EMPAT SEBAB TERIMA KASIH

hai awak ..ada beberapa pekara yg saya nak kongsikan di post kali ni

pertama ,saya nak ucapkan terima kasih kerana awak semua sudi berkunjung ke blog peribadi saya ni, membaca luahan isi hati saya ,menyelami detik saya suka ,detik saya berduka dan berbagai-bagai detik..termasuklah detik 12 malam . . . . aaaa. . .

kedua , saya nak ucapkan terima kasih kerana ada diantara awak yg sudi mem'follow' blog saya ,padahal blog saya ni bukan la 'pemes' sangat ,bukan macam blogger-blogger yg hot tu ! saya hanya blogger yg baru nak up, yg suka syok sendiri dan sangat cool . . . eceh . . . *perasan pule*

ketiga , saya ni memang suka meroyan, apa yg saya taip tu memang terjadi dihadapan jalan kehidupan saya seharian ,kalau lah awak nampak macam pelik,itu bukan lah 10 pekara pelik yg terbaik oleh 'HAGEMARU' tapi ianya hanya pelik pada orang lain,tapi itu ialah reality pada saya  . .  terima kasih la sebab percaya kata-kata saya .... . .

keempat , tentang lagu - lagu diblog saya tu  kalau awak rasa tak best untuk saluran telinga cute awak tu ,awak bagi lah lappy awak tu silent kejap ye ,sebab semua lagu-lagu tu adalah pilihan saya ketika tu ,kalau awak perasanlah kan,ianya berubah-ubah ikut mood saya yg kadang-kadang solehah,kadang-kadang jiwang,dan kadang-kadang sengal dan sesungguhnya saya ni sebenarnya peminat lagu-lagu rock !! . . .so terima kasih kerana sudi  perlahankan sound lappy awak  . . . .

awak . . tolong lah awak. .tolong lah . . .janganlah mintak yg kelima kat saya ,saya dah tak mampu dah ni .. cukuplah keempat-empat sebab tu je ok,kang banyak sangat sebab ,awak rasa saya adalah editor sebuah majalah hiburan kelas menengah pulaknya,saya belum ambil bidang tu lagi la awak, saya hanya seorang orang perempuan yg selalu diganggu oleh hormon estrogen yg pasti akan muncul aktif disetiap bulan ...kalau tak paham ,sila paham-pahamkan ye  . . . sekian terima kasih  . . .maafkan saya ~

Comments