BUKAN LUPA TAPI TAK INGAT

salam maal hijrah dari saya yg berada ketinggian bukit dirumah saya sekarang ni. . . hembusan angin pagi yg dingin buat jari saya laju je menaip ... pepagi lagi dikala orang masih lagi melayan mimpi indah mereka ,  saya sudah pun menyusuri alam maya yg indah ini . melintasi zon muka buku , melewati blog kawan-kawan dan melayan perasaan yg ingin terus hidup dengan penuh kesyukuran .
Cake

manusia mudah lupa !
katanya penyebab lupa ialah jika kita ada makan makanan yg dimasuki  semut ! yea.. semut itu adalah mahluk kecil boleh membuat  manusia yg berjuta kali ganda besarnya menjadi 'pelupa' subhanaAllah . . .  mohon selepas ni hati-hati jika makan kerana dikhuatiri semut ada didalam makanan awak itu .. dan awak akan melupakan saya  . . eh !

katanya lagi untuk mengelak menjadi pelupa ! jangan berfikir pada benda yg remeh-temeh , sentiasa berdoa agar Allah beri kita ingatan yg kuat dan mantap ! doalah dalam bahasa apa pun Allah maha mengetahui. dan amalkan memakan makanan yg menguatkan daya ingatan seperti kismis !  jauhkan memakan makanan yg masam , seperti jeruk atau apa jua spisis makanan yg berasid ! dan jangan suka-suka buat-buat lupa ! nanti Allah beri awak ingatan yg 'low' baru padan muka . . .

ayat yg saya guna bila dikatakan saya pelupa ! bukan lupa la . .  tapi tak ingat !
hahaha padahal sama je ayat tu kan *nak coverline*



awak..oo.awak..
agak-agak awak lah kan ada tak boyfriend yg lupa bahawa dia dah ada girlfriend ?  mungkin dia tak lupa tapi hanya tak ingat kot hahaha . bagaimana pun kawan-kawan dialam maya saya selalu buat begitu , seakan-akan dia lupa bahawa dia sebenarnya ada girlfriend tapi masih nak mengurat !! alasan yg terbaik dia beri *nak cukup kan qouta * adeh . . . .


Don't give up (:

Comments