CERITA DARI DANGA BAY

hari ni kecoh pasal * villa nabila * kehilangan yg mendapat liputan pengguna muka buku . . .apa yg menjadi masalahnya ,pekara yg belum jelas dan nyata sudah pun diwar-warkan dan ditokok tambah  . . itu satu kerja yg tak mustahil bagi pengguna muka buku !

apa yang menjadi kesahihannya benarkah manusia ni suka buat cerita . . menambah - nambah cerita dan membuatkan sesuatu cerita yg tak beberapa hot menjadi begitu hot !! saya sempat membelek-belek kisah yg berkaitan tu ,walaupun bukan itu kerjaya saya hehe . . dan sebagai penduduk berhampiran saya juga tak berani nak lepak disitu  *penakut sebenarnya* Dan apa yg saya dapati . . .  .



Berita Palsu 23 Hilang 7 Orang terselamat !!

Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakal 7 terselamat. Hakikatnye pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang . Remaja Yang Hilangg di kenali Sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun .

Sebuah Villa Nabila yang terbiar di jalan skudai ini menjadi tumpuhan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang setelah memasuki premis berkenahan Bersama beberapa rakannya . Timbalan Ketua Polis Johor Bahru Selatan yang Yang Telah Admin Jumpa tadi . Supritendan Abdul Samad Salleh berkata , remaja berasal daripada Majidie itu dilaporkan keluar daripada rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini .

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila . Usaha mencari Remaja itu masih di jalankan di villan nabila berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnye masih dalam siasatan polis . ~sumber didapati rahsia~

awak oo awak  . .berapakali sudah saya ingatkan , jangan percaya pada cerita muka buku ni 100%  . .bukan apa nanti macam -macam cerita yg dibuat sedangkan kisahnya tak seberapa pun . .* tipah tertipu *


tapikan awak . .  .yg saya paling pelik manusia dimalaysia ni  . .kalau hal-hal mistik macam ni sentiasa cakap seram , tapi pengusaha film buat cerita hantu tu berasak-asak nak tengok dipawagam , download u- tube , beli cd cetak rompak , hahaha tu takut memain ke ape ekk ???


* Lyenda nur percaya yg alam ni terdiri dari berbagai jenis mahluk , selain tumbuhan ,haiwan dan manusia ,Jin dan saitan itu mahluk Allah jugak . . . so hargailah semua yg dijadikan dengan cara kita sendiri . .waallahhualam ~

untuk NABILA  pulak terimalah lagu ni . . . hehehe

Cinta Untuk Nabila

 Cinta untuk Nabila
 Aku ciptakan sepanjang hidupku ini
 Telah lama aku mencari
 Kemana menghilangnya puteri

 Apakan daya
 Sudah suratan tertulis kita bertemu
 Hingga kini setelah berpisah
 Salju yang beku terlerai sudah

  Oh Nabila...
 Lambang cintaku kepadamu
 Hingga kini oh Nabila takkan lupa
 Mengingatimu

 Oh Nabila...
 Lambang cinta yang telah layu
 Hingga kini oh Nabila
 Agar kau dapat mengerti
 Kepada mu puteri
 Kusanjung tinggi

 Lagu untuk Nabila
 Aku ciptakan bila mata
 Kuterpejam lena
 Kuutuskan bayu yang bertiup
 Menyatakan cinta untuk Nabila

Comments