MAKIN MENYUSAHKAN JIWA

salam rindu diangin lalu . . .

angin malam ni hangat buat saya . tak tahulah angin hangat ke hati saya yang hanget ! nilah manusia ,tak ada angin,tak ada ribut tetiba terus hancur ! aik?? lain macam je ayat ... heee tu mukaddimah je tu !

ok fine ! harini ,malam tadi rata -rata peminat bola mengadaptasi pelbagai cerita buruk tentang bola sepak tanah air ! yang kadang kala macam tak masuk akal langsung !

saya boleh katakan adat la tu , tu lah sukan namanya JIKA  . . . .ye jika penyokong bola sepak tu adalah terdiri dari kanak-kanak sekolah rendah ! yang belum pun bersunat / berkhatan ! belum baligh ,tak tahu mana dosa dan mana pahala lagi, mana baik ,mana buruk nya !

tetapi malangnya rata-rata penyokong yang datang adalah orang dewasa ! yang sudah pun baligh , sudah berakal mustahil mereka belum berkhatan pulakkan ?? ye dak ?? tapi apa dah jadi ??pekara yang  amat memalukan ! rata-rata penyokong macam otak dilutut ! cakap sesedap rasa je , tak pernah nak jaga perasaan orang ! macam dia pulak yang main ! aah kecewa !

kalau di laman sosial tu ,beratus ribu status berkaitan bola sepak adalah status yang negetif ! rata-rata suka sangat menaip ayat yang memburukkan diri sendiri sebenarnya . apa tidaknya bila dia mencarut pelbagai perkataan menjadi ayat hot ! maka secara tak langsung orang lain akan berkata ..

 lahai teruknya minda budak ni . . . pasal bola dia jadi gini , muka elok, perangai pulak teruk!!

kan . ..tak memasal dah kena gosip hati . . . kalau peristiwa yang lepas-lepas tu kira sudah berlaku makanya abaikan je lah . benda dah lepas dan terlepas macamana nak panggil balik semula ,bukannya video boleh di tengok berulang-ulang ,tapi ia adalah kejadian yang berlaku secara langsung ! perkara yang tidak diduga atau dirancang pun kan ?

ok fine ! cakap atas dasar orang dewasa la ye ... jika awak peminat bola ,awak sayangkan team awak , awak sayangkan nama baik bangsa awak , berfikiran matanglah ye kerana tak rugi pun . menang ke kalah ke tu la adat bermain ! yang bukan adat bermain ialah :

provokasi !
baling batu !
merusuh !
membunuh !
fitnah ,kutuk mengutuk secara  tak sihat !
menimbulkan kontroversi sesama penyokong !
bakar suar !
bakar mercun !
mengeluarkan video yg berunsur fitnah !

ahh ada banyak lagi tapi saya tak mampu menaipkannya kerana ianya bukan melambangkan budaya orang timur amnya dan jugak bukan menunjukkan budaya orang islam khasnya ! paling kesian lagi , antara punca pergaduhan penyokong-penyokong ialah dari status-status hot dari admin page-page sukan yang bergerak aktif di laman sosial ketika ni .padahal mereka tu hanya menarik banyak like atau banyak komen je ! bukan pun ada keuntungan untuk penyookong pun sebenarnya . . .

yang peliknya  kenapa mereka tidak mengambil tindakan yang sewajarnya keatas page-page yang dibuat hanya untuk mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan sukan tanah air ini huru hara ??yang jugak menyebabkan ramai orang melayu menghina melayu,menghina agama,menghina pemimpinnya ,menghina sultannya !!!

mana kah perginya kaki-kaki hacker yg kononnya lebih  pentingkan keislaman di dunia siber ini ?? apakah mereka jugak turut sama membahan penyokong-penyokong yg akhlak ciput tu ??? sedih sunggguh ! secara realitynya benda yg tidak baik ni memang ramai pengikutnya sedangkan benda yang baik tu ,ramai yg teragak-agak nak mengikutnya ...

sejujurnya saya orang johor ! namun semakin hari saya semakin hilang hormat kepada penyokong - penyokong setia JDT tu ! bukan sebab saya lalang tapi sebab saya tak tahan dengan ayat-ayat power mereka yang kadang-kadang buat saya sendiri terasa !

awak . .  lepas game , pemain yg keletihan tu sedang elok je berbaik semula sesama mereka ,bersalaman ,dan cukup bulan mereka diberi habuan sebagai  imbuhan kelincahan mereka ketika dipadang ,sedangkan awak semua ???? fuck sana ! fuck sini ! hate sana ! hate sini ! maki orang tu ! maki orang ni !! bergaduh tak habis-habis !! berpuak-puak ! macam kiblat masing-masing tu berlainan je kan ! tapi sampai bila ??

dibawah ni ialah antara risiko dan dalang-dalang pecetus teruknya bola dimalaysia ! bukan nak mengaibkan sesiapa tapi jadikan lah ianya sebagai iktibar untuk diri sendiri atas kekejaman peminat bola yang keterlaluan :


Photo: "KERATAN AKHBAR HARI INI"

Hebat ayat kosmo pakai.....
salah satu batu api !

Photo: KAMI HANYALAH PENYOKONG PASUKAN BIASA

"Kami hanyalah penyokong kepada sebuah pasukan biasa. Bukanlah sebuah pasukan penyandang juara. Bukan juga pasukan bintang. Pasukan kami berada di atas hala tuju jangka panjang dari seorang yang berpandangan jauh iaitu DYAM Tunku Mahkota Johor.

Oleh itu, kami dari kalangan penyokong juga melakukan perubahan demi pasukan kami sepertimana permintaan dan hasrat DYAM Tunku Presiden Bolasepak pasukan kami.

Ampunkanlah segala kesalahan kami, ampunkanlah segala kebencian kepada kami, dendam antara kami. Kami datang hanya dengan satu suara perpaduan untuk semua demi menyokong bolasepak Malaysia.

Hari ini 8hb Februari 2014 lewat jam 3.30pg. Dukacita kami tadahkan dengan apa yang berlaku, kepada Allah kami berserah."
memang perlu di akhiri begini ?

Photo: "CERITA DI LUAR BALAI"

"Suasana masih panas...walaupun kitaorg kt dlm balai, penyokong pahang masih tunggu kt dpn balai"
-Penyokong tegar johor-
balai polis dapat beri penyelesaian kah ?

 Photo: "HUJAN BATU 2014"

Suasana di luar Stadium Darul Makmur selepas pertemuan antara Pahang dan JDT tegang sehingga menyebabkan penyokong JDT cedera dibaling objek keras. 
FOTO Nazirul Roslan
ini bukan sekali ,malahan berkali- kali

Photo: Mat Motor beramai2 keroyok bas penyokong JDT..
Padahnye..?!
Terhimpit sesama sendiri dan masuk bwh bas..
Maaf, info kurang tepat.. Allahualam. 
Kalaulah benar bagai dikata.. Fikirlah sendiri!
Cuma bola aje pun!
sadis ,niat nak jadi hero tapi jadi mangsa ! katanya dia telah dipukul . .waallahhualam   . . .*saya tiada ditempat kejadian *

awak . . .TMJ bukan mahukan pasukan bola sepaknya jadi begini . namun dia mahu negeri johor dikenali dengan bermaruah dalam bola sepak ,bukan benda-benda mengarut semua ni ! yang diluar sana siapa pun awak sokong hormatlah penyokong orang lain juga kerana tak kemana pun harga sebijik bola dan sekeping tiket dan sebuah piala  tu jika dibandingkan dengan nilai sebuah nyawa dan harga maruah diri  . . .

merah biru tetap dihati ,
maruah negeri tetap dihormati ,
niat TMJ tetap disanjung tinggi,
jagalah nama baik pasukan kita JDT !

ALLAH SELAMAT KAN KALIAN penyokong bola sepak tanah air ku. . .. aaaminnn ~


Comments