KEMELUT JIWA

hi there !!
masalah problem tol ni ...
dah aku cuba ,try ,test ...ianya masih tak berubah
ialah kan ..nama pun perangai
kita ni memang tak boleh berangan nak mengubah perangai orang lain
tak kiralah perangai tu baik ,atau buruk
yang boleh ubah ialah tuan punya badan itu sendiri
ye ke betul ?? haha
soalan sengal..tak payah jawap la yek
nak jadikan cerita ..
ada lah sorang orang yang dinamakan insan ni
beliau adalah seorang orang yang bernama lelaki !
dari usianya belasan tahun
sampailah usianya dah nak masuk ke ambang sore dah ni
tapi sikap cemburu buta dia masih bermaharaja lela
kalau dulu kekasihnya adalah mangsa ,
kemudian tunangnya,
kini isterinya  ....
apa yang peliknya
antara kekasih,tunang dan isterinya
mereka adalah orang yg sama ,yg serupa !!
aku pernah bertanya pada isterinya
kenapa tidak tinggalkan saja dia itu?
kenapa mesti bersabar ?
kenapa mesti menanggung beban menjadi mangsa dia ?
dah kena mandrem kah?

akak dah suruh dia lepaskan akak tie ,tapi dia tak nak
dia pujuk akak ,demi anak-anak katanya
dia kata dia cemburu sebab terlalu sayangkan akak..
tapi bila akak dah berbaik semula
dia buat perangai
kalau sekali mungkin akak maafkan tie..
ini dah kerap sangat dah dia buat akak
dia tuduh akak curang
di fitnah akak katanya akak ada affair dengan suami orang
sehinggakan dia boleh terfikir akak dapat duit
hasil pemberian kekasih gelap akak tu tie...
hina nya akak dimata dia tie...
apa selama ini itu tanggapan dia tentang akak ?
yang hidup bersamanya hampir 26 tahun ..
dari usia akak 19 tahun kami bercinta
lepastu kami bertunang
dan sekarang akak dah bagi dia anak yang berusia 20 tahun tie
dah besar pun usia cinta kami
tapi tulah ...nama pun manusia
tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia ada
kasih sayang akak untuk dia
boleh dia tukar dengan fitnah sebegitu rupa ??
kejamnya dia.....*akak mula menitiskan air mata penyesalan*
sabar lah kak ...sabar ye...aku cuba menenangkan akak
26 tahun tie akak dah besabar
26 tahun tu juga akak tahan je apa yang di fitnah kat akak ni
26 tahun tu juga akak cuba bayangkan yang baik-baik je tentang dia
26 tahun tu juga akak merana tie. . . ..
akak jaga harta dia
akak jaga maruah dia
akak jaga imej dia
akak buang kawan-kawan akak
akak abaikan keluarga akak
akak tinggalkan aktiviti sosial akak
akak duduk rumah 24jam
hanya dengan melayan keperluan dia dan anak!
semua sebab tak nak dia rasa dirinya terabai tie..
pernah satu ketika akak pergi ke jemputan yasin pun
dia boleh terfikir akak pergi dating dengan someone....
akak buat amalan disangkanya akak buat maksiat ????
manusia jenis apakah ini ?
kalau betul , akak boleh mengaku tie
tapi ini tak de..seungguh takde sesiapa lagi dihati akak ni
kecuali dia...akak tak buat benda-benda gila tu ...
akak ikhlas menjadi isteri dia
menjadi ibu kepada anak dia
menjadi menantu kepada ibunya
akak tak pernah terfikir untuk curang
sumpah tidak pernah ..tie....
*akak menangis terus dan.....
aku jugak tak dapat menahan sebak ...
sambil memelok akak ,
aku pejamkan mata aku dan ....
menitis lah manik jernih ikhlas dari aku satu persatu
simpati makin menular ditiap sudut jiwa perempuan aku ni...

kak ....suara ku bergetar ...
doa yang terbaik untuk masa depan akak dan anak..
mohon jugak Allah sentiasa melindungi kehidupan akak
dan maruah diri akak sekeluarga ...aaminn ye kak ...

akak hanya diam namun matanya  masih menangis hanya menangis dan menangis didalam pelukan aku  ....

Comments