EMMM BILA LAH NAK HABIS

malam ni malam sambutan kemerdekaan malaysia  . . merdeka !! merdeka !! merdeka !! malam ni jugak saya hanya duduk dirumah  sambil layan mood  ,rehatkan badan .sebab esok pagi-pagi lagi kami dahgerak ke selatan tanah air . . .  selat tebrau ,aku rindu kamu . . .

sebenarnya  saya tak terfikir yg raya masih belum habis ! hebatkan ? ye masih lagi mood raya rupanya dan kali ni kita sambut 'merdeka raya '

di malaysia ni kita bukan je ada sambutan raya aidil fitri dan raya aidil adha  ,tetapi juga kita ada sambutan 'kongsi raya' , 'depa raya' dan kali ni 'merdeka  raya' ! dan walaupun tidak berapa meriah tapi disebabkan hari kemerdekaan jatuh pada hari sabtu , maka semua rakyat malaysia  meraikannya dengan berbagai aktiviti

esok 31 hb ogos ! saya ada 3 undangan perkahwinan , 8 open house , 2 kenduri doa selamat dan 1 majlis pertunangan . .  camana tu ?? huhu keputusanya saya ambil aktiviti yg membolehkan saya pergi bersama mama,ayah dan adik-adik ..'fair' kan ?? mana yg teman-teman sekolah tu saya terpaksa call mereka dan mohon maaf  sebab tak dapat datang !! huhu . . .

sebenarnya undangan ni wajib di hadiri ,kerana orang yg mengundang tu mengharapkan kehadiran kita ! tapi saya pun pening  nak buat macam mana ? bila berbincang dengan mama . .  mama mencadangkan keluar saja dengan keluarga ! lebih selamat . .  ok mama . .  i follow u . . .

taddaa !!! esok saya nak pergi open house ,jemptan kawin dan berhari raya di rumah sanak saudara di temasik !!  jumpa lagi . .  wassalam . .

Comments