KECURANGAN ITU PEREMPUAN ?



Assalammualaikum awak . .  menarik kan tajuk ni . . . tapi kenapa dituju kepada kaum perempuan sahaja ? kenapa tidak cari punca kecurangan itu berlaku dahulu ? sebagai manusia yang diberi akal dan fikiran yang waras ,kita hendaklah terlebih awal mencari bukti dan punca sesuatu kejadian itu terjadi . maka selepas di yakini maka barulah di sebarkan pada pengetahuan umum . jangan menghukum pada sebelah pihak sahaja .

saya tak salahkan sesiapa jika kecurangan terjadi dalam satu pasangan itu . kerana dalam hal sebegini kita kena fikir bahawa manusia memang tidak sempurna 100% , cumanya janganlah di tunding jari ke pada perempuan saja ,itu sangat tidak adil !

kenapa saya kata begitu ?
~ jika lelaki bijak melayan perempuannya maka mustahil dia berubah hati sebabnya perempuan ni mengada sikit , dia perlukan  kasih sayang , kemesraan , perhatian dan kata-kata manis dari insan yg dia sayang bukanya muka yg ketat setiap masa, bukan suara yang keras bila ditanya , bukan ayat-ayat yang kasar bila dikeluarkan . perempuan sangat lembut nalurinya walaupun tingkah lakunya kasar ! seriously  saya cakap sebab saya pun perempuan dan saya sangat memahami perempuan . kan girls kan ??  ^_^

perempuan yang setia  tidak  memerlukan lambakkan wang berjuta  atau perhiasan intan permata di tubuhnya atau pun kemewahan dalam kehidupannya . . .  cukuplah jika lelaki pujaannya kaya dengan kasih sayang dan tanggungjawab  maka dia ( perempuan ) akan setia hingga ke hujung nyawanya  . . itu yg pasti . .  .

Comments