STRESS

hai selamat petang rindu
hari ni agak tegang berbanding semalam
maklumlah kan sebagai pengusaha taska yg muda yg sedang belajar ni *cehh . .
saya akui bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak manusia yg kecil-kecil ni , tapi lagi sukar nak adjust anak manusia yg besar -besar tu haha ,mereka lagi 'besar' ragamnya haishh . .

eh .. kelaut pulak saya ni kan . . hehe

bulan  oktober ni taska saya ditambah lagi seorang pelajar lelaki yg kecil , berusia hampir 3 tahun. sebagai pengusaha saya tak nak la tanya bagaimana latar belakang anak itu , tapi apa yg di beritahu oleh ibunya , bahawa anak nya telah di ganggu oleh seseorang insan sengal di rumah pengasuh lamanya ! kata ibunya lagi anaknya diganggu dengan gangguan seksual oleh anak lelaki pengasuhnya itu ! dan ibunya terpaksa memberhentikan penghantaran anak nya kerumah pengasuh itu walaupun anak itu telah di jaga sedari bayi lagi !

ok ! saya berjanji bahawa tiada gangguan apa-apa di taska saya ni tapi saya cuba lihat dulu ,perkembangan anak lelaki dia tu , sebab sebagai manusia yg bertimbang rasa ,saya tidak mungkin mendengar satu belah pihak saya *itu tak adil* kan?


harini 10.10.13 masuk hari ke sepuluh anak itu berada di taska saya ,so far so good ,tup-tup tadi jam 10 pagi pengasuh lama kanak-kanak tu called saya ! what for ?? dia menangis , dia sedih,kerana ibu kanak-kanak itu menipunya dan dia kata dia sayang kanak-kanak tersebut sebab dia dah anggap kanak-kanak tu bagai anak dia sendiri  . .adeh . . . tekanan disini !!! how can i solve this problems ??

dengan nada perlahan saya berkata kat akak tu : ' kak , saya pun tak tahu apa puncanya semua ni berlaku , bukan saya yg minta dia kesini , dia yg datang cari saya  , jika dia seorang yg betul-betul jujur pada kata-katanya dulu , maka  dia kekal lah menghantar anaknya disini , dan jika dia cuma nak buruk kan akak hanya sebab pekara lain , maka dia akan buat benda yg sama kat saya tak lama lagi . . saya harap akak  bersabar  lah ye  . .  akak tu menangis dan menangis  . . saya jadi sebak  ! * hati tisu lah katakan*

dia kata akak tak kesah pasal wang ringgit ,tapi kenapa dia putuskan untuk pisahkan akak dengan anak dia  . .oh . .bagaimana saya nak jawap??? sebab mungkin nanti kalau saya cerita ,cerita saya akan mengaibkan akak ni ?

ginilah kak . . .kalau akak rindu budak @#$%^& ni . . . akak datanglah taska saya ni ok . .saya tak kesah . . datang tau kak . akak tu masih lagi menangis dan katanya terima kasih  sebab memahami akak ni . . its ok kak , saya pun manusia , ada hati dan perasaan dan saya pun sayang budak-budak so saya lebih memahami naluri akak ni . .  akak janganlah sedih lagi ok . .

dan perbualan kami diakhiri dengan suara sedih akak tu dan suara sebak saya huhu *touching derrr*

10.10.13 saya tertekan disini dengan  :
penjelasan ibu pelajar saya
penjelasan pengasuh lama pelajar saya
penjelasan pensyarah saya 
penjelasan 'awak' . . . adeh . . . .  its too hard dear ~

*rupanya sulit juga nak jadi seorang orang kan . . .

Comments