FIKIR-FIKIRKANLAH

hai . .. .
bila dah berkawan tu elok-elok la sikit , jaga maruah diri , jaga maruah keluarga  . . emm masih saya ingat lagi pesan mama ketika saya keluar rumah dengan kawan -kawan haritu .

tu hal dengan kawan dialam nyata . . bagaimana pula pesan mama jika kawan alam maya tu pulak ?

berkawan biar seribu ,berkasih tu jangan mudah sangat ! manusia dialam maya tu bukan sebaik yg kita sangka . mereka ada tujuan dan muslihat tertentu ! lebih-lebih yg awal-awal lagi dah nak tenguk muka awak . . ..aaa.. tu lagi bahaya ! dia berkawan hanya sebab wajah ,bukan sebab keikhlasan !

hmmm . . . ramai teman alam maya saya yg hari-hari dok sebuk nak tenguk wajah Lyenda Nur . .  tapi ada jugak yg tak heran siapa dia Lyenda Nur tu , mereka tetap kekal berkawan ! terbaik sungguh ! ada pula yg dah kenal hampir 2-3 tahun tapi tak juga pernah tenguk wajah saya ! dan mereka masih kekal di senarai kawan saya ! mereka sungguh menghurmati prinsip saya kan ! :)

ada juga yg tak berpuashati bila saya dah tunjukkan wajah saya yg sebenar  ,kononnya saya guna wajah dari album encik  google lah . . apa je  lah.. hehehe. . .  orang macam ni memang sentiasa nak yg terhebat dalam hidupnya ! awal-awal saya dah bagi tahu wajah saya tak se'handsome'  wajah dia ! heeee . . . apa nak kecohkan lagi kan ??

ada juga yg menjadi keliru ,apakah cik Lyenda Nur ini lelaki ? 2 alam ? alahai . .  mengapa kah sejauh itu tanggapan awak untuk diri saya ni . . oh sampainya hatimu . . . hahaha . . its ok la  , janji awak tak kata saya mahluk asing sudah la  ...

orang yg rapat dengan saya sahaja yg tahu siapa diri saya yg sebenarnya kerana dia je yg pernah dengar suara saya , dia je yg tau bagaimanakah rupa saya , dan hanya dia je yg tau nombor telephone saya yg kurang digunakan itu  . . lahai . .  sorry betry kong ! haha

awak . . .  yg peliknya walau pun tak pernah mendengar suara saya , mahu pun berdepan dengan saya , sejujurnya ada juga insan yg sudi melamar saya menjadi teman hidupnya ! pelik tapi benar . .

kemushkilan disini , tidakkah dia tak terfikir jika  . . .
saya seorang yg tidak baik mungkin . .
seorang yg kurang upaya (OKU) mungkin...
seorang yg tidak menarik peribadinya mungkin . .
seorang penjenayah mungkin. .
seorang kaki pukol mungkin  .
seorang bomoh haram . . hahaha
seorang tukang urut kelas VVIP !? hahaha selisih !

emmm  . .   tolong lah awak . . jika awak mahu mencari pasangan hidup  ,silalah cari didunia reality awak tu ,jangan mencari didunia maya ni , ianya sungguh merbahaya  !!! ye sekali lagi diulangi. . .sangat sangat merbahaya untuk masa depan awak . .  sila ambil kira kata-kata saya ini . . . 

Comments