Skip to main content

MANA SALAHNYA

kesah ini bermula saat saya pergi beraya di kampung bulan lepas
saya kongsikan disini sebagai tauladan kita bersama insya Allah . .  . ini kisahnya  . . .

nama aku  siti ,aku budak kampung yg memang jauh dari kemeriahhan kota . lepas SPM dan aku memperolehi keputusan yg cemerlang ! ye pangkat 1 ! *ni SPM untuk tahun era 1990an* namun disebabkan keluarga aku bukan golongan berada dan pada tahun tu belum ada lagi pinjaman PTPTN, so aku tak layak dan tak mampu untuk melanjutkan pelajaran lebih jauh . . .

bila usia aku mencicah 20tahun,aku berkerja di salah sebuah syarikat popular di bandar berhampiran kampung ku, dengan keputusan yg aku ada disijil SPM aku tu,aku berjaya menjadi pembantu farmasi disana ! alhamdulillah . .

ketika usia ku 23 tahun, seorang pemuda dikampung ku meminang ku,disebabkan dia berasal dari keluarga yg baik-baik,maka mak ayah aku pun bersetuju menerima dia menjadi menantu mereka , dan aku hanya menurut kan saja . .  kerana aku jenis gadis yg tidak membantah keputusan orang tua . .

kami dikurnia kan dengan 2 orang anak . . yg keduanya adalah perempuan..aku bersyukur sebab suami aku sangat sayang pada aku walaupun dia hanya kaya dengan kasih sayang bukan kaya harta . .

ketika usia perkawinan kami berusia 8 tahun, tiba -tiba muncul ex boyfriend aku ketika dibangku sekolah!
dia sebenarnya seorang bekas banduan ketika itu ,namun disebabkan masih rasa sayang kat dia, aku masih lagi menghubunginya dan kami makin mesra . .

aku tak tahu kenapa lama kelamaan ,jiwa aku makin sayang,rindu kat dia ,padahal aku dah ada suami ..anak-anak.. ergh..makin hari makin sayang,..suami bukan lagi tempat bermanja tetapi ex boyfriend tu adalah segalanya buat aku ! pelik !! tapi tu lah hakikatnya . . .

dan sehinggakan pada akhirnya  . . .aku meminta suami aku menceraikan aku ..dan aku mengambil keputusan utk berkawin dengan ex-boyfriend aku .. ketika itu  ingatan aku hanya dia..semua yg aku pandang nampak dia.. apa yg aku buat pasti ada dia..ye dia lah segalanya bagi aku..anak-anak entah kemana.. suami lagi aku tak pandang . .

dan mungkin sebab sayang kan aku . .suami aku pun menceraikan aku dengan perasaan yg terlalu kecewa dan hampa . .aku tau itu tapi aku dah tak nak fikirkan dia lagi kerana fokus aku ketika itu hanya pada kekasih ku sahaja . .  bila habis edah..aku pun bernikah lah dengan kekasih kesayangan aku tu..ramai ahli  keluarga tidak bersetuju dan tidak menghadirkan diri ketika hari penikahan aku ,tapi aku tak kesah apa pun !!
genap setahun perkawinan kami ,aku disahkan mengandung anak kami . . . dan 9 bulan lepas tu ,aku pun melahirkan.. saat aku diward..sesuatu telah berlaku pada ku ! badan aku kejang seperti patung ! sembap ! dan aku tak boleh  bergerak langsung ! kemudian tiba-tiba keluar biji-biji kudis yg seakan-akan melepuh kena cucuh puntung rokok di tiap sudut kulit badan aku.. ianya menanah dan berdarah ! aku merengek kesakitan,tapi takde siapa yg mampu membantu aku .  .

doktor membuat pemeriksaan kat aku,tapi doktor masih lagi merahsiakan apa-apa dari ku . .dan bila kau bertanya pada suami , dia pun berdiam jugak . .  emm kulitku dibelah-belah oleh doktor ,doktor ambil darah ku utk dibuat kajian demi kajian... baby aku yg baru lahir aku serahkan pada mak dikampung . .  seminit pun aku tak boleh memegang nya kerana lengan kau sudah berdarah kerana di belah oleh doktor-doktor dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dijahit ! aaahh..sakitnya tuhan je yg tahu . . .

sehingga aku dibenarkan keluar dari ward , aku masih tak tahu apa jenis penyakit yg aku hadapi ini . ada ahli keluarga mengsyak yg aku menghidap HIV positif..tapi aku mahu keputusan dari pihak doktor yg sahih,bukan dari mulut orang lain !! yg aku pelik,suami aku masih kekal berdiam kan diri tampa memberitahu jenis penyakit aku ni . .

berbulan aku abaikan anak-anak dan kerja , dan penyakitku belum jugak sembuh . .  kini anak aku dijaga oleh mak aku dirumahnya ,manakala aku tinggal bersama suami dirumah kami . . .

bila aku dah sembuh sikit ,aku balik ke kampung mak ayah aku, ketika tu suami aku tiada dirumah, kata mak . .  mak ada pergi ke rumah ustaz dan dia kata aku di bomohkan oleh ex boyfriend aku( yg sekarang ni adalah suami aku)  dengan menggunakan minyak dagu sebab tu aku boleh beralih kasih sayang sekelip mata kat dia ! dan melupakan suami aku ( sekarang ni bekas suami ) dengan sekelip mata ,padahal dia lah orang yg paling menyayangi aku . .  dan kata mak lagi . .  suami aku ialah penagih yg positif  HIV ...dan aku pun tak tahu bagaimana  dia boleh lepas untuk proses penikahan kami tu..

ada lagi yg mak cakap dan buat aku makin jadi lemah  . . kata mak..dia berkawin dengan aku sebab dia hanya nak kan duit aku diakaun bank tu . . ye..benar bila aku pergi bank  dan buat pemeriksaan . . .sah ..duit aku habis 50 ribu dalam masa 2 bulan aku dihospital ! padahal aku dihospital kerajaan ,bukan dihospital swasta pun,so tiada kos yg semahal tu utk aku bayarkan . .

kini penyesalan bagi aku dah tak berguna . .
aku dah HIV positif !
orang yg menyayangi aku dah aku lepaskan ,dan dia dah kecewa !
orang yg dekat dengan aku hanya memandang duit aku di bank
orang sekeliling dan sah akan menjauhi aku . . .termasuk ahli keluarga aku sendiri . .
anak-anak nanti bila dah besar ,tentu mereka benci kat aku . .
emmm ..kini aku hanya ada Tuhan tempat aku luahkan segalanya
kerana DIA saja yg mampu membantu aku  dan kisah perjalanan hidup malang aku ni
korang diluar sana , bila baca kisah aku ni,buatlah iktibar !
aku bukan nak mengaibkan diri aku sendiri tapi ,
aku nak korang buatlah semua ni sebagai satu cerita yg menjadi pengajaran . .
hati-hati kawan-kawan ,terutama kaum perempuan . . .


awak..oo awak..bila saya pandang wajah insan yg malang ni , air mata saya laju turun, bila saya lihat wajah anak-anak dia ,hati saya jadi sebak secara langsung , awak ni lah reality . .  semuanya sebab 'minyak dagu dan wang' . .  maaf...  ni bukan entri..perkongsian ~

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx