BUTAKAH CINTA ?

Abang dan akak berkahwin dah hampir 10 tahun
abang kenal akak sewaktu akak di tingkatan 4 lagi
percintaan yang hebat membuatkan abang meminang akak
ketika akak berusia  19 tahun,
abang sayang akak lebih dari dirinya sendiri
pada usia semuda akak , jiwa remaja akak masih berapi
walaupun sudah bergelar isteri orang
akak masih lagi keluar bersama teman-teman sekolah
akak masih lagi bersosial kesana kemari bersama mereka
akak bosan duduk dirumah
lebih-lebih lagi duduk dirumah ibu mertua
ye akak betul-betul bosan!
itu alasan akak pada abang
ketika abang memarahi akak kerana keluar rumah  terlalu lama
'orang bosan tau tak?' bentak akak pada abang
dan abang faham yang akak ialah isteri muda yang perlukan enjoy
abang hanya merenung akak dan berlalu pergi
tanpa berkata apa-apa  . . . ..
setahun perkhawinan abang dan akak dikurniakan anak
gembiranya hati ibu mertua dan keluarga
rumah mereka diserikan dengan tangisan bayi comel abang dan akak
kemeriahan terasa dan semua sangat bersyukur...
masuk ke tahun kedua perkhawinan
akak dah mula bosan duduk dirumah
akak nak pergi mencari kerja
abang pula kasihan kat akak dan mengizinkannya
anak mereka , ibu mertua yang jaga
akak berkerja dengan hati yang gembira
kerana terlepas dari kebosanan duduk dirumah!!
tapi akak kian matang dan telah berubah
dari perangai nya yang buruk dulu
ya akak dah menjadi ibu dan isteri yang baik ,alhamdulillah
masa berlalu . . ..
akak mula perasan yang sikap abang sudah berubah
abang sudah mula pandai pulang lewat malam
abang sudah mula bijak memutar ayat
abang sudah mula ambil sikap sambil lewa kat akak
handfone abang tak pernah lepas ditangan
facebook abang sentiasa lampu hijau
kadang-kadang abang dapat panggilan rahsia
yang buat abang tepaksa meninggalkan akak untuk menjawapnya
mengapakah??
pada satu hari akak nekad memeriksa senarai panggilan di phone abang
ada satu nombor yang kerap menghubungi
tapi siapakah??
tanpa berlengah akak menyalin nombor itu kedalam handfone akak
ketika akak free akak cuba mendail nombor itu,
dan bagai diduga akhirnya ternyata
nombor itu adalah nombor kekasih baru abang
hancur hati akak
lemah tubuh akak
pandangan akak kabur
kasih sayang selama ini akak pertahankan
telah dipandang ringan oleh abang
akak menjadi lesu disaat itu . . . .
air mata akak menjadi teman kini..
petang tu ketika abang pulang dari kerja
satu perkelahian terjadi dan akhirnya..
abang mengaku yang memang itu kekasih baru abang dan
mereka berjanji akan mendirikan rumah tangga sikit waktu lagi
kerana mereka sangat sayang menyayangi
malangnya kekasih abang meminta abang menceraikan akak dahulu
aduh... lagi derita hidup akak
mampukah akak tanggung semua ini ?
bila akak kata akak akan mengalah
dan meminta abang meninggalkan akak
abang tak sanggup kerana abang tetap sayang kan akak dan anak
abang masih sayangkan akak
tapi akak makin makan hati!
akak takkan biarkan abang menanggung dosa,
bercinta dengan yang bukan halal bagi abang!!
memadu asmara secara sembunyi-sembunyi
terpaksa berbohong dengan akak untuk menemui kekasihnya
akak dah tak sanggup melihat telatah abang yang sedang angau
kerana orang angau mudah panas baran
dan mangsanya akak dan anak ...
akak dan tak sanggup untuk semua ni
akak minta dilepaskan
akak mengadu pada ibu mertua
namun ibu mertua tak mampu menasihati abang yang kian angau!
akak menghubungi kekasih abang minta simpati
tapi akak pula di maki dihina oleh beliau
aaah..kejammnya manusia
sudah la mengambil hak orang
merebut kasih sayang orang
berusaha meruntuhkan masjid orang
kini menghina pula orang yang diinaya jugak ??
mana kah nilai budi bicara sebagai seorang mahluk Allah?
perempuan begitukah pilihan kedua abang ?
sanggupkah abang memperisterikan insan yang tiada peri kemanusiaan itu ?
ye..cinta itu buta
akak  yakin Allah sengaja menguji abang dengan insan secantik kekasih abang itu
sebenarnya abang tak sedar ,kecantikan akan pudar jugak akhirnya
kasih sayang yang ikhlas juga yang akan kekal
yang membuat satu lagi persoalan
mengapa insan secantik kekasih baru abang tu memilih lelaki seperti abang ?
sudah habiskah lelaki-lelaki bujang diluar sana ?
sudah hilang kah kejantanan lelaki-lelaki bujang zaman ini ?
apakah keistemewaan abang itu sangat hebat ?
dia tak terfikirkah jika abang akan buat pekara yang serupa padanya satu hari nanti ?
insan seperti abang akan sentiasa mencari insan yang baru dalam hidupnya
kerana abang memang tak pernah rasa puas
abang tak pernah bersyukur pada apa yang dimiliki
abang selalu ingin mencuba yang baru dalam hidupnya. . . .
aaaah memang benar cinta membuat insan itu buta
ya ..buta hati..buta jiwa..buta mata hati juga...

pada gadis diluar sana hanya satu pesanan dari aku :

kalau korang rasa korang dah jumpa cinta sebenar . . .  silalah pastikan yang insan yang kau cinta itu bukan milik perempuan lain,kerana jika korang merampas kebahagiaan orang ,tak mustahil kebahagiaan korang jugak akan dirampas suatu hari nanti . . . aku berkata atas pengalaman , carilah cinta yang direstu kerana menyintai tak bermakna memiliki ...ingat tu sayang . . . .

Comments