TIPS BAIK PUNYA

Assalammualaikum awak
katanya tengah cari calon isteri ye?
yang dia tu sedang cari calon suami pulak
alahai... busy sungguh  korang kan..emmm...
saya ada beberapa tips yang baik punya untuk dikongsikan bersama haaa.. kalau nak ikut ye ikut kalau tak nak ye sudah lah  ekk... hehehe

tip pertama tengok dahinya
jika dia mempunyai dahi yg berkerut - kerut yg tegak diantara matanya , dia ialah jenis orang yg kuat bekerja dan sentiasa mencari kesempurnaan dalam tiap hal.jadi lepas ni kalau awak nak cari yg kuat bekerja tu , carilah yg banyak kerut didahi * nenek saya banyak kerut didahinya * heee ~

tip kedua cari yg telinganya capang
itu tandanya akal dia bukan yg jenis biasa-biasa ok. dia bijak..cerdik dan pandai tau. dan ingat dia juga seorang yg keras hati . tapi kalau awek tu pakai tudung , susah sikit la bro awak nak nampak ..pujuk la dia suruh bagi photo yg tak pakai tudung ye tak heee ... *tupun kalau dia bagi lah kan*

tip ketiga  hidung yg bulat dihujungnya
itu tandanya dia seorang seniman atau seniwati. dan dia mementingkan dan menghargai mutu kecantikkan. maksudnya walaupun dia bukan yg cantik atau handsome,tetapi dia tetap mencari yg cantik dan handsome.jadi cermin dulu diri awak sebelum awak pergi mengorat dia tu ok.. ahha ~

tip keempat lihat bibirnya
bibir yg sedikit melengkung keatas walaupun dia tidak tersenyum ? bererti dia sorang pendengar yg setia tau. bersikap positif dan jarang bersendiri . kata orang putih ' shoulder to cry on '  so kalau awak jenis yg sensitif punya orang ,baik awak cari jenis pasangan yg macam ni.. terbaik lah kan huuu ~

tip ke lima lihat dagunya
yess... kalau jenis dagu yg runcing dia tu suka menguasai.  dia seorang yg cerdik dan kepala angin jadi ..kalau awak tak nak kena 'queen control' baik jangan pilih mahluk tuhan yg spisis macam ni. pilih saya lagi bagus ..eh... salah taip pulak ... :p

awak  oo awak ...
ajal maut ,jodoh pertemuan di tangan tuhan
so awak pilih yg macamana pun
kalau Allah kata tu bukan awak punya
dia tetap bukan awak punya ok..
jangan mengade nak 'frust memerust'
apa yang perlu ialah awak kena banyak bersabar
sambil tu berserah pada Allah ,
mohon diberi insan yg terbaik buat awak ,
masa depan awak dan bakal anak-anak awak nanti ..cewahh~
awk..untuk pengetahuan awak
tips kat atas tu bukan lah 100% betulnya
itu cuma ilusi sorang hamba yg perutnya kosong
hehehe.. maafkan saya ~










Comments

Anonymous said…
Nk pilih tuan blogger ni jela.. :p
Lyenda said…
bg la alamat rumah awk .. hee ~
Anonymous said…
x boleh :p