Skip to main content

BAHAGIA BUKAN DERITA


jam menunjukan pukul 1 pagi ..esok hari minggu . . lepak fb malam ni macam biasa ,sambil berbalas komen,ada jugak pm yg bertamu,so saya pun balas lah. asalnya memang sangat tidak meletihkan pun,tetapi lama kelamaaan ,terasa sakitnya hati bila nak online , line pulak lembap ! adeh bertambah - tambah sakit la hati saya ni... akhirnya shout down the lappy ! habis cerita..

pagini saya teringat kan seseorang , yg jauh dimata dan jauh juga dah dihati saya ni . . orang yg sikit masa dulu pernah mengisi kekosongan waktu2 sepi saya . keakraban terjalin hanya bila kami sama-sama lepak di group *rahsie* bila dia tahu saya baru lepas 'frust' , hampir setiap hari dia menegur saya dengan memberi salam, bertanya khabar  dan bertanya apakah aktiviti saya hari tersebut..dengan alasan dia tak mau saya bersedih lagi . .

kami memang rapat tapi hanya di fb ,tak lebih ...walaupun dia lebih dewasa dari saya,namun dia masih boleh memahami naluri seorang orang perempuan seperti saya .maklumlah kan saya ni jenis moody , jenis sengal satu badan, jenis yg entah apa-apa . . .tapi dia memang take care orangnya. . .

rupanya dia juga orang johor *satu negeri dengan saya* tetapi dia bertugas jauh dari johor dan hanya boleh balik ke johor dengan menaiki kapal terbang ,jauhkan ?? huhu dan kenangan paling menarik bila tiba bulan puasa ( setelah hampir 6 bulan kami berkawan ) dia  sentiasa akan menghantar massage ke inbox fb saya  untuk memberi tahu saya menu apakah yg dia makan untuk berbuka puasa hari tu .. kadang-kadang menu dia tu buat saya sikit diduga hehehe..maklumlah kan bulan puasa ,dengar pulak menu yg mengiur kan..aduhhai . .

pernah dulu pada awal persahabatan kami , dia jatuh sakit,kerana diserang asma ! ketika saya menghantar massage kepada dia,rupanya dia sedang menjalani rawatan memasukkan oksigen , saya tetba jadi serabut kerana kasihan kat dia.ye lah kan dah la ibu dia jauh , hidup merantau , tinggal sengsorang , kalau jadi apa-apa pada dia malam tu,pastinya saya hanya mampu membacakan yasin untuk dia tiap-tiap malam jumaat  hehehe jahatnya saya ni ...

dan dengan tak malunya saya siap suruh adik saya sedekah kan alfatihah untuk dia jugak supaya dia cepat sembuh ,saya memang sudah pastinya..tiap solat saya bacakan alfatihah untuk dia ,apa yg penting dia cepat sihat.! tu jek yg saya nak!

bila dia dah pulih ,saya sangat bersyukur  . . . bila dia dah boleh menjalankan tugasannya ,saya lagilah rasa seronok ! yess kawan saya dah betul-betul sihat ! emmmm . .  tapi tu semua cerita sebelum hari raya . . .

bila tiba hari raya . .dia berjaya balik ke kampung halamannya,dia berjaya dapat cuti panjang ..seronok  berhari raya bersama teman-teman dan sanak saudaranya . . seingat saya seminggu dia mencari saya   di facebook tu bila saya takdapat bermuka buku ..setiap masa dia menghantar teks untuk saya. . . dia kata nak cari saya ,dia kata nak rancang masa cutinya untuk bersama saya walaupun sehari dan dia kata dia nak kenalkan saya dengan ibunya yg garang tu . . .ye macam-macam plan dia namun saya hanya berdiamkan diri . . . tanpa membalas teks dari dia . . .kerana ketika  tu saya sedang sibuk beraya  di kampung dan langsung tak berkesempatan bermuka buku ..

namun hati saya memang selalu berkata yg kami hanya bersahabat baik dan selama ni saya sangat hurmat dia sebagai seorang abang dan lagi . . .  saya tahu di kampung dia ada insan yg menanti kehadiranya ..walaupun ketika saya bertanya pada dia ,dia sangat-sangat menyangkal kenyataan tersebut . . katanya hanya kawan  sekolah .. dan ada sesuatu yg dia katakan pasal seseorang itu.tapi  biarlah menjadi rahsia kami . . . .

dan tanpa saya tau mana silap saya , bila saya berkesempatan bermuka buku semula , dan dapat membalas semua teks darinya , rupanya dia dah pergi jauh . .  jauh dari kehidupan saya ,jauh dari facebook saya ,jauh dari dunia saya ... tanpa apa-apa pesan untuk saya pun  . .  dan saya juga ada menghantar teks kepada dia dan dia hanya membacanya tetapi tidak membalasnya  . . .saya keliru..apa salah saya pada dia ? tapi saya tetap akur ,sesuatu telah belaku dikejauhan sana tu . . .


lebih meyakinkan lagi bila saya buka wall facebook dia , terjawaplah persoalannya bahawa  seseorang yg menanti di kampungnya amat merinduinya dan mereka telah kembali bersama..Alhamdulillah ..akhirnya dia telah  berjaya bertemu  insan yg benar-benar menyayanginya dan selalu merinduinya..saya pasti sesangat kerana saya pun perempuan dan saya ada jugak terbaca komen' kakak' yg memanggilnya dengan panggilan 'yunk' tu. . .

''awak sesungguhnya perempuan ini ikhlas,jika rindu katanya,maka rindulah dihatinya dan jika perempuan itu rindu kat seseorang lelaki,maka lelaki itu berhak untuk membalas balik rasa rindu itu . . . dan awak ada hak untuk merindui dia . .''

selepas semuanya terjelas nyataa ,maka dengan iklas juga saya melangkah kan kaki ,meninggalkan dia sehari demi sehari ,kerana pada saya walaupun kami tiada apa-apa ikatan , saya bimbang kehadiran saya dalam kehidupan hariannya hanya akan menambahkan lagi kekusutan dalam bahagia yg  telah terbina antara dia dengan  'kakak' tersebut . .  .

awak . .  sebagai teman awak dikala awak sepi, teman  dikala saya sepi .. ingatlah persahabatn iklas dari saya ni takkan penah berhenti  . . . cuma, jika kehadiran saya menjadi satu bebanan buat awak,maka saya lebih rela undur diri . . inilah keputusan saya dan sekarang ni  profile facebook awak telah pun saya block . .  maafkan saya ...saya tak suka dibenci atau membenci semestinya kehadiran saya untuk kebahagiaan bukan penderitaan . .  . .moga awak kekal bahagia disana ...aamin . .  .

kini saya masih disini , tenang dan ceria disamping  insan lain yg masih sudi menyayangi saya ..insyaALLAH ..cuma pesan saya kalau awak sedang bahagia ,jangan pernah lupakan saya yg degil ni ..dan  prinsip budak degil ini  *jangan nak mengedik dengan kekasih orang ... bahaya * huhu


Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx