EH...SEMBANG POLITIK PULAKKK

aduh...rakyat bising lagi
lepas BN jadi juara dalam PRU 13 barang semua naik !
eh macam lumba lari pulak main juara-juara ni hehehe...
apakah kalau PKR menang harga barang tak naik kah bro?
aku sebagai rakyat yang layak mengundi
amat terkilan bila segelintir rakyat
yang asik menghina parti politik yang mereka sangat tak puas hati tu
bukan bermaksud aku ni berjiwa kerajaan
tapi aku suka ambil yang positif way
apa yang aku tengok kepala kerajaan PM kita tu
adalah seorang yang sangat berwibawa
namun disebabkan beberapa orang yang dibawahnya membuat onar
maka semua rakyat yang membenci beliau makin tambah benci
kata orang :

marah kan nyamok,habis satu kelambu dibakar

alahai... matang la sikit
aku dah kenal berbagai golongan manusia
diamanahkan wang beribu ringgit
untuk rakyat ,untuk kebajikan
memang duit tu sampai tapi kalau bajet tu 50rm
pastinya sampai pada  yang berhak itu hanyalah 30rm
yang 20rm tu dicuri toyol!! hahaha
mana rakyat tak naik angin kan...
duit mereka kena curik!! ini bukan kerja PM ok
kalau kerja PM , mustahil peruntukan itu dikeluarkan
ini kerja golongan yang berhampiran dengan rakyat
entah mana orangnya , aku pun tak tau
kata orang lagi :

kerana nila setitik , rosak susu sebelanga

tapi jika benda yang direct mungkin tak jadi macam ni
macam BR1M tu dengan voucher bersih 500rm jadi milik penerima
takde pulak dicuri toyol hehehe
duit...  siapa yang tak gila tengok duit banyak
tapi amanah tu tetap amanah
kan 'tok penghulu'' tok ketua' 'tuan pengerusi'...eh...
pihak pembangkang pulak
kalau nak menang sekali pun
tak perlulah mengutuk membabi buta beb
kerana elok-elok korang boleh menang
terus terapung-apung diawangan
puncanya rakyat keliru
mana satu yang betul
mana satu yang kena percaya?
kesian kat rakyat tau
dan akhirnya pada hari mengundi ramai orang melayu tidak mengundi
kehadiran hanya 60%
yang lain-lain tu tentu tengah dok bengang di dalam rumah
pening....hentak - hentak kepala lagi sebab bingung! hahaha
beberapa hari lepas PRU13
tup-tup harga roti pulak naik ! adeh...
lagi la rakyat marah kat BN
pengusaha pun satu ,
lain kali nak naik pun naikan lah sebelum PRU13 tu
taklah nampak sangat kesannya ! adoiyai
pada yang dok bersunggut tu
aku dah cadangkan makan lempeng buatan sendiri
lagi jimat dan dijamin halal ..ye kan ?
sekilo tepung cap bunga cempaka tu boleh dapat berkeping-keping lempeng
hebatkan? hahaha
harini mereka dok bising lagi gas memasak naik !
dari rm 28 ke rm 30 !
adeh..mengeluh lagi rakyat...
padahal kalau parti lain menang ,
mungkinkah harga gas tu turun,??
so kat mana nak untung nya negara ??
adeh...tak matang betol
sebenarnya dalam dunia diakhir zaman ini
memang diakui semua barang naik harga
ni bukan aku memandai,
tapi ustaz di kelas fardhu ain ada jugak menyebutnya...
opppss..namun begitu ada jugak yang turun tau...
apekah ???? ia tak lain tak bukan  ialah
nilai budi bahasa dan adap sopan manusia dengan manusia itu sendiri..
itu yang makin menurun ....sedihnya...
mohon kita bukan tergolong dengan golongan sebegitu la ye..aamin...



Comments