TEMAN BARU

Selamat Malam bulanku

malam ni tak mampu nak meroyan di muka buku . letih sangat-sangat minda ni . nampaknya sekarang mood saya tak lagi seceria sebelum ni .al maklum umur pun dah nak masuk 24 tahun . takkan nak mengedik pulak kat alam maya tu lagi kan. lainlah kalau adik-adik belasan tahun , mereka tu masih layak lagi kot rasanya mengedik ! ceh . . . .  ayat orang takde mood ni tau heee

baru-baru ni muka buku saya telah menambah lagi rakan . tetapi kali ni permintaan rakan bukan datangnya dari kalangan adik-adik sekolah  tetapi ada ayah orang ,ada datuk orang ,ada nenek orang dan ada kekasih orang . kebanyakkannya blogger-blogger semalaya dan  lebih berumur dari saya .

awak . . .  bagus juga bercampur dengan orang tua ni .selain saya kena jaga tutur kata , jaga adab bila memberi komen ,saya juga kena hati-hati agar ayat komen dan status saya tidak membuat mereka tersalah sangka atau mungkin mereka  tidak paham dan memberi andaian yg berbeza pula. tak rugi menghormati orang yg lebih tua dari kita sebenarnya .

siapa pun mereka ,mereka tetap teman siber saya ,yg akan sentiasa memantau disetiap tutur kata adik-adik dibawahnya . menasihati , memberi pandangan dan bergurau . apa yg saya harapkan kenalan-kenalan saya yg baru ni dapat mengenali siapa diri saya yg sebenar . . . insya ALLAH .

Comments