Posts

Showing posts from March, 2014

KEHILANGAN

Image
bila petang macam ni ,time orang semua sedang menjalankan aktiviti memasing . .  terasa sunyi je bilik anak dara saya ni . ..  cicak  berjalan  pun saya boleh dengar ! apa lagi cicak jatuh kelepek atas lantai , lagilah bergema bunyinya  . .hmmm . . . sunyi nyeeee .

nak tidur rasanya mata saya dah kenyang asik ditala dengan tidur yg memanjang sejak saya demam ni . ahhh . .malam nanti tidur lagi  . . .  makan ? selera dah tertutup  . . . usha bujang sebelah ? aah . . .langsung takde selera apa-apa dah ni . . kesian kan . ni semua sebab terlalu  banyak makan ubat melembut kan urat yg doktor beri hari tu gaknya . . bila saya mengadu kat doktor kesayangan saya tu yg badan saya sakit-sakit  , tup-tup bila dikaunter ambil ubat ,dia siap bagi ubat pelembut urat! haha agaknya urat saya dah keras ke  selama ni ?? ke. . hati saya yg dah makin keras ? emm . .ntahla awak . . .

yang  saya perasaan , sejak akhir-akhirini . .entri saya asik nak kenakan orang jek ,padahal saya bukan la sempurna sanga…

BENAR TAK TIPU

Image
hai awak . .
sekarang ni zaman orang dah tak malu untuk tangkap gambar sendiri ! kenapa saya cakap macam tu ?  tepuk meja ,tanya lah kerusi ! siapa yg malu-malu lagi untuk ber' selfie' ?  hahaha tanya lah sesiapa jek ,pasti dalam handphone dia full dengan wajah sendiri ! hok tino, hok jate ,serupo sokmo !  anak dara ,anak teruna ,mak orang ,bapak orang , hampir dikata kan seluruh penduduk dunia ni dah tak rasa malu untuk bergambar !




kalau zaman dulu-dulu , ada yg malu -malu untuk diajak bergambar . serious saya cakap ,siap main tarik -tarik tangan lagi bila diajak bergambar ,alasannya malu ! tapi sekarang . . . amek kaw ~ tak suruh dah posing maut kehkehkeh . apa pedulik nikan wajah aku ,ko pe sibuk ! lahai . . .

walau bagaimana pun awak,saya masih lagi malu untuk mempersembahkan wajah saya dimana-mana media sosial ni ,kalau ada pun just sekali sekala jek tu pun kat blog kesayangan saya ni jek  ,lepas tu tukar dah  . . .ehem2. . saya kan pemalu orangnya . . . .hik3




PUTERI RESAH

Image
salam seindah suria buat awak . . .

bila cuaca kerap melampau ,kejap terlalu panas,kejap terlalu sejuk ,sejak akhir-akhir ini ,manusia yg berantibodi kurang berkualiti macam saya akan mudah diserang demam . minggu ni saya telah diserang demam  selsema dan sedikit batuk  . walau bagaimana pun batuk saya sudah pun beransur pulih setelah saya minum sepaket ENO semalam . Alhamdulillah .  tak perlulah saya minum ubat batuk yg mengantukkan saya tu lagi .

kata orang jangan menyalahkan cuaca kerana itu bermakna kita tidak bersyukur dengan kejadian Allah . ye saya tau akan itu  ,tetapi sejujurnya saya memang kalah bila situasi cuaca yg kerap bertukar-tukar ni  ,  almaklum lah kan , saya ni  kan puteri musim durian *bukan puteri musim salji  tau hehehe

setelah berjumpa doktor kesayangan saya  hari jumaat lalu ,seperti biasa doktor berpesan-pesanlah kepada saya iaitu katanya duhai cik Lyenda yg manja lagi cute ~ . . . . . * yarckkkk . . . (loye) anda  . . .

jangan banyak berfikir yg bukan2 ye . …

JIRANKU ,JIRANMU JUA

Entahlah apa dah jadi dengan saya harini . . .

dah sedap marah adik sendiri  , lepastu marah  line yg curang ,kemudian marah pulak anak jiran yg dok memekak dengan bunyi alarm kereta bapak dia !

saya pelik jugak family jiran saya tu tau . keluarga dia semua boleh dikatakan 'orang surau' tapi yg menghairankan urusan dia sekeluarga dengan jiran tetangga sangat tidak memuaskan !

kalau kata bunyi alarm kereta ditengah malam ( dalam jam 3am,4am ) tu dah kira selalu jugak lah . dah la rumah kitaorang ni dekat-dekat, bunyi hon avanza bukannya pelahan ! orang lain tengah syok tidur ,tetiba dikejutkan dengan bunyi hon ! dah tu  bukan nya sekejap ,makan 7-8 minit jugak ! adoi . . . mau je saya lemparkan mercon bola kat rumah dia time tu ,tapi . . .saya masih waras ok  . .  sabar tie . .sabar . . . hee

baru-baru ni keluarga dia ada renoved rumah  . ok dah siap tapi kalau awak nak tau rumah dia dah cantik tapi rumah jiran sebelah nya tu penuh dengan saki baki kayu-kayu masa pembikinan t…

BERCAKAP DGN DINDING

Image
awak . . .
kalau saya marah awak kali ni , awak dah tahu melawan kan . saya sebut sepatah ,awak balas berpatah-patah . saya diam ,awak masih lagi bersunggut . malahan awak boleh cakap yg saya tak sayang awak !!

kalau awak lelaki saya tak hairan  ,awak perempuan ! awak keluar dari lepas zohor ,awak balik lepas isyak ! saya yg izinkan awak keluar ! Kalau saya tak benarkan nanti awak merajuk ! kurung diri dalam bilik ,tak mahu makan ,tak mahu bercakap dgn semua orang ,dan bila awak keluar pulak  , saya yg menanggung risikonya ! ye risiko keselamatan awak ! risiko dosa awak  (kalau awak ada buat maksiat diluar sana) awak  . .dosa saya tak tertanggung lagi  ni awak ,lepastu dosa awak pulak saya nak tanggung ?

tahu ke awak marah tu tandanya saya sayang awak ?? ye sebab tu saya kena marah awak hari-hari kalau awak ada buat silap supaya esok-esok kesilapan awak tu tak makan diri awak sendiri ! kalau dah terkena musibah ,bukan awak sorang yg merasanya ,saya pun turut menanggung sama !

kadang …

DAJJAL !

Image
selamat pagi awak . . .
pepagi lagi saya dah ronda muka buku ni  ,sambil menikmati secawan nestcafe bersama sepinggan  nasi goreng dan seketul ayam goreng mmm . . .nikmat , syukur alhmdulillah rezeki Allah bagi . .

sedang meninjau-ninjau muka buku tetiba terjumpa  satu petikkan  yg menarik ,yg kerap sangat disebut sejak akhir-akhir ini ,iaitu kisah si Dajjal ! nak kenal Dajjal ??

Fizikal Dajjal Rasulullah saw bersabda:
‘Sesungguhnya Al-Masih Ad-Dajjal seorang laki-laki pendek, berkaki bengkok, keriting rambutnya, buta sebelah matanya, dan matanya kabur tidak menonjol dan tidak juga cekung, jika ia memperdayai kalian maka ketahuilah bahwa Tuhan kalian tidaklah buta sebelah’[Shahih. HR. Ahmad 23144, Abu Dawud 4320]

dan Rasulullah saw bersabda:
“Sesungguhnya sebelum keluarnya Dajjal adalah tempoh  waktu tiga tahun yang sangat sulit, dimana pada waktu itu manusia akan ditimpa oleh kelaparan yang sangat. Allah memerintahkan kepada langit pada tahun pertama darinya untuk menahan 1/3 dari huja…

DOAKU

hai awak .  .  .
pepagi jumaat ni paling best buat ialah berangan ! ye . . . saya sedang beranganlah ni ! berangan nak cipta alat yg boleh mengesan orang hilang . . . .tapi kompem tak boleh kan . .hmmm . .

kalau sebelum ni hari-hari tengok tv  sebab nak tau kes HM 370 tapi bila rasa berita yg makin diterima tu macam tak masuk akal ,makanya mood dah tak bernafsu nak tengok tv !yang peliknya naluri saya memang degil mengatakan semua penumpang dan anak kapal masih selamat ! pelik betul lah saya ni kan . . .  hari-hari saya mendoakan mohon keajaiban untuk keluarga mangsa MH 370 tu ! saya nak mereka ditemukan dengan ahli keluarga mereka !!

ya Allah . . . . bantulah kami yg tak tahu apa-apa ini . . kasihanilah ahli keluarga mereka yg setia menanti kepulangan mereka .

Lautan Hindi . . . kalau benar mereka diperut kamu  ,buktikanlah . . .kami tak sanggup menunggu dan menunggu  . jiwa kami makin kosong , minda kami jadi makin serabut dengan berbagai infomasi yg kami perolehi ditv tu !! kami se…

CAKAP SENGAL TAK NGAKU

Awak . .oo Awak . . .
dalam hidup awak selama ni  ,pernahkah awak berada disituasi yg serba salah . kalau takde maknanya awak bukanlah seorang yg normal  . haha paranormal barangkali !! eleh manusia sering le  mengalami situasi macam ni . . .  lebih-lebih lagi pada awek  yg  comel-comel gitu  a.k.a Lyenda nur   . . .heeeee ~

ok fine ! sejujurnya saya sering didatangi situasi begitu . nak dijadikan cerita pernah dalam satu masa saya didatangi dengan dua (2) lamaran ,tapi bukan lamaran orang tau ,ianya lamaran kerja . mula-mula tu blur la sikit sebab kerja tu saya yg mengada nak mohon .jawatannya ialah setiausaha dan satu lagi  cikgu taska, tapi dengan berkat perbincangan dengan orang lama ( mama saya la sape lagi ) makanya terlerailah masalah . dan saya hanya pilih satu je kerjanya iaitu' cikgu taska ' ehem . . . . kenapa saya pilih cikgu taska  bukan setiausaha ?

sebabnya : cikgu taska dikelilingi dengan budak-budak , manakala setiausaha pula dikelilingi bapak-bapak  budak ! h…

KEKADANG MEMANG GINI

Assalammualaikum awak . . .

betul kata orang detik hati memang tepat ,cumanya kadang- kadang kita yg mengada untuk menafikannya . hari ni saya online kejap sementara menunggu giliran menunaikan solat zohor , maklumlah kan budak-budak ni kalau tak de yg pantau nanti ke bulan dia orang boleh pergi ! anak orang ni  tanggung jawap kami . kami nilah sebagai pendidik mereka .menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka , perangai mereka dan semua untuk mereka semata-mata . . .
amanah tu  oii . . .

sedang syok melayan komen member Sabahan dan Pahangan ,tetiba someone dok pm saya  . .

lahai  . . .kata busy . . . *detik hati saya masa tu*

ok . . .dia memang busy katanya . . well , its ok pada saya  . . dan  saya hanya mampu menjawap beberapa pertanyaan dari dia dan yg pelik macam ada benda yg nak saya katakan kat dia tapi saya boleh pulak hanya taip   . . . .  ^_^ <~ tak tau nak taip ape . .padahal  ade !!!! dan bila dah rilex macam ni saya  akan ingat yg saya . . .saya nak kata yg saya . .…

TAKDE KERJA

amboi korang  . .  .
teruk bebeno ekk tuan blog ni korang sangka-sangkakan ,baru nak belajar berjari celupar korang dah rajin-rajin block  idea saya ! hahaha lantak korang lah  ! janji saya ada simpan lagi draf tu dan ianya akan kekal disitu ! *buat kenangan terindah*

hari ni takde selera pulak otak ni  nak mengumpat orang  ,so harini saya nak beritahu saya akan buat satu status sebelum tiap kali saya offline muka buku tu ! tetapi status saya tu akan saya ambil dari komen-komen hebat hamba-hamba Allah yg bermuka buku ni !

dan ayat tu akan saya pilih dari page-page yg  hot ! kawan-kawan yg hot ! status-status yg hot ! bak kata orang segala bapak hot ianya akan diterjah oleh cik Lyenda la ni ye .

awak nak tahu tujuannya saya buat macam tu ?
saya sengaja nak orang tahu bahawa kadang-kadang kita fikir orang yg tak punya apa-apa ni tak tau nak buat apa-apa ,tapi sebenarnya mereka tu mempunyai  idea yg lebih power dari kita .! *tabik spring !!

SOALAN & JAWAPAN

KENAPA . . .

kenapa orang yg setia selalu jumpanya orang yg curang?
kenapa orang yg baik selalu jumpanya orang yg nakal ?
kenapa orang yg jujur selalu jumpanya orang yg penipu ?

JAWAPANNYA MUDAH JE :

itu semua dugaan bagi orang yg berniat baik pada orang lain ,dan itu jugak adalah antara takdir untuk seseorang .

TUJUANNYA?

menambahkan lagi pahala pada tiap perbuatan yg dimana dia tetap sabar dan terus bersabar . sesungguhnya dengan banyak bersabar tu ,tandanya dia sudah pun memiliki separuh dari iman . . alhamdulillah

TERUK PUNYA PERANGAI

yes ! seluruh alam sudah mengatakah bahawa semestinya riak itu perangai yg keji ! tapi ramai yg suka menunjuk-nunjuk apa yg dia miliki semata-mata nak orang tau yg benda tu dia yg punya !  ok fine !
saya ada kereta yg vorge !
saya ada rumah yg awesome !
saya ada  kerja yg best !
saya ada kawan yg superstar !
saya ada kekasih  yg wow !
emm. . dan macam-macam lah yg nak dikongsikan dengan teman-temannya tu . . . cik Lyenda riak  ?? emmm . . .jap fikir jap .  . .sometime kot  . . .petang ni cik Lyenda sengaja meriak kan diri untuk mendapat respond dari kawan-kawan muka buku tu . apatah tanggapan mereka kat cik Lyenda nur ni kan  . .  hehehe biarlah . .  yg saya tau mereka tau yg saya ada benda tu sekarang ni . . .  lahai . . .dasyat sungguh tuan blog ni ekk !!! nak tau teruk ke saya ,marile masuk link  ni CIK Lyenda yg teruk !!!

post tu ialah dengan niat sengaja menunjuk-nunjuk !! hahahaha mengong*. . . .  .

SPOTCHECK

Assalammualaikum . .hai . . .perut dah kenyang hati banyak senang kan ? alhamdulillah rezki Allah bagi so terima lah nikmat yg diberi tu agar esok akan ditambah lagi rezkinya  . awak dah makan ? kerja tu kerja jugak awak ,makan tu kena teratur jadualnya baru rare. . ni kalau bulan tak puasa  awak abaikan time makan ,tapi bila bulan puasa ,awak selalu adjust time makan hehehe . . maafkan saya ~

petang ni saya free . . . semua kerja sudah settle , so masa yg ada tu saya gunakan untuk meroyan ! tapi kali ni bukan nak meroyan tapi nak cakap yg . . .

tetiba harini saya ' termenyampah' kat seseorang , ter ok bukan sengaja  . .dia seorang kawan blogger yg meletop-letop kot sekarang ni ,tapi rasanya dia ni bajet sikit la , pada kawan-kawan yg bukan kamcing dengan dia pasti dia akan delete komen-komen nya ,yg tinggal cuma komen kawan-kawan yg  kamcing nya jek  .watdepak?? sedarkah dia kawan-kawan yg tak kamcing tu yg buat dia meletop ? the followers tu ? aaah perasaan saya je barangkal…

