Skip to main content

WARKAH BUAT SHE

kehadapan insan istemewa yang selalu saya panggil dia dengan gelaran SHE . . .semasa saya menaip warkah bisu saya ni, mungkin awaksedang tidur ,atau mungkin awak sedang berchatting atau mungkin awak sedang bermain game . dan..mungkin awak sedang melakukan tanggungjawap awak,maklumlah kan malam nikan malam jumaat  . .  hehe

she kalau awak busy di alam reality awak tu ,biar lah saya luahkan segalanya di blog kesayangan saya ni. agar segala yang saya taipkan disini tak akan mengganggu kosentrasi awak yg sedang asyik bermuka buku. tanpa menegur saya yang masih setia melayari disini. its ok !

she memang  saya mengaku ,semua ni salah saya . . saya yg buat awak stress malam tu ,tapi bukan itu maksud saya yang sebenarnya . . . sebagai insan yg rapat dengan saya,saya nak awaklah insan yg pertama tau ,pada apa yg terjadi pada akaun facebook saya tu . dan bukan niat nak menjauhkan diri dari awak or sesiapa pun she,takde niat pun .

tapi disebabkan sifat saya yg sikit lurus bendul ni, rupanya ramai kawan-kawan baik saya mainkan saya,menipu saya,sehingga saya bulat-bulat percaya pada kata-katanya . . . she ye..termasuk lah awak ! awak dah menipu saya sebenarnya tanpa awak sedari . . . tapi saya nikan memang kaki pemaaf,saya terima je segalanya dengan tenang walaupun ada ketika hanya air mata saja yg mampu mengalir.tapi saya tetap redha she...ye saya redha atas tiap yg awak dan mereka lakukan kat saya.

she jika memang niat awak nak menjauhkan diri dari saya selepas ni,saya kena terima kenyatan itu ...tapi ingtan jahat saya atas apa yg awak buat tempuh hari buat saya rasa lebih baik saya pergi dulu,sebelum awak yg meninggalkan saya . . . ye she..izinkan saya pergi dari hidup awak . .  bagai mana awak padam blog kesayangan saya tu , bagaimana awak hina diri saya dengan kata-kata awak yg sangat berbisa tu ,saya redha . .  sumpah memang saya redha . .  demi tuhan she . .

walaupun saat ni sejujurnya saya rindu suara awak , gelak manja awak disetiap kali saya duduk sendirian ,ye hanya awak yang tahu siapa saya ,perangai saya, isi hati saya, dan bagaimana rupa saya . . . ye she ...hanya awak je yg tahu . .  tapi wajarkah saya dikata menipu ?? sedangkan kita rapat sejak dari dulu lagi ???

pernah awak katakan pada saya . . . siapa saya pada awak ??dengan linangan air mata saya menaip ayat yg berbunyi : saya hanya insan tempat awak melepaskan kebosanan ,tempat awak melepaskan kemarahan awak, bila awak bosan awak cari saya dan bila awak happy dengan teman-teman,awak lupakan saya,tapi bila saya buat sikit kesilapan dengan mudah awak dapat kesan sedangkan saya sendiri pun tak perasan ! she mana kebaikan saya ?? cuba awak cari satu je dari dalam diri saya ni she..cari she ..tunjukan pada saya yg saya jugak budak baik !! please she.. saya merayu ..sebelum saya pergi jauh dari awak, cuba awak buktikan bahawa saya juga seorang perempuan yg baik !! tapi rasanya takkan ada bukti itu sampai saya pergi jauh dari awak she . . . ye . .  takkan ade kan she . .  saya tau . .

awak nak number phone saya,saya dah bagi,tapi apa yg awak cakap? ''dah jangan sms or call saya lagi,ni last!! awak ingat saya happy dengan ayat awak tu she?? ramai kawan saya yg teringin nak bersembang dengan saya,tapi saya hanya cakap . .  tunggu la bila saya free ,tapi awak yg dah dapat no saya ,boleh awak cakap macam tu kat saya ?? hina sangat kah saya ni she ??

saya telan semua yg awak buat kat saya tu ,bagai menelan hempedu yg menjadi penawar, kini setelah saya bangkit dari sejarah semalam yg kaku ,yg selamani hanya berteman air mata ,keputusan saya ialah . .  menjauhkan diri dari awak she ,walaupun jauh disudut hati saya ,saya masih perlukan awak dalam hidup saya ni . . . selamat berbahagia she . . . Allah selamat kan awak sayang. . . .

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx