Skip to main content

YANG RESAH

Assalammualaikum awak . . .
hari ni hari jumaat bersamaan 16 ramadhan ,ahha bukan 16 shawal ye .. harini serata dunia menyambut nuzul al~Quran termasuklah ditempat saya ni,namun begitu negeri saya tidak pula mendapat cuti umum sebab harini hari persekolahan buat adik-adik saya . takpelah raya nanti cuti lagi ye tak? dan nampaknya malam ni saya dan family akan kemasjid untuk meraikan sambutan tersebut ...insya Allah . . .

awak . .
bila cakap pasal keagamaan ni,baru lah saya terfikir dan paham. sebenarnya makin kita nak jadi baik,nak jadi hati yg putih bersih ,makin kuat dugaan yg akan kita tempuh ! kadang-kadang tu jiwa kita jadi lemah untuk mengharunginya . maklumlah kan,nama pun manusia ,mana pernah sempurna sifatnya..

awak. .
kata mama ,kalau nak jadi baik,kenalah bercampur dengan orang yg baik-baik,yg rajin membuat amal jariah,yg selalu lepak surau,masjid,sentiasa mengikuti aktiviti kerohanian di masjid dan surau. senang cakap join lah geng surau  ..

awak . .
pengalaman saya sebagai orang yg selalu join geng  surau ni , banyak yg kita nampak didepan mata akhirnya.. keseluruhannya memang mereka tu terbaik ,tetapi tak kurang jugak yg bikin kita makan hati ! kadang-kadang tutur bicara mereka tu buat hati Ini sikit tersentap ! memang niat dia nak menegur, tapi tegurlah dengan cara yg baik-baik dan jangan sampai orang yg ditegur itu rasa betapa rendahnya harga dirinya..

awak..
orang yg dalam proses kearah kebaikan,jiwanya sensitif , jika awak nak menegur ,tegurlah dengan sebaik-baik ayat ,supaya niat awak yg baik tu diterima,dan diri awak jugak disanjung .harapan saya ramadhan kali ini membukakan pintu keinsafan buat diri saya dan sekelian hamba Allah yg ingin menjadi insan yg lebih baik disisinya....insya ALLAH . . .

nota :
Untuk menggelakan dari sifat malas dalam melakukan ibadah dan sesuatu perkara itu, dan bagi mendapatkan semangat serta keiklasan dalam melakukannya, banyakan membaca 'LAA HAWAULAWALAA QUWWATA ILLAA  BILLAA  HIL 'ALIYYIL 'AZIM...
bermaksud "DENGAN BANTUAN ALLAH YANG MAHA TINGGI LAGI MAHA AGUNG"

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx