TETIBE RINDU KAT DIA

awak saya tengah bosan ni . . . nenek dah tidur . . . nak tengok bulan kat luar tu nyamuk banyak la,kang tak memasal kaki saya banyak dapat 'love bite' hehehe eh..eh.apa cite pulak nikan huhu  *sila abaikan*

awak oo awak minggu lepas saya kan ada pergi rumah madam . awak taukan boss saya tu ? rindu gila dia kat saya rupanya ! hmm salah saya ,sebab dah lama tak hubungi dia. anak-anak dia pun rindu kat saya ,masing-masing asik berkepit je kemana saya duduk ! nasib baik suami madam tak macam tu kalau tak naya la saya awak oiii ...hehehe

awak . . . tempat jatuh lagi dikenang ,nikan pulak tempat mencari rezeki, tempat menumpang kasih sayang, tempat meluahkan semua yg terpendam dalam hati ..ye tempat tu bagi saya ialah madam je~

shes so understanding sehinggakan sanggup mengambil saya  sebagai setiausaha dia walaupun baru kenal beberapa hari! bila dia tahu siapa saya lagilah , dia carikan apartment paling hebat di genting tu sebagai tempat tinggal saya , dia bayar kan semua kos sara diri saya termasuk makan minum saya ! bila public holiday dia bawa saya joined family dia bercuti ! ye sangat terharu dengan layanan beliau  sekeluarga ! sampai kiamat pun saya tak mampu membalas semua jasa baik beliau tu. . . hanya Allah yg maha mengetahui

saya masih ingat lagi , bila dia cuba mengusik saya bila mana dia samakan wajah  saya  sebagai wajah madu dia ! hahaha..macam nak demam saya rasa ketika tu !gigil semua jari ,nak pegang sudu pun dah tak larat .. hehehe last dia kata , i gurau je lah tie ,lupakanlaaah . . .  hehehe..lega saya rasa bila madam cakap macam tu!please la ,walaupun nak kata jodoh . .  saya tak rela digelar perampas kasih sayang orang lain ..kesian ~

awak oo awak . .saat nikan,tetiba saya rindu pulak kat madam hmm. . .ala..cane ni ekk ?? :'(

Comments