SEPI ITU INDAH

kalau dalam hidup ni
kita kata kita hidup sorang
mungkin sangatlah tak masuk akal
kalau kita kata hidup kita ini sunyi
nampak sangat membohongnya kan
dunia ni milik tiap insan
insan sepi
insan hina
insan terbaik
insan sengal
insan poyo
insan argh..semua insan yg bernafas la senang cakap
kecuali insan yg tak bernyawa yang di panggil jenazah
heee....
ada kala kita tak menyangka disebalik ke sunyian itu
Tuhan bagi masa yang terbaik buat kita
masa untuk merehat kan minda dan jiwa...
sebab ...bila kita berada dalam keadaan sunyi dan sepi
minda kita berfungsi dengan lebih sempurna
kerana tidak dipengaruhi oleh apa-apa permasalahan
bila kita sunyi juga akal..hati ..percakapan kita pastinya teratur
sebab ketika tu kita hanya ada dijiwa kita
kita bukan bersama jiwa orang lain..
well..manusiakan mudah terpengaruh
bila dah bercampur dengan orang lain
kita mudah lupa siapa kita
dari mana asal usul kita
siapakah keluarga kita
apakah pekerjaan kita
kadang kala kita sangat mudah lupa
tentang apakah agama kita ...
hmmmm ....
aku tak nak cakap orang lain
aku hanya nak cakap tentang aku! serious aku cakap disini,
bahawa ada ketika bila sudah bergaul dengan kawan-kawan diluar sana,
aku lupa siapakah aku , mana asal ku
siapa mak ayah ku, apa jenis derita yg bersarang di minda ku
ye...sungguh ! semua tu aku sering lupa !
tapi bila aku kembali sunyi sendiri, baru lah aku sedar
pada tiap yang telah aku lakukan diluar sana
dan ketika itu . . . .nak menyesal pun dah takde guna
semua sudah berlaku dan kehidupan perlu diteruskan !

Comments