwa remaja akak masih berapi
walaupun sudah bergelar isteri orang
akak masih lagi keluar bersama teman-teman sekolah
akak masih lagi bersosial kesana kemari bersama mereka
akak bosan duduk dirumah
lebih-lebih lagi duduk dirumah ibu mertua
ye akak betul-betul bosan!
itu alasan akak pada abang
ketika abang memarahi akak kerana keluar rumah  terlalu lama
'orang bosan tau tak?' bentak akak pada abang
dan abang faham yang akak ialah isteri muda yang perlukan enjoy
abang hanya merenung akak dan berlalu pergi
tanpa berkata apa-apa  . . . ..
setahun perkhawinan abang dan akak dikurniakan anak
gembiranya hati ibu mertua dan keluarga
rumah mereka diserikan dengan tangisan bayi comel abang dan akak
kemeriahan terasa dan semua sangat bersyukur.…

LAMUNAN TAK BERTEPI

Esok tetap ditangan Tuhan bukan aku yang menentukan usahlah engkau salah sangka masa merubah segalanya semangatku bagaikan hilang dibawa dirimu oh sayang walaupun perit hidup ini  akan aku tenang selalu . . . dibibir aku mengukir senyuman dihati ku tersimpan kepedihan biarpun engkau tiada lagi aku setia mengingati biar diri aku seorang hanyut dilautan lamunan tak bertepi . . . .. 

I MISS YOU

gerimis sepi diluar rumah
aku yakin memang dah tak boleh keluar  pasar malam hanya cadangan disiang tadi  tapi kenyataannya aku tetap tak boleh pergi  apa nak buat,dah hujan  . . . sabar je la  jalan terbaik ialah lepak dalam bilik ditemani adik - adik aku yang manja-manja ni sembang sembang pasal  persekolahannya sembang sembang pasal  kawan-kawan facebooknya gossip-gossip nya dan diselang seli dengan gelak tawanya dan bila tiba part touching ,
tiba-tiba suasana jadi sepi ... aah..perempuan senang sangat tersentuh hatinya aku diam kan diri kejap adik pun terus  senyap air mata turun mengalir dicelah mata kami  sepi dan  lesu .. ergh...tak mau aku menangis lagi ! tiba-tiba.... aaaah ingatan ku beralih pada seseorang
madam ...i miss u  degup jantung ku terhenti seketika mana madam ekk? takde call? sihat kah? busy kah tanpa aku disisi? macam dah lama sangat aku tak dengar bebelan madam  kat staff, macam dah lama sangat aku tak dengar keluhan letih madam, macam dah lama sangat aku tak be…

UJIAN YANG TELUS

sekali lagi ku diuji
semuanya bukan kehendak aku
ini adalah dugaan
aku yakin ini adalah hadiah terbaik
aku yakin Allah sangat sayang kat aku
aku yakin semua nikmat yang aku rasa ini
adalah balasan tiap perbuatan silam ku
ye...aku yakin sangat-sangat
ujian kali ni sangat besar
ujian yang merantai jiwa
harapan ku ,aku tabah mengharunginya . . . . .


MANGSA KEADAAN LAGI

salam mesra dari aku
hari ni masuk hari kelima aku disamping mama, adik-adik dan ayah
hari kelima aku meninggalkan rumah bujang ku
hari kelima aku meninggalkan madam dan kawan-kawan satu ofis
hari kelima jugak aku asik melepak dikamarku
yang mempunyai 1001 kenangan dalam kehidupanku
tiada yang indah lagi dikamar  ini. . .
tiada yang boleh buat aku tersenyum mesra
tiada yang dapat mengerti apa yg ku rasa disini
aku kat sini nak ucapkan terima kasih
sebab ada yang sudi berkawan dengan aku
sebab ada yang sudi menyayangi aku
sebab ada yang sudi merindui aku
tapi aku tak pernah mintak semua tu
aku tak pernah mengharapkan semua tu
apa yang aku nak dari korang hanyalah. . .
korang rasa akan kehadiran aku dalam hidup korang
korang hargai adanya aku disisi korang
korang kenanglah detik-detik manis saat aku bersama korang
dan korang bukan tak tau dari awal lagi aku dah kata
kehadiran aku hanya untuk satu istilah 'kebahagiaan'
dan aku nak korang bahagia disamping aku
aku nak korang teras…

CARI DAMAI DIHATI

mood entah pegi mana
semalam bukan lah hari cuti yang indah buat aku
hari ni mood pulak hilang
jiwa yang entah apa-apa ni tetiba jadi moody
tak tau mana silapnya
lepak blog lah keje yang paling menenangkan
edit background
edit layout
adjust widths
emmm..tu je yang buat aku lupakan masalah seketika
balik ke pangkuan keluarga ?!
masih menjadi tanda tanya diminda ni . . .

MALAM JUMAAT

malam jumaat
aku takde mood nak bermuka buku
.......otak aku dah tak berapa betul sekarang ni
lebih baik aku duduk diam-diam kat bilik....
layan mata ...pejam rapat-rapat dan....T.I.D.U.R.
selamat malam madam,sorry i ponteng...

MASIH BELUM JELAS

awak , awak tau tak
kadang -kadang bila saya bersembang dengan awak
hati saya jadi beku
air mata saya pasti turun laju saat tu
nafas saya jadi tersekat-sekat
dan pemandangan saya jadi kabur seketika
apa yang jadi kenyataan disini
awak belum lagi mengenali siapa diri saya yang sebenarnya disisi awak. . .


SATU LIMA DUA KOSONG SATU TIGA

Saat ni aku sendirian disini,
dipuncak gunung yang dingin,
bersama desiran angin pagi
sesekali bertiup lembut kewajah
dengan manja angin membelai rerambut lembut
namun wajahku masih suram..
rupanya keindahan puncak
tak mampu menjadi penawar
tubuh ku saja disini
tapi hati ku entah dimana
emm ... rindu datang menjenguk ku
dikamar ini aku dilanda rindu
aku rindu kamu,
ku pujuk hati . . .
mohon bersabar laa
esok pasti kan terlerai. . .
dan sekali lagi hati akur kehendak aku
dan kami sepi disini berteman air mata ....
awak . . . . . .saya rindu  . . .   :'(