YG SEBENARNYA . . .

dengarkan luahan hati saya waktu  ni  . . .




awak . .
ingat tak lagi masa kita mula kenal dulu ? dengan jarak usia kita yg sikit berbeza saya suruh awak panggil saya 'kakak'  . . .namun kata awak oleh kerana hanya sedikit je jaraknya tak perlu lah nak protokol sangat  . .ye  . .saya akur . .

ingatkah awak waktu tu kita masih lagi hanya kawan siber  . . .just balas - balas masage . . balas -balas komen dan balas-balas like .awak yg masih lagi belajar  jarang sangat saya ganggu namun private masage dari awak buat saya sering rasa nak bersembang dengan awak bila free .

masuk bulan yg ke tiga dengan kejujuran yg awak tunjuk dan dengan sikap awak yg lebih pentingkan agama dari napsu . .saya boleh rapat dengan awak . saya  boleh akur bila awak melarang gambar-gambar tidak menutup aurat saya guna sebagai dp muka buku saya  . .ye saya akur malahan saya siap berpesan jika saya buat silap sila tegur sebab kadang -kadang kesilapan orang kita nampak ,tapi silap sendiri kita tak perasan . . dan awak kata boleh je  .  :)

saya tak suka tunjuk gambar saya kat kawan-kawan muka buku !!
saya tak suka bagi nombor phone saya kat kawan-kawan muka buku!!

yang pelik ! saya boleh bagi awak tengok wajah saya  ! saya bagi awak nombor handphone saya ! untuk apakah ?? aah saya pun tak tau untuk apa . . yg jelas awak memang nak tau sebab awak kata ianya penting untuk awak bila awak 'rindu ' . . oomenn . . .

saya ingat lagi  . .saya pernah pesan kat awak ,jangan pernah jerat saya dengan apa-apa jua perasaan . . saya dah serik ..cukuplah sekadar persahabatn yg sedia ada . . namun kata awak . . .  tolong beri awak peluang . . saya yg masih degil menolak keras atas alasan awak lebih muda dari saya  .!!

hari demi hari berlalu . . suara awak sering menemani malam sepi saya . .gelak awak sentiasa kedengaran di corong handphone saya  . .usikkan awak. . sehinggakan saya lupa siapa diri saya yg sebenarnya  . .

ye awak . . saya lupa yg saya lebih tua dari awak . .  saya ada prinsip yg merantai diri saya  . saya bukan kaki gayut tapi kalau sembang dgn awak tak cukup 1 jam tak lengkap !! yg jelas kerana awak saya lupa DIRI !!!! saya lupa derita saya sebelum ni saya lupa sakit yg saya  hadapi !! saya lupa segalanya hanya sebab 'baiknya' awak terhadap saya .  .dan yg paling saya tabik spring kat awak . .''awak sorang yg jujur '' . .

saya takkan pernah lupa bila saya pesankan jangan cuba menyintai saya kerana saya tak bersedia untuk itu ,cukuplah sekadar menyayangi saya seadanya dan saya pun akan buat begitu kat awak . dan saya tak sanggup menanggung risikonya nanti bila kita bersama . alasan saya lebih tua dari awak . .

tapi apa kata awak !! kenapa tak boleh menyinta  ?? apakah sebab usia  ???  jangankan jarak 3 tahun jarak 30 tahun pun awak sanggup tunggu saya dan sanggup menyintai saya ..yg penting saya bukan isteri orang  .  . kata awak lagi  . . .
 

''kenapa tak nak mencuba dulu  ? kenapa cepat nak mengalah ??  saya sayang awak . .please paham niat saya ni . .saya akan tunggu . . kita tak perlu tergesa-gesa ,kita jalinkan cinta ni perlahan-lahan . .sebab saya dah cinta kan awak sekarang .  . please . . .  ''

awak  merayu saya dan awak juga seperti tak terima alasan saya kan waktu itu . . .

ye awak  . . awak lah orang yg menarik saya kejurang percintaan itu  . . awak yg bersungguh-sungguh membawa saya hanyut bersama awak dalam arus percintaan dan saya terjerat awak !! dunia saya berubah sekelip mata ! saya bukan saya yg dulu !! saya telah 'jatuh cinta kat awak' hanya kerana kejujuran hati awak untuk menyintai saya  . .  ! hati saya yg dah beku beberapa bulan yg lalu tu awak dah cairkan dengan kata-kata awak tu . . .  akhirnya saya akur  . . .awaklah milik saya  ''sayang'' . . .

 

siang saya hanya awak
malam saya hanya awak
tidur saya hanya awak
makan saya hanya awak
rindu saya hanya untuk awak
gelak saya ,tangis saya kerana awak
awaklah segalanya bagi saya

awak lah pemadam segala duka saya yg selamani menghantui jiwa saya . . . kesedihan awak kesedihan saya juga. . tapi tu dulu  . . .


ye segalanya berubah sekelip mata !!! selepas awak kembali kepangkuan keluarga   . . dalam cuti semesta ini sesuatu telah berlaku pada diri awak . . tiada lagi suara manja awak tu . .tiada lagi text gurau awak tu . .malahan kehadiran  text yg mengejutkan telah saya terima dari awak. . kata awak ,  awak takde mood untuk semuanya ,awak ada masalah disini . .  awak tak sihat so saya kena beri awak masa untuk mencari penyelesaian . .  .dan saya kata  . . ok . .take your time . .  .

hari demi hari berlalu  .  . dan kini hampir 2 minggu awak hilang . .  .kehilangan yg dapat saya kesan sebenarnya  . . . tapi saya tak mampu menghampiri kerana saya tak nak awak merasa terganggu oleh kehadiran saya  . . . dan hari ini saya sudah pun membuat satu keputusan  . .memang nampak kejam tapi saya ikhlas . .keputusan ini ialah pekara yg telah beberapa hari saya fikirkan ...demi kebahagiaan awak dan saya juga . .

sayang  . . .  dengan lafas Bismillah hirrohmannirrahim . . .  . ''SAYA LEPASKAN AWAK DARI DUNIA RASA CINTA SAYA  DAN SILA LUPAKAN SAYA UNTUK SELAMA-LAMANYA'' itulah keputusan saya akhirnya . .


ye awak . . pulangkan hati saya yg awak dah ambil dulu kerana sekarang ni hati saya dah terasa kosong sejak beberapa harini . . apa yg saya harapkan . . .ampunkan segala salah silap saya ,dosa-dosa saya pada awak , halalkan rasa cinta saya yg pernah saya beri kat awak dan halalkan juga rasa cinta awak yg telah merantai jiwa saya sikit masa dulu. dan kini awak bebas dari jalan hidup saya dan saya bebas dari kekusutan kehidupan awak tu . .  good luck sayang . .  .izinkan saya menyayangi awak dari kejauhan ini . . . *mungkin ini yg terbaik*





  i ll miss u  .  . .

Comments

Anonymous said…
ohh bru ku tahu knapa smkin dingin,,,
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.