BICARA HATI SEORANG TEMAN

As salammualaikum

hai awak . . pernah tak awak terfikir bagaimana perasaan seorang kawan bila seorang kawannya yang lain mengadu yg dia sedang kecewa , dia lemah , dia sakit merana kerana dikecewakan . . .

harini saya didatangi seorang kawan laman muka buku yg dah lama tidak menghubungi saya . selepas antara kami ada sedikit salah paham . dia marah sangat dengan saya sehingga sanggup 'remove' saya dari senarai teman-teman fb nya . namun disebabkan jiwa nya yg kosong saat ni ,DIA MENCARI SAYA SEMULA untuk meluahkan isihatinya dengan menghantar pesanan ke inbox fb saya  .

dia lelaki ! dia berjiwa kuat sebelum ni ! namun disebabkan perempuan dan naluri kasih sayang dia yg kuat terhadap kekasihnya ! kali ini dia tewas dengan perasaannya sendiri ! kesian . .  ketika saya membalas semua texts dari dia ,tiba-tiba hati saya jadi sebak dan air mata perlahan-lahan mengalir dipipi saya ni , sakitnya bila dikecewakan dan saya pernah alami detik itu . . .  ergh . . . namun dalam selamba saya sempat menasihati dia ( seorang lelaki yg layak saya panggil  adik  ) kata saya :

fikirlah apa tujuan awak ke kolej tu , ingatlah kedua ibu dan bapa awak ,jadikan mereka pemangkin untuk semangat awak yg dah hilang , jangan di kenang pada cinta yg semalam , dia hanyalah pinjaman Allah buat awak dan barang yg di pinjam tak pernah  kekal lama . . . banyakkan berdoa supaya Allah beri yg terbaik untuk awak . dan balas dia . . ye aku  tengah cuba la ni , tapi aku  terlalu lemah kerana ( ex - gf ) aku berada di kolej yg sama dan aku akan jumpa dia hari-hari  . . .

saya :  adeh . . . tak dapek den nak nolong eaaa  . . . . 

sebab situasi ini pernah saya alami sikit waktu dahulu , cuma saya tak anggap itu pemusnah ,malahan pada saya dikecewakan itu adalah satu alasan untuk saya bangkit bangun dari dunia percintaan yg melekakan !



sebenarnya saya nak adik tu lupakan benda yg buat dia sakit ,saya nak dia happy disepanjang waktu remajanya ,saya tak nak dia hanyut dengan perasaan kecewanya yg berpanjangan . walaupun dia bukan adik saya ,tapi pada saya sebagai muslim yg sama agama ,saya ,dia harus muhasabah diri iaitu semua yg belaku adalah takdir dan inilah yg dinamakan kehidupan .

ada kala kita berjaya dalam hidup ,ada masa kita kecundang ,tapi tiap kejayaan itu wajib disyukuri dan tiap kegagalan itu ada hikmah nya . . . waAllah hualam...Allah je yg Maha mengetahuinya . . .

Comments