Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

EMMM BILA LAH NAK HABIS

malam ni malam sambutan kemerdekaan malaysia  . . merdeka !! merdeka !! merdeka !! malam ni jugak saya hanya duduk dirumah  sambil layan mood  ,rehatkan badan .sebab esok pagi-pagi lagi kami dahgerak ke selatan tanah air . . .  selat tebrau ,aku rindu kamu . . .

sebenarnya  saya tak terfikir yg raya masih belum habis ! hebatkan ? ye masih lagi mood raya rupanya dan kali ni kita sambut 'merdeka raya '

di malaysia ni kita bukan je ada sambutan raya aidil fitri dan raya aidil adha  ,tetapi juga kita ada sambutan 'kongsi raya' , 'depa raya' dan kali ni 'merdeka  raya' ! dan walaupun tidak berapa meriah tapi disebabkan hari kemerdekaan jatuh pada hari sabtu , maka semua rakyat malaysia  meraikannya dengan berbagai aktiviti

esok 31 hb ogos ! saya ada 3 undangan perkahwinan , 8 open house , 2 kenduri doa selamat dan 1 majlis pertunangan . .  camana tu ?? huhu keputusanya saya ambil aktiviti yg membolehkan saya pergi bersama mama,ayah dan adik-adik ..'fair&…

TAK DAPAT MENGUBAH TAPI BOLEH MENYELAMATKAN

Assalam malaikum awak . . . jumaat datang lagi , dia dapat jumpa awak ,dia dapat jumpa saya ,dan dia dapat  jumpa semua yg masih bernyawa lagi harini . alhamdulillah siapa dia  ?? encik jumaatlah hehe . . . namun jika tidak diberi peluang lagi ,belum tentu petang ni kita dapat berjumpa dengan jumaat hari ni .. waAllah hualam. . ..

awak ... sejak kebelakangan ni , dapat kita lihat bagai mana tragedi kemalangan belaku yg meragut banyak nyawa. termasuk yg baru2 ni tragedi yg belaku dimana kereta avanza berlanggar dengan lori di tangkak . . .dalam sekelip mata keluarga mereka kehilangan orang yg mereka sayang . .  padahal semua mangsa tu baru saja pulang dari menziarahi ahli keluarga mereka yg baru meninggal dunia di pahang . . .  innalillah . mungkin ini takdir tapi bagaimana kah jika perjalanan itu dirancang lebih awal ,maksud saya mereka mulakan perjalanan diwaktu siang atau diawal malam ,mungkinkah terjadi ? aaah..sudah di tulis dari azali ,kita tak mampu merubah . . .

awak . ..pengal…

HARI-HARI KASI GOYANG

selamat malam jumaat semua ! lepas baca yasin , online muka buku kejap ,then mengadap blog la apa lagi ,malam ni saya macam nak happykan blog ni biar mood saya akan jadi makin hot !! huhu ... ok !!  cari punya cari  .. .akhirnya terhasil lah yg awak lihat sekarang ni . . . so  . . . . jum goyang sampai esok  !!! hehehe

*tapi yg online guna handphone takleh goyang kot heeee . . .*

SEMALAM PUNYA HAL

awak...meh nak cerita . . . .

lepas saya offline muka buku malam tadi tu kan ,  rumah saya di kunjungi oleh teman-teman adik yg cute miut tu , ala tomey nya budak-budak pengkid ni . . .  disebabkan adik saya demam maka saya lah yg terpaksa melayan mereka terlebih dahulu sementara diaorang tunggu adik saya keluar dari bilik !
sis ! kata mia sis nak sambung study ? betul ke ? salah sorang pengkid tu bertanya pada saya . yup..betul ..kenapa? tak percaya ke ?? hehehe saya menjawap sambil gelak kecil.
bidang apa sis ? eh tanya lagi !! emmm..budak ni menyoal lagi le pulak , soalan saya tidak pulak dia jawap lagi tu ! hmm .. pendidikan awal kekanak !..jawap saya ringkas .. oooh.. tapi kenapa bidang tu sis,kata mia sis kan terror science and ekonomi . . .so nape tak ambil bidang yg berkaitan je? kan lebih mudah nanti . . kan kan kan ?? hahaha dia gelak kan saya  ???? isshhhh.. budak ni..ada makan penampar juga di pipi gebu dia kang ...dok asik menanya dah macam polis pencen le pulak .
beb . .…

BIARLAH RAHSIA

hai awak . . hujan pula diluar tu , ingat nak keluar pergi kedai top up ,adeh . . .  dugaan betul ni . harini macam biasa lah lepas semua aktiviti saya dah settlekan ,blogging adalah tnggungjawap yg dah tentu nya menjadi pilihan saya ...

awak selalunya lah kan , semua orang suka mendengar rahsia . .  ye tak ? tapi hari ni saya ada rahsia dan ingin di kongsikan kat seseorang , pelik !!! boleh dia tak nak dengar?!! uuyoo firstime ni taw.. hehehe

tapi tulah kan. .. dah orang tak mau dengar rahsia tu , maka saya pun akan simpan rahsia tu elok-elok agar ianya kekal menjadi rahsia saya . . .kbhaii,,

CINTA SEJATI

selamat pagi sang mentari  ,
selamat pagi burung - burung ,
selamat pagi dunia  ku . . .
terima kasih Allah
kerana memberi ku peluang
untuk bernafas lagi hari ni . . .
di kedinginan yg menyerlah
setelah bumi disirami hujan malam tadi
ku gagahi tubuh untuk bangkit..
kerana tugas dan tanggung jawap
yg setia menanti diluar sana !
hanya dengan senyuman
ku lihat wajah mama ,
ku renung wajah ayah . . .
assalammualaikum mama . . .
assalammualaikum ayah . . .
waalaikumusalam sayang . .
serentak mereka berdua menjawap salam ku . .
sambil tersenyum ,
ku melangkah lesu ke bilik mandi . . . .

awak . . .hari ini mungkin saya masih boleh tersenyum untuk mama ,untuk ayah saya , memberi salam buat mereka berdua , membantu mereka semampu saya , mendidik adik-adik saya , menjaga harta mereka , tapi saya tak pasti ,apakah esok hari saya masih akan dapat melakukan pekara yg sama untuk mereka . . . .?? waAllahhualam . . . .

awak . . . semua anak sayang ibubapanya , semua anak manja dengan ibubapanya , sem…

BETUL-BETUL COOL

ahha . . ada orang ajak saya memancing harini !! tapi  . . .saya tak boleh ikut la sebab dia jauh hmmm. . .. bila cerita pasal memancing ni ,saya memang minat memancing jugak, dan saya pun peminat pemancing jugak..eh..berapa banyak jugak da. . . hahaha

awak..oo..awak ..kenapakah saya suka dan minat pemancing ni ? aaa...pastinya awak nak tau kan ? meh saya tunjukan ciri - ciri kaki pancing yg membuatkan saya minat sangat kat dia  ...adeh..kantoi la lepas ni hee

awak . . .dalam katogeri hobi orang lelaki ni,ada berbagai-bagai jenis hobi diaorang kan ..contohnya kaki rempit a.k.a .race , kaki pancing, kaki movie,kaki bola ,kaki snooker ,kaki siber ,kaki jamming ,kaki club ,kaki lepak, kaki skod ..eh.. ada macam-macamlah kaki yg diaorang minat ,letih jari saya nak menaip ni ! aduh ..awak fikir lah kaki apa lagi yg awak tau ye . . .

tapi paling cool dan paling penyabar ialah kaki pancing ni lah hehe ,sebab apa ? aaa sebabnya dia orang buat satu benda yg tidak pasti ..tapi diaorang masih t…

EMPAT SEBAB TERIMA KASIH

hai awak ..ada beberapa pekara yg saya nak kongsikan di post kali ni

pertama ,saya nak ucapkan terima kasih kerana awak semua sudi berkunjung ke blog peribadi saya ni, membaca luahan isi hati saya ,menyelami detik saya suka ,detik saya berduka dan berbagai-bagai detik..termasuklah detik 12 malam . . . . aaaa. . .

kedua , saya nak ucapkan terima kasih kerana ada diantara awak yg sudi mem'follow' blog saya ,padahal blog saya ni bukan la 'pemes' sangat ,bukan macam blogger-blogger yg hot tu ! saya hanya blogger yg baru nak up, yg suka syok sendiri dan sangat cool . . . eceh . . . *perasan pule*

ketiga , saya ni memang suka meroyan, apa yg saya taip tu memang terjadi dihadapan jalan kehidupan saya seharian ,kalau lah awak nampak macam pelik,itu bukan lah 10 pekara pelik yg terbaik oleh 'HAGEMARU' tapi ianya hanya pelik pada orang lain,tapi itu ialah reality pada saya  . .  terima kasih la sebab percaya kata-kata saya .... . .

keempat , tentang lagu - lagu diblog sa…

HANYA KAU SEORANG . . .

FEEL BORED

Pagi ni pagi rabu  . . . seindah pagi yg tenang dan mood yg ceria ,saya telah memulakan aktiviti jalur lebar dengan tenang dan ceria jugak ,tapi belum  pun panas jari saya menekan keypad, rasanya belum pun 10 minit saya online ,seseorang dah buat saya rasa down . . hmm

awak ...saya tak suka cari pasal dengan orang yg saya sayang . saya pun tak suka nak cari punca silapnya ,sebab pada saya apa yg saya buat semua nya adalah iklas ,lebih - lebih part sayang menyayangi ni ,bukan satu kerja memain buat saya ! awak ingat senang ke kita nak sayang kat seseorang tu ? dan boleh menyayanginya selama mungkin  ?  kalau awak mungkin boleh kot, tapi tidak saya ! awak boleh fikir berapa lama kita berhubungkan so awak ada jawapannya disitu . . .

kalau lah kata sayang yg saya ucapkan ni  tak iklas,mungkin saya boleh beralih rasa sayang saya kat semua orang setiap masa, dan saya dah lama abaikan awak , tapi pekara tu tak belaku pun kan ...takkan awak??  saya tetap mencari awak walau dimana pun awak be…

BISIKAN TERAKHIR

Tuhan . .
malam ini  biar saja ku ditemani Mu tanpa  insan yg ku sayangi disisi kerana ku pasti . ..
diakhir perjalananku nanti , hanya Kamu yg mampu menemaniku ..
Tuhan . .  dalam kelam malam yg sunyi ini  baru ku sedar ,betapa aku kini telah tersasar jauh  ku telah  jatuh tenggelam kedasar nikmatMu ku abaikan semua perintah-perintahMu hamba jenis apakah diriku ini Tuhan?? :'(
Tuhan . . kini setelah ku sedari ku akan belari meninggalkan sejarahku tanpa menoleh pada kenangan semalam ku akan pergi meninggalkan mereka
dan semuanya disini  . . . dan ku akan pergi menemuiMu Tuhanku . . .
Tuhan . . . Kau lindungilah dia yg pernah menyayangiku Kau sayangi dia yg pernah merinduiku Kau sayangilah  dia yg pernah mendoakan untuk kesejahteraan ku sesungguhnya padaMu Tuhan tempatku mengadu padaMu juga lah akhirnya aku ditemukan . . .dan kini ku menanti detik-detik itu . . .


MARAH LEW TU ?

SAYA BOSAN !!ye awak lepak disini memang bosan , hantar pesanan ringkas kat kengkawan masih tak berjawap ! akhirnya switch off the phone ! abis cerita ..heee

eh... ada orang cakap yg dia tak boleh hidup tanpa handphone ! what the ekk?? saya ni dalam seminggu hanya on handphone tak sampai 10 jam pun . . .ok jek.. mungkin saya  bukan budak 'hot' macam dia kot, saya kan budak cool . .huhu *perasan *

awak..oo..awak . . taukah awak apa kesannya kalau hari-hari kita bergantung dengan kemudahan ? jawapnya hidup kita ni tak kenal erti susah tau .. nak apa je call ..nak marah je massage .. nak itu , nak ini hanya dihujung jari ..so sampai bila kita nak belajar berusaha ??

cuba awak bayangkan . . .bila awak marahkan seseorang tu , dan awak hanya melepaskannya di handphone ...ishh mana ada feel ..lagi baik awak pergi rumah dia naik motor ke..naik bas ke..naik kereta ke..then bila sampai rumah dia ,awak tekan hon kekuat !! sampai dia keluar ,pastu awak jerit panggil nama dia ,suruh dia ke…

KINI DAH TAHUKAN

good morning dear . . have a great day today !!! alhamdulillah  . . .  you can see your mom , your dad and all the world when you open your eyes . . . . lol . .  what the ekk ...

saya speaking london gitu . mungkin sebab pagi ni sarapan roti disapu butter dan salad kobis tu kot hehehe ah ..abaikan je lah pasal sarapan saya tu ! apa yg perlu awak tau kan , mama cakap saya dah gemok !!! aduhhai . . . .

harini mood online saya macam ok sikit la, tapi di sebabkan pepagi ni takde apa yg perlu di kecohkan hehe,so lebih baik saya meroyan jap disini ! yes idea oo idea come to mama please ...hahaha..*sengal !!

awak . . minggu ni banyak artikel yg saya baca di facebook tu ,yg menyentuh pasal kesan - kesan pada orang tua apa bila anak-anak dibawah jagaannya keluar dating atau  keluar jenjalan bersama insan yg bukan muhram !!

ye awak . .sedang kan pekara ni sudah menjadi salah satu budaya orang muda sekarang ni ! kerana aktiviti keluar tu kita orang panggil '' lepak time'' kan awa…

KU YG DULU,BUKAN YG SEKARANG

assalam mualaikum awak . . .
lagi empat hari  kita akan menyambut kemerdekaan yg ke 56 tahun  ! yes merdeka..merdeka..merdeka !!

awak oo awak . .kalau lah dilihat pada usia yg ke 56 tahun tu , bagaimana kah wajah yg terbayang di depan mata awak tu ye ? kalau saya lah . .  terbayang seorang insan yg dah berusia sikit, rambutnya ada sikit rerambut putih , kulit diwajahnya juga sudah ada garisan-garisan halus  , besar kemungkinan beliau sudah menggunakan cermin mata untuk membaca surat khabar ..dan jika beliau seorang petugas awam ..beliau  sudah pun hampir pencen dalam tugasannya . .

awak oo awak  tapi apa yg awak nampak pada negara kita diusianya yg ke 56 tahun ini ?? kemajuan makin terselah ! rakyat semakin morden ! berbagai gadget baru yg terkini hampir dimiliki oleh rakyat malaysia ! setiap keluarga hampir mempunyai kereta ! motor ! dan rumah sendiri ! mewahnya rakyat malaysia sekarang ni ! ekonomi makin teguh ! berbagai infastruktur di naik taraf oleh kerajaan . .dan berbagai faeda…

BAHAGIA BUKAN DERITA

jam menunjukan pukul 1 pagi ..esok hari minggu . . lepak fb malam ni macam biasa ,sambil berbalas komen,ada jugak pm yg bertamu,so saya pun balas lah. asalnya memang sangat tidak meletihkan pun,tetapi lama kelamaaan ,terasa sakitnya hati bila nak online , line pulak lembap ! adeh bertambah - tambah sakit la hati saya ni... akhirnya shout down the lappy ! habis cerita..

pagini saya teringat kan seseorang , yg jauh dimata dan jauh juga dah dihati saya ni . . orang yg sikit masa dulu pernah mengisi kekosongan waktu2 sepi saya . keakraban terjalin hanya bila kami sama-sama lepak di group *rahsie* bila dia tahu saya baru lepas 'frust' , hampir setiap hari dia menegur saya dengan memberi salam, bertanya khabar  dan bertanya apakah aktiviti saya hari tersebut..dengan alasan dia tak mau saya bersedih lagi . .

kami memang rapat tapi hanya di fb ,tak lebih ...walaupun dia lebih dewasa dari saya,namun dia masih boleh memahami naluri seorang orang perempuan seperti saya .maklumlah kan sa…

KEJAP DAH BERUBAH

assalammualaikum awak . . . .
sekarang ni saya dah rajin menuntun tv bila lepak-lepak time ! kalau dulu bila kata rehat je saya akan online atau blogging atau sleeping . .  sekarang tak lagi ! sambil menuntun saya akan ambil aktibar atas tiap yang saya tuntun itu . . .

kalau awak nak tau ,sekarang ni dipetang sabtu,saya sedang  leka menuntun rancangan yg dah lama tak muncul..iaitu projek3R at tv 3 !

saya suka tengok pengacaranya yg 3 orang tu . . .  tapi sekarang mereka dah kelihatan agak dewasa sekali ! hebat sungguhkan!! begitu cepat masa berlalu . . dan begitu pantas keadaan berubah. kalau di waktu biasa saya dapat rasa 12jam itu bagai tak berasa langsung ! sekejap je masa habis . . .tup-tup hari dah malam..dan sekarang ni pun hari dah malam hehehe saya nak shut down lappy ni... .esok jumpa lagi ye awak .. .tata ~

JANJI BAHAGIA

asalammualaikum awak . . .saya tak tahu sejak kebelakangan ni saya suka sangat naik angin , bukan saja di rumah,malahan di laman sosial pun sama. kesengalan apakah kan ??

ramai kawan-kawan dah tegur saya..kenapa garang sangat sekarang ni ? entah . .saya pun tak tahu alasan apa yg saya nak bagi kat mereka tu . tapi saya memang rasa yang saya mudah sangat naik angin .

baru lepas malam ni,saya meremove diri saya dari satu 'group' di facebook tu ! sebabya . . .ahlinya sangat suka mengguna kan ayat-ayat lucah didalam komen mereka. . . bila saya tegur ,touching le pulak... emmm
dari saya terus- terusan hangen dengan budak-budak kecik disitu ,lebih baik saya tinggalkan mereka terus ! mudah kan ?

dan lepas ni akan menyusul pulak saya meninggalkan insan - insan yg tak pernah memahami saya . . .ye satu persatu akan diremove disitu . . . maafkan saya ok. .. tu fb saya , dan saya ada hak untuk melakukan apa saja ,janji saya bahagia !!

SAYA INGIN TERUS BEBAS

Wow  saya ingin terus bebas dari apa kah tu ekk ? semestinya saya ingin terus bebas dari mana-mana rasa cinta lah! kerana selepas kehancuran cinta saya dulu , kemudian saya diuji dengan cinta sesaat , dan ianya pun sangat menakutkan . . . so jalan yg paling baik untuk saya sekarang ialah lupakan semua yg menjadi sejarah  tu, jadilah seorang orang yg berani dan kuat ! jangan hanya mengharapkan kehadiran seorang orang yg bernama lelaki kalau hadirnya hanya untuk menyakiti !!lebih baik menyendiri walaupun ianya sepi ...


ye awak saya mula sedar ! semua insan yg selalu ada disisi saya [ terutamanya lelaki ] hanya memerlukan saya bila dia kebosanan ! bila dia ada masalah ! bila dia kecewa ! tetapi kehadiran saya bagai tidak wujud bila dia dah jumpa insan lain , dia dah bahagia dan bila dia dah jemu !


dalam persahabatan yg iklas ,tiada istilah jemu ok  ,kerana untuk satu pejalanan yg jauh kita perlukan keserasian bersama dalam mengenal hati budi masing-masing ! kalau saya boleh terima musuh …

KITA BERBEZA PADA BATINNYA

selamat pagi dunia . .  .
melewati hari - hari yg sepi di pentas mu ,kadang - kadang aku rasa dunia ni memang hanya milik aku! bila alam jadi bisu , minda makin membeku ,kaku dan lesu ! uitt . . . meroyan pulak hehehe

Awak menyesal jumpa saya  ? awak memang patut rasa begitu  , semuanya berpunca dari ketidak adilan awak menilai saya dan dunia awak  sendiri sebenarnya ! apa yg cuba saya sampaikan ? mari saya terangkan :

kalau awak nak tau , dunia ini adalah indah jika awak tahu mencri dan menilaikan keindahannya , ni tak ,awak asik cari sukarnya hidup kat dunia ni ,awak cari silapnya dunia ni,awak musnahkan nilai yg sangat berharga di dunia ni ,so mana awak nak dapat keindahan nya kan. dan jika awak rasa dunia awak tu tak indah , maka dengan jelasnya awak juga mengganggap saya yg penghuni dunia pun tak indah lagi . . .mohon awak paham ~

dan awak ,kalau awak nak tau lagi dunia inilah syurga sementara buat sesiapa yg tahu menilaikannya , walaupun telah dijanjikan oleh Allah bahawa syurga…

YES

yes !! akhirnya saya berjaya melepasi keegoaan si dia ! tapi apa yang saya lihat,ramai kawan saya dia dah remove . . .kenapakah ? apa salah mereka kat dia pulak? berbagai persoalan bermain di minda saat ni ,harap apa yang dia lakukan itu betul dan tepat! saya tak nak salahkan dia lagi dalam hal ni ,sebab saya akan terus sayang dia sehingga ajal menjemput . . .


TETIBE RINDU KAT DIA

awak saya tengah bosan ni . . . nenek dah tidur . . . nak tengok bulan kat luar tu nyamuk banyak la,kang tak memasal kaki saya banyak dapat 'love bite' hehehe eh..eh.apa cite pulak nikan huhu  *sila abaikan*

awak oo awak minggu lepas saya kan ada pergi rumah madam . awak taukan boss saya tu ? rindu gila dia kat saya rupanya ! hmm salah saya ,sebab dah lama tak hubungi dia. anak-anak dia pun rindu kat saya ,masing-masing asik berkepit je kemana saya duduk ! nasib baik suami madam tak macam tu kalau tak naya la saya awak oiii ...hehehe

awak . . . tempat jatuh lagi dikenang ,nikan pulak tempat mencari rezeki, tempat menumpang kasih sayang, tempat meluahkan semua yg terpendam dalam hati ..ye tempat tu bagi saya ialah madam je~

shes so understanding sehinggakan sanggup mengambil saya  sebagai setiausaha dia walaupun baru kenal beberapa hari! bila dia tahu siapa saya lagilah , dia carikan apartment paling hebat di genting tu sebagai tempat tinggal saya , dia bayar kan semua kos sara…

DIDUGA LAGI

Hai awak . . . bila jiwa dah tenang macam ni ,kadang - kadang kita diuji dengan ujian yg hanya melepasi minda jekan. hidup tiada dugaan tu bagai pokok yg tumbuh tapi tiada berdaun  atau pun bunga sudah pasti tidak kan menghasilkan apa-apa buah maupun benih .

harini masuk hari ke empat saya tak dapat masuk facebook saya tu . ingat nak chatting dengan kawan-kawan disana tapi rupanya masih di pegang oleh* seseorang yg sangat memarahi saya* barangkali hanya sebab saya kata dia lelaki tak jadi !! heee . . . dia memang la perempuan normal ,semuanya cukup ! cuma kata-katanya sangat kasar ! nampak sangat garang ! tapi sebenarnya dia sangat perihatin ! kalau tak caya tanya bf dia hehe ..eh dia ada bf ke??? ulala.. saya tengah menyiasat la ni ok !

sebelum ni kami memang berkongsi akaun tersebut ,tapi tak lah sampai saya di dera sedemikian rupa ! aduh .. saya rindu gila kat kawan-kawan saya disana tu! emmm . . . kejamnya dia kan ! bila saya call dia ,awak tau apakah jawapan yg dia bagi kat saya …

MENYESAL?

Assalammualaikum . . .awak
mungkin hari demi hari awak makin tenang disana ,tanpa gangguan yg datang dari saya lagi, alhamdulillah . . . kalau itu yg Allah bagi buat awak ,saya sangat bersyukur , bukan macam saya ni berpura-pura happy padahal sakitnya hati menusuk sampai ke dasar jiwa nurani . . .kerana makin hari kehidupan saya akan berubah sikit demi sikit ,dan ianya sangat perit ... tapi saya tetap akur sebab semua ini adalah dugaan kecil dalam hidup saya, katanya akan datang lebih besar lagi dugaan itu ,ye saya ikhlas menunggunya . . .

thanks to Allah kerana telah menjadikan hidup saya lebih bermakna disini , disamping orang yg sangat menyayangi saya , memahami saya , yg jujur dengan saya , terima kasih banyak - banyak ya Allah . disini saya mengenali dihargai , di hormati, di sayang dan terasa bagai intan yg terpilih .sentiasa tersenyum dan menganggap semua itu ada hikmahnya .alhamdulillah . . .

mulanya saya menyesal kerana mengambil tindakan ini,namun setelah beberapa hari disin…

HMMM . . . ENTAHLAH

hai awak
semua dah berakhir kan,alhamdulillah.baru  tadi adik saya ada call dia beritahu yg epool nak ambil fb dan blog saya ni, hehe what to say ? kalau nak delete pun delete la semua nya . . . saya dah tak rasa ini semua perlu ! saya sedang berusaha untuk satu kehidupan yg baru , yg tak mengganggu kehidupan orang lain di luar sana tu!

malam ni jek adik saya dah ambil fb saya tu ! entah apa yg dia kerjakan saya pun tak tau la,ni saya baru guna fb kawan saya tengok-tengok dia dah deaktifkan fb tu ! hmmm . . marah sungguh dia kat saya kan .dah la tukar passwrd,lepastu deaktif pulak jawapnya memang sah - sah saya tak dapat buat apa-apa lagi ,emm pasrah jelah . . .

tapi apa yg saya tau,adik saya tu memang kepala angin,dia tak akan ber puas hati dengan sesapa aje yg suka menyakitkan hati dia,tak macam saya ni,sikit-sikt maafkan ,sikit-sikt takpe laaa..sikit-sikti its ok .. sikit-sikit no pblems. sebab pada saya apa guna marah kat seseorang tu,kalau dah memang itulah perangai dia ? hehehe …

SHE MENGAMUK ??

hahaha . .  ayook ..she mangamok !!! tolong bomba !! ambulan !! kereta api !!  lihat je  pada tajuk entry dah tau saat ni saya sedang gelak guling-guling atas sofa ni . . . eeee..takutnya . . . she marah-marah tu hah !!! gigil dah kepala lutut saya ni ..adoii..tak boleh berhenti lak tu hahahaha

she marah ?? eh..reti pulak dia marah ?? ingat dah abaikan saya  . .  maklumlah kan saya budak jahat !! saya degil ! selalu bikin she serabut !! sesak napas ! dan saya selalu buat she hampir koma !! ampun she . .  takde niat saya nak buat awak macam tu !! saya budak baik semalaya tau !! hahaha

awak nak suruh saya tambah ape she ?? letak buih ? letak pewangie ? adeh . .  semua tu takde dalam stock hati saya ni lagi . .  cukuplah rasa benci awak tu kat saya ! tu pun dah buat saya sakit  . . .  ohhh . . . .


ye ...ohh sakit selamanya . . . .  she . . .  miz u like crazy !!! hahaha . . offline lelaju , nak pergi beraya jap lagi ni . .  jum she ,jum follow me !!

