ADIK KU SAYANG

assalammualaikum awak
jam didinding bilik saya ni
menunjukan angka 6.45 am
hai macam pelik je kan
awal pagi lagi saya dah berblog ni
bukan apa ,saja je bila mood berblog dah sampai
dan masa pun sangat cantik
maka dengan ikhlasnya saya pun menaiplah disini .
kalau awak nak tau saya baru je lepas menuntun
VIDEO HOT MINGGU INI
entah ni yg keberapa kali dah saya tuntun
tapi saya tak ada idea nak jadikan bahan dalam blog saya ni
tapi bila di facebook kebanyakkan pengguna lebih pada mengutuk
maka dengan seadanya saya pun nak mencelah ...
awak taukan cinta itu berkuasa ( power gitu )
sebab tu ada lagu the power of love dicipta
kerana kehebatan cinta tu tak boleh nak di ungkaikan dgn ayat je
malahan dengan lirik lagu jugak !
zaman ni pasangan bercinta dah banyak kemudahan
selain diaorang guna khidmat pesanan ringkas
mereka ada jalur lebar untuk melayari
laman sosial jangan cakap lah ,
melambak dah dipasaran
antara nak dengan tak nak je menggunakannya
dan yang lebih kreatif  ialah penggunaan video
ye ..orang bercinta memang kreatif kan
lagi-lagi baru seminggu emm emm
kalau awak pernah bercinta
dan pernah mengalaminya detik mula cinta bersemi
alahai.. sangat tragis tau
makan tak lalu , tidur tak lena
sanggup berjaga hingga lewat malam
sanggup berhabis kredit
sanggup menahan berbagai kesukaran
ye..semuanya sanggup hehehe
ialah kan orang tengah angau
emmm... tapi nama pun manusia
bila dah sayang selalu 'over'
aaa..kat situlah silapnya
eh... dah kata pun manusia ,
takkan pernah lari dari melakukan kesilapan ..ye kan?
so...awak yg diluar sana tu
janganlah memandang rendah dengan kekreatifan adik kita tu .
apa yg perlu ialah menasihati
kesian adik tu kan
hanya sebab luahan perasaanya pada pasangannya
maka dia dihukum dan akhirnya cinta yg dia banggakan tu musnah
takpe dik ...Allah mengaturkan semua yg terbaik buat hambanya,
so lepas kejadian ni adik akan tahu ,
lelaki jenis apakah insan yg adik sanjung sangat tu
kalau dia betul-betul sayangkan adik
dia pasti akan menasihati adik dan memaafkan adik juga
dan bukan dengan meninggalkan adik menanggung risiko ni sendirian.
so..thinking positif ye sayang ,semua yg berlaku ada bersebab
redha lah . . . . .



Comments