Skip to main content

WARKAH DARI DINDA 2

Kehadapan kandaku yg jauh dimata
disaat adinda menaip warkah ini ialah waktu 'break ' dinda sampai jam 4 pm ... perlulah kanda tau bahawa dinda sekarang berada di dalam  kuliah yg pertama ! hari ni dinda dah mula jadi seorang pelajar ! dah kenal ramai kawan ! dah kenal mana satu pensyarah dinda,mana satu pak guard ,maaf kerana wajah mereka  sebenarnya hampir serupa . . sehinggakan pensyarah dinda sendiri boleh dinda panggil 'pakcik' ketika dinda hendak bertanya arah ke klas tadi . . .adeh...

wahai kandaku . . .
jika kanda nak tau , bidang yg dinda ambil ni ialah berkaitan dengan kemanusiaan , berkaitan dengan masa depan kita ,berkaitan jugak dengan alam rumah tangga kita nanti..ceh.. kenapa dinda kata begitu , sebab ianya berkaitan dengan kanak-kanak ! berkaitan dengan didikan awal alam warga kecil yg comel loteh tu , berkaitan dengan cucu bonda dan ayahnda dinda nanti . . . ceh . . .*berangan dinda sudah sampai kenegeri atas awan ni . . .

kanda ku sayang . .  biarkan lah minyak naik ,
biarkanlah semua harga barang naik namun kanda jangan risau , duit hantaran dinda masih kekal ! takkan naik ..serious ! hehehe *awat rasa macam nak gelak je dinda ni haish . . . .* masakan kanda lupa haritu dinda dah cakap 10 ribu serba 1 kat kanda ?? dan ianya tidak kan pernah berubah . sebab barang-barang dalam bilik pengantin dinda hutang je kat court mammorth ! hahahadoi . . .

kanda oo kanda  .. nanti kanda tolong bayarkan tau ! tukan bilik kita bersama ... takkan lah dinda pulak kena bayar sengsorang. . .  teruklah dinda nanti . .  dan kalau kanda tak nak bantu dinda bayar hutang tu , tidurlah diluar !! biar dinda tidur dalam bilik sengsorang ! hahaha *boleh online sampai pagi sambil usya pak we lama *eheheh*

kanda ingat tau , ni bukan lawak progrem maha raja lawak tu ok ! i am serious tau ! nak kena ingat , tak nak its ok ! dinda tak amek hati pun ! kanda kalau ada hati kat orang lain ,cakap lah awal-awal biar senang dinda cari pengganti nanti hmmm . . . *majuk*

kanda  . .  apa yg penting sekarang ni , biar semua harga mahal !biarkan .. .yg penting kanda jangan jual mahal dengan dinda , nanti dinda cari lain, baru tau nak 'touching-touching' masa tu dinda entaah dah angau dengan sapa tah ! kan kanda jugak yg dok makan hati ! dinda hari-hari dapat makan KFC! mcD ! hmmm...ingat !! tak mau merajuk atau marah-marah lagi  . . .

eh..kanda ni ..diam je bila dinda dah melalut jauh . .  kan dinda nak tunjuk macamana kah bidang yg dinda nak belajar tu . . . meh dinda kongsikan ea. . .

sebelum tu jika dinda ada merepek kat atas tu , dinda minta maaf dari hujung hati sampai hjung jari pastu sampai ke hujung keypad sebenarnya disitu je dosa kita , sebab yg lelain tu  belum 'test' hehehehe

dah-dah  . .jum kita tengok !!

Laluan Kerjaya

Diploma dalam program Pendidikan Awal Kanak-kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah. Program ini di reka dengan teliti untuk Pendidik Awal Kanak-kanak untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak, penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.
Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.
Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran, mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Popular posts from this blog

DOA BUAT KEKASIH *CINTA JARAK JAUH*

assalamualaikum
mood sedih dari malam tadi...
semalam ye malam semalam, selepas aku offline dari laman web tu ,
secara tak sengaja hati ni tetiba jadi sebak mengenangkan dia,
kekasih ku yang jauh disana .
sekian lama menjalinkan perhubungan dengan dia,
sekali pun kami tak pernah bertemu.
kini masa hampir menjangkau ketahun yang ketiga
dan kami masih setia bersama
dan tidak lagi pernah bersua muka~ pelik tapi benar~





tak pernah aku bayangkan bagaimana telatah sebenar dia,
bagaimana rupa peribadi sebenar dia,
dan yang aku pelik kenapa aku tidak pernah memikirkan yang negetif tentang dia!
kenapa tidak? adakah ini di kata kan cinta itu buta!?




namun pekara yang buat aku terasa sebak tak tertahan,
dia masih setia menunggu aku walau berbagai dugaan pahit getir ,
tentang pembohongan status aku ,
tentang kesihatan aku yang tidak memberansangkan ,
dengan perangai aku yang suka membuat tuduhan yang tak berasas tentang dia..




ye.. dia masih tetap sabar.
aaah !! kejam nya aku terhadap dia,
teruknya …

CIKGU AYU

Hari ni teringat kat someone pulak time sunyi sepi ni.....dia tak lain tak bukan ialah cikgu Ayu yeaa..cikgu Ayu yang memang sedia ayu ... manja ..lemah lembut dan comel ,ramai yang tertarik dengan keayuan cikgu Ayu



cikgu Ayu baru ditukarkan kesekolah aku .katanya dia mengajar aliran sastera ! ish..malangnya aku berada dialiran science !ah.tak ada rezeki la camni ...ramai murid lelaki yang tergoda dengan kecantikkan cikgu Ayu dan aku yang murid perempuan ni pun ..kalau sehari tak nampak kelibat cikgu Ayu .rasanya tak sempurna hari persekolahan aku pada hari tu .. serious ~

suara tapak kasut tumit tinggi cikgu Ayu sangat aku kenal tik tok , tik tok..yea..langkah cikgu Ayu teratur melangkah...bila kedengaran  bunyi itu,mata kami akan sedia menjeling ketepi tingkap fuh .... saat tu mata pasti tak berkelip..pandangan kami tajam ketingkap kelas ok..ok...bukan aku aje ok,malahan murid-murid dikelas lain pun sama mengalami stuasi yang serupa !


ohh cikgu Ayu... kenapa kamu ! jerit ketua kela…

BILA PEMAIN BOLA BERCERITA PASAL AKU

Mama kata biar sikit perasan  dari langsung takde perasaan
hahahaha
aku ok jew,janji bahagia...
sorry it too much ...
mmuuaachx