*nak pm dah takut derr... hahaha


WARKAH BUAT SHE

kehadapan insan istemewa yang selalu saya panggil dia dengan gelaran SHE . . .semasa saya menaip warkah bisu saya ni, mungkin awaksedang tidur ,atau mungkin awak sedang berchatting atau mungkin awak sedang bermain game . dan..mungkin awak sedang melakukan tanggungjawap awak,maklumlah kan malam nikan malam jumaat  . .  hehe

she kalau awak busy di alam reality awak tu ,biar lah saya luahkan segalanya di blog kesayangan saya ni. agar segala yang saya taipkan disini tak akan mengganggu kosentrasi awak yg sedang asyik bermuka buku. tanpa menegur saya yang masih setia melayari disini. its ok !

she memang  saya mengaku ,semua ni salah saya . . saya yg buat awak stress malam tu ,tapi bukan itu maksud saya yang sebenarnya . . . sebagai insan yg rapat dengan saya,saya nak awaklah insan yg pertama tau ,pada apa yg terjadi pada akaun facebook saya tu . dan bukan niat nak menjauhkan diri dari awak or sesiapa pun she,takde niat pun .

tapi disebabkan sifat saya yg sikit lurus bendul ni, rupanya rama…

MALAM INI 15 OGOS

malam jumaat
letih ..lemah . .lesu.. tapi happy sebab dah sampai rumah dengan selamat , family semua masih dok menuntun cerita hantu ..apakah? malam-malam jumaat ni menuntun cerita hantu? hebat sungguh heee...

naluri  yang semakin berubah ni ,saya kuatkan juga untuk melemparkan sebuah senyuman buat mereka dirumah..assalammualaikum.. akak dah balik,takde orang yg nak peluk ke ?? haaa.. ofcos adik saya yg kecil tu datang berlari memeluk saya dengan kuat ! akak kenapa balik lambat sangat .dah malam ni,mama dan ayah semua risau .. aaa..tengok dia dah berleter .. hehehe.. saya hanya senyum sengih dan mencium dahi dan pipinya dengan mesra... kan akak dah balik ni..saya jawap perlahan .

mama ,ayah dan adik  yg saya panggil lelaki tak jadi tu hanya melihat aku dari jauh. nenek apa khabar ? u pergi ke rumah madam ? mama tiba-tiba menyoal . ye ,nenek sihat alhamdulillah ,pergi semalam orang ada pergi rumah madam ,tidur sana 1 malam . ..saya jawap sambil duduk disebelah mama dan ayah .

letih la…

BACK TO REALITY

morning !
angin sepoi dari puncak gunung buat saya makin malas nak bangun pagi , dingin dan sepi sekali! padahal kat luar sana burung-burung, rama-rama dah terbang kesana kesini.  malam tadi saya terlelap entah jam berapa ,kirannya hanya 2 jam kot saya tidur malam tadi,tapi keceriaan dikamar ni buat saya rasa puas !kini saya bangun dengan senyuman !! yes!!!

semalaman an keseorangan   di Genting telah meringan kan beban yg kusut diminda, hidup yg makin nampak jalannya kini makin cerah dan terang! harap semuanya berjalan lancar . sendirian disini sangat memberi kesan pada jiwa saya yg kusut tempuhari .

awak oo awak
saya disini ! puncak genting yg indah . melepaskan semua yg mengganggu dalam hidup ni ! dan kini saya bebas dari seribu satu permasalahan. dan keputusannya ..ye  saya dah ambil keputusan bahawa ,saya akan tinggalkan semuanya yg merantai jiwa saya ..termasuk awak jugak..saya dah letih untuk sebuah 'permainan perasaan' dan saya dah janji tiada kebencian di hati untuk ti…

SOMETIME I'M THINKING THAT ...

BUKAN TAK PANDAI

hai awak
memang cakap je pukul 1 nak tidur ,tapi bukan boleh tidur pun mata ni,langsung tak ada tanda-tanda yg saya ni mengantuk. nape tah! hmmm . . .

sekarang dah pukul 1 45 am,dah pagi pun,bukannya malam lagi. layan kawan-kawan di facebook buat saya lupa yg saya sedang bersedih ! kawan-kawan saya memang kaki borak kot ,sebab tu saya sikit terhibur malam ni ,tengs bro jimy,cik anis azhari dan yg lelain tu !

harini saya tak nak cakap panjang lebar sebab harini hati saya sudah terusik ,tapi disebab kan kematangan saya dalam hal remah temeh ni,maka saya abaikannya..ye !! saya abaikan semua nya dan yang pasti saya takkan merayu pada hak milik orang lagi !! cukup-cukup sudah...*tipah tertipu*

ada beberapa tanda yg saya nak kongsikan disini pasal orang yg bodoh :

1 - orang yg paling bodoh dalam kehidupannya ialah orang yg tak reti bersyukur pada apa yg dia ada !misalnya dia ada awek tapi dia masih nak cari kasih sayang dari awek yg lain , tah-tah belum tentu awek yg baru tu kompem sayang k…

ALAHAI

Assalammualaikum awak . . .
nak tanya lah ,awak pernah merajuk tak ? biasanya kita tengok orang perempuan yang suka sangat merajuk -rajuk ni ,tapi zaman yang serba serbi canggih ni ,ramai pulak orang lelaki dah pandai merajuk!! hahaha..opsss .. i'm sorry~

saya selalu jugak gelak guling-guling bila dapat tau orang yg bernama lelaki tu merajuk,lepas tu dia akn update kat wall facebook dia..!!awww ~ geli saya nak membacanya hehehe . .  gigil lutut pun ada ,tacing gila! pastu  baru nak baca pekataan yg pertama tu je saya  dah nak pitam ! sebab terharu sungguh ! haha

awak oo awak . . . pe barang nak merajuk bagai tu kan  . .  take it easy la , amat tidak memachookan jika sang jejaka merajuk , emo , pastu  . . . ala...saya nak taip atas wall blog ni pun dah tak boleh sebab terharu biru . haha

ok la ,untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan ,saya berhenti disini ,sambil makan kuih raya 3 kali dah menjanda ! hahaha ...


MOOD RAYA

assalam mualaikum awak
mood raya tak habis lagi kan ,bila tengok kuih muih atas meja ni tangan gatal sungguh nak menyuap kedalam mulut  ish... tak lama lagi confirm makin temban pipi ni ...

aduh...rindunyaaa  . .. .tu je yang mampu saya kata kat blog kesayangan saya ni ..nak ucap kat orang lain takut pulak orang kata saya perasan !haaa.. disini pun memadailah dari merayu rindu kat orang yg tak sudi ahaaa !!kejam sungguh ...

awak oo awak . . kuih raya paling saya suka ialah kerepek bawang ,kuih tart nenas dan kerepek ubi bersira lada berapi!! haaa kalau pergi beraya itulah kuih pilihan saya tuju dulu.kuih lelain saya tak pandang sangat..
cuma sekarang ni bila jumpa seseorang tu ...saya teringin pulak nak makan kuih '' 3 janda '' !!haaaa..

awak mungkin tak penah rasa kan,ye..saya pun tak pernah tengok dan tak pernah rasa jugak laaaa...saya nak suruh abang joni dip belikan tapi dia kata bagi alamat rumah je,nanti dia hantarkan kuih tu eleh..mengada je abang joni tu kan..c…

THE POWER OF GIRL

Assalammualaikum  awak . . .

Daripada Abu Said al Khudri RA daripada Nabi SAW sabdanya :

" sesungguhnya dunia itu sangat manis dan indah pada pandangan mata.sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah di dunia ini dan Allah memerhatikan bagaimana kamu berkerja. oleh itu takutlah ( jauhi ) fitnah dan takutilah tipu daya atau godaan wanita.Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan  wanita !''

*awak oo awak . . .hati-hati ye dengan orang perempuan ni . .  saya hanya berpesan-pesan saje ~




BLOG BERHENTI REHAT

dengan lafas Bismillah . .  saya tutup kejap blog ini malam ni . . . assalammualaikum awak ,saya dah maafkan semua kesalahan orang-orang yg telah menginaya saya siang tadi . . . ^_^ Allah Maha Besar ~ . . . . . ...... sweetdreams~

TAK JADI RAYA ??

awak... suasana raya makin hangat terasa  ,dimana-mana orang berbelanja ,selagi tak raya selagi tulah orang kita dok perabiskan duit mereka..beli tu,beli ni,ada je yg tak cukupnya dirumah tu.. hehe .kalau lah tiba - tiba dapat pengumuman yg raya tak jadi ..adeh.. bagaimnakah keadaannya lah kan !! dah tu kena sambung puasa lagi sebulan !! mau ramai yg kena strok !! haha .. mustahil..mustahil... siapa yg nak puasa 2 bulan berturut-turutkan .. tapi kalau raya 2 bulan semuanya mahu ! kadang kadang tu,dah habis raya pun orang masih nak buat open house !! aduhai .. meriahnya hari raya  . . .

awak.. tahukah awak yg akan datang kita akan berpuasa sebanyak 2 kali dalam setahun,tapi bukan tahun depan la..ianya jatuh pada tahun 2030 nanti ..iaitu pada bulan january ... dan pada bulan disember ...aaa...abis lah korang . . . hahaha... eh..masa tu berapa kah umur kita ?? cepat kira :p

PESANAN SAYA

haa..pesanan saya ..jangan buat selalu ,takut  makan diri  . .  nanti  semua your love lari ..heee

MERINDU PADA YG SUDI

Assalammualaikum awak..malam ni dapat la beberapa  minit saya pegang lappy ni,so dapatlah lepaskan  perasaan  kejap diblog kesayangan hamba ni  .. apa yang nak saya kata kan malam yg sunyi lagi  dingin ini . dikampung kesayangan saya ,saya masih rindukan awak ...percayalah . ...

nampaknya tak boleh meroyan macam selalu ,yang mana selalunya entri saya wajip  panjang lebar..kalini seringkas mungkin je ni , sebab family dah ramai balik kat rumah nenek saya sekarang  , so saya terpaksa melepaskan rindu kat diaorang jugak sebentar lagi .. . . awak ...really saya rindu awak ditika dan saat ini . . . tata sayang  . . ..

*syoknya jadi awek kampung *

OK FINE !

SAYA DAN BANGSA SAYA

hey u .. i know u were there .. lets we talking talking about something ! something what ? ala.something what-what laaa.. hehehe payah tol nak  menaip ayat-ayat mat saleh ni ,dah naik terkehel jari saya ni awak ..sebenarnya seronok kan kalau kita dapat mengetahui berbagai bahasa antarabangsa ni,tapi tulah ..dah dasar pemalas , so malas nak belajar ..heee.. ok..saya tahu 'melayu'memang ada penyakit yg sangat bahaya  iaitu ~' MALAS' .. termasuklah saya .. mama saya kalau membebel dia selalu kata . . .

*awak ni bukannya tak pandai !! tapi awak adalah pemalas sebab apa mama cakap macam tu ???
...emm mama je yg tau  ...

awak oo awak . . . lepas ni saya mungkin cuti panjang ye .. so . . .kalau rindu ..awak  tau kan nak buat apa?

PESANAN KU

assalammualaikum ....
wahai penunggu gua !hehehe.mana ada penunggu ?? menunggu adalah kan ? aaa...awak menunggu waktu berbuka sangat teruji disaat-saat waktu berbuka kian menghampiri ni ! tapi menunggu hari raya lagilah  menerujakan ...lahai...sabo cik  yenda ..sabo ...ye saya sedang bersabarlah ni heeee ~

awak oo awak
besar kemungkinan raya nanti saya lepak lama kat kampung ,so mungkin facebook saya sepi...blog saya sunyi ..inbox saya berkunci ...so pada awak yg selalu baca luahan meroyan saya ni ,sila lah tunggu kepulangan ku nanti ...eceh..macam nak pergi jauh jek ..orang pergi haji pun tak ada nak berpesan-pesan macam ni huhu... apa2 pun thanks for alls...

NAK BUAT TU AGAK2LAH

tulah penyakitnya ,bila dah menaip,tak reti nak berhenti. idea mencurah-curah macam air terjun niagara ..laju gila !

awak oo awak ..harini saya nak share something la.. jum lepak sini kejap !

saya ada kawan facebook yg sangat ramai tau ,ada yg salah satu tu saling bersangkut paut rupanya..seperti.. si A awek si B...si C skandal si A .. si B pulak ex -bf si D yg si D tu pulak tunang si C ..macam keluarga 69 pun ada jugak ni....aaa..macam tu lah jaringan kehidupannya..apa yg perlu semua rahsia ni menjadi  rahsia peribadi saya dan ianya takkan diketahui oleh orang lain ..promise !!

awak..tapikan bila kita dah tau yg dia orang pernah couple,then putus ,lepastu masih lagi ada dalam senarai friendlist ...awak tau tak apa yg paling buat saya sedih. ? ..cuba awak bayangkan kalau ex awak tunjukan gambar couple baru dia di wall fb ? tidak kah awak terasa something ? saya sangat terharu jika kawan-kawan perempuan saya melakukan sebegitu pada exnya....

jangan macam tulah kawan . . .  walaupun di…

SENGAJA LE TU

assalammualaikum awak..nak tido ni tapi mata masih nak menatap wall blog pulak,ok sementara menunggu puteri bunian mama tu  balik dari sekolahnya ,so baik saya meroyan kejap disini .

watpe tu ? aaa itulah soalan yg kerap ditanya bila saya berchatting or bermassage dengan kawan-kawan .awak oo awak... dah sah-sah saya kan sedang berchatting ,ofcos la saya sedang menaip perkataan dikeypad.. yang awak pergi rajin noh menanye tu kenapa ?

dah makan lom ? emm sengaja je tanya kan,kalau pun saya belum makan,bukannya awak nak belanja saya   makan kan ..baik tak payah tanya la awak . . buat saya  terliur je nak rasa makanan yg awak nak belanja nanti ..hehehe

tak keluar ke ? ohnya..kalau saya nak keluar ,takkan saya sempat nya on facebook ..paling tidak pun saya nak iron baju,tudung,pergi mandi ke, make up ke?lagi best hehehe..maklum lah kan  ala-ala gratis gitu :p

awak kat mana ni ? aaa ni lagi satu soalan . takkan saya dibilik air,atau di kolam mandi atau di atas awan..ofcos lah dalam rumah sa…

SEMANGAT YANG HILANG

salam rindu hanya dibalik awan kelabu , mendung resah makin berarak , namun bulan indah masih lagi lena dikamar beradunya ,sang camar sunyi hilang entah kemana setelah temannya yang  lain riuh mengejar rezki !

hari makin suram bila mentari merajuk dengan alam . manakah senyumannya ? manakah gelak cerianya? manakah syair pelepas rindu-rindunya ?

taman kian sepi dan bunga-bunga  kini lesu , kumbang yg dulu gagah kini makin  menjauh dari sisi.. dikala hujan semalam bukan lagi menyejukkan malahan ia menjadi ribut yg ganas melanda hati.

Awak ingat lah pesanan saya  :
jangan berjanji kalau tak boleh ditepati dan jangan menyentuh jika tiada niat untuk memetik . jum ikut saya untuk sebarkan bahagia. . .

i want to sleep like a royal . . .




PESANAN IKHLAS

KU RELAKAN SEMUA

assalam mualaikum awak . . .
letih dah mata dan jari saya ni dari pukul 7am sampai 10 am dok mengedit blog manja saya ni dan akhirnya ini lah hasilnya dan saya telah menjemput encik hazaman untuk menghiburkan awak semua yg disini lagu yg sikit touching sanubari saya saat ni .. .lagi-lagi bila dia kata ...''ku relakan jiwa untuk menjadi penghuni dalam hatimu''

ye awak ...harini 1 ogos 2013, ini entri pertama saya untuk bulan ogos ni ,kalau awak perasan dalam bulan julai tu entri saya berjumlah 66 ! bayangkan dalam sebulan 66 kali saya meroyan ..hebak sangak ! sah memang nampak bosan habis saya dalam bulan julai kan?

awak . . saya nak tanya ...salahkah saya menolak hati seseorang? semua yg saya lakukan ini semuanya untuk kebahagiaan dia jugak .. saya tak nak dia kecewa satu hari nanti ..semalam ye semalam saya dah melepaskan satu hati yang selama ni banyak membantu saya. .ye awak semua ini terpaksa , bukan sengaja,saat saya rebah sikit masa dulu dia datang tolong saya , …