BIAR KAN BERLALU

Image
hai awak  . . selamat pagi !
hari ni saya harap menjadi hari yg lebih baik dari semalam  sebab semalam tu mood saya down gilerr ! aah lupakan semalam kan . hari ni yg harus diteruskan ! ye nekadnya saya kali ni !!

khabar MH370 dah pun diterima ,walaupun tiada apa-apa yg dijumpai ianya tetap dikatakan disitu so ,takleh nak buat apa lagi dah terima je yg semuanya berakhir disitu . . namun saya akan terus berdoa agar Allah beri keajaiban untuk semua penumpang dan penyelamat ! saya turut berharap agar ada khabar gembira buat ahli keluarga selagi tiada apa-apa bukti yg timbul dari dasar laut hindi tu . . .* Ye ,itulah harapan saya ..

aaminnn . . .

harini pulak ,member saya yg buat saya tak puas hati semalam tu dah tukar number handphone dia ! ok satu lagi masalah saya sudah selesai !  alhamdulillah . . harap dia takkan call saya lagi semata -mata nak mop lantai rumah dan suruh saya jaga anak dia . . huhu saya bukan tak mahu tolong kawan ,tapi kalau benda remeh camtu dia dah minta tolong ka…

JIMMY OH JIMMY

angin meroyan sampai dah ni . . .tak cukup 2 ni tambah lagi 1 more story to share . . lantak la janji tak kacau orang . . .  dimuka buku saya tu ,kalau nak kata manusia yg bernama lelaki tu memang hampir 3/4% berada disenarai friendlist saya . .peh bayangkan lah ramai tu . .  bila dah ramai tu , makanya banyaklah ragamnya .


bila sebut ragam , saya ada seorang kawan fb yg sering membuat komen yg agak mencurigakan orang lain . . nama dia  Abang Jimmy Jafrul *klik sini* kalau awak nak kenal sape tu Jimmy !

dia kalau bina ayat komen kat status saya memang sangat berani , tanpa fikir apa yg lain cakap , dia akan buat je ayat komen sesedap rasa dia hahaha . . . kalau orang yg tak kenal saya or dia ,pastinya orang akan fikir kami adalah pasangan yg sedang bercinta huk huk huk * tersedak*

padahal tidak pun  . . . pm saya pun dia tak penah ,apa lagi jumpa or naik motor besar dia tu haish . .abang jimmy oh abang jimmy. . .  .anda buat saya gila sengsorang kat sini  . .  .!! hahaha

semalam , ke…

CARI PASAL

selamat petang awak   . . . . minggu ni kononnya saya nak cuti dari  on;ine  muka buku ,bukan apa cuti sekolah ni nak beri peluang adik saya guna fb saya tu ,almaklum dia memang tak ada akaun fb  . entah dia tu ,orang lain ada 2-3 akaun fb ni tapi dia langsung tak nak buat ! dia lebih suka berkongsi akaun dengan saya . tapi baru sehari dia guna fb saya dia sudah mengeluh ,katanya bosan je online 'pesbuk'  . . . lahai dia yg gini banyak songeh  pun boleh kata bosan ,apa tah lagi saya ni . . .

tulah ritu orang nak deaktif ,awak tak bagi  . . .ucap saya seloroh .

laaaa. . .buat apa nak deaktif nanti kang kalau ada sesak-sesak kan boleh  guna . . katanya selamba . . .

what???? sesak-sesak?? apa tu ?? saya tanya soalan bodoh !

adoi !! dia ni fikirannya dikotorkan  la tu ,maksud orang ni bila bosan-bosan boleh la guna ,time sunyi ke,time takde buat kerja ke  . . bukan time sesak tu laaaaaa. . . .  hishhhhh .  . . . *dia garu kepalanya*

saya jawap . . owhhhhhh . . . . .*padahal say…

ENTAH APA-APA

Awak  . .harini saya dah terkurang ajar dengan seseorang di taska saya ni . orang yg saya dah tolong selamani , rupanya makin ditolong makin pijak kepala pulak dia .  tolak ansur sudah pun saya buat mengenangkan dia dah lama saya kenal . tapi kali ni memang alasan dia tak masuk akal sehingga buat saya hilang sabar . kalau sebelum ni saya kata ok la , tak pe la, ye la  . .tapi kali ni memang makan kurang ajar lah dia saya buat.

awak . . saya tak pernah kurang ajar dengan orang . say ajarang marah or ambil hati pada orang , lebih lagi kawan baik . tapi kalau dah melampau . . . takkan saya nak tahan kesabarannya ??

awak  . .oo awak  . . . kawan saya tu  . . . dia kan dia buat . . . .sob . . .sob . .sob . . .

pe dia buat yunk . . . . . . * suara manja awak tukan ? heeee

dia kan . . . . dia hantar anak dia kat taska saya ,sedangkan dia tak kerja hari ni then dia cakap , tie aku letak anak aku kat taska kejap eah . .aku nak mop rumah ,susahla ada anak nak buat kerja  . . .  .

awak !!! mop r…

TIME SENGAL

Image
Awak  . . .
kat luar tu langitnya mendung ,manakala kat dalam rumah ni . . . .
entah apa yg sedang belaku kat dalam rumah ni saya pun tak dapat nak bayangkan . cuti sekolah macam ni takde ketenangan dapat saya gambarkan . hanya suara adik-adik yg meriuhkan suasana . kapal nak karam pun tak kecoh macam ni . sabar je laaa . . .

kalau mendung-mendung gini ,aktiviti paling sempurna bagi saya selepas perut kenyang ialah tidur , tapi disebabkan ada tugas yg menanti makanya saya kena tabahkan hati untuk tidak tidur sekarang . . lahai  . .siksanya batinku  . . . . menahan diri dari tidur sedangkan dikelopak mata ni dah macam diletak batu bata ditapak projek tu .

sekarang ni melayari muka buku bukan lagi jalan terbaik buat saya untuk menghilangkan bosan . kalau dulu bila sunyi dok rumah je , log in je muka buku ,pastinya bibir saya tak lepas dari senyum ,sengih sengsorang .. . malahan kadang-kadang tu boleh juga saya tergelak kuat sebab terlalu lawak bagi saya ! tapi tu dulu . . .sekarang ni…

BOSAN

Hai awak .. .

petang  ni agak tenang buat saya , entah mengapa saya rasa  macamni sàya pun tak tahulah . apakah sebab  saya puas tidur malam tadi atau sebab perut terlalu kenyang makan nasi baryani tadi ? atau kerana cuaca mendung diluar sana .. awak saya mengantuk ni tapi kena tahankan jugak sebab geng satu alam saya kan datang kejap lagi ni,  apa itu geng satu  aĺam saya !??! tàk lain tak bukan ialah sang LESSBIE nd the PENGKID la . pernah tak awak terfikir . . .mengapa saya yg normal berkawan dengan mereka ?

nak tahu sebabnya?
tak menyesal kalau dah tahu nanti ?
apakah awak fikir saya pun dah seperti mereka ?
reject lelaki  lepastu terima kaum sejenis pulak ?
jawapannya next entry la .. dah azan asar , saya nak solat  dulu kang geng saya datang kang  , säya leka pulak bersembang . . .maklumlah kan manusia kan pelupa dan selalu leka . . .

SIFAT SEMULAJADI

hai awak . . .
cuti sekolah sudah pun bermula !
bagi adik-adik yg baru dapat  keputusan STPM dan SPM tu , selepas ini dapat lah buat keputusan yg tepat untuk meneruskan kehidupan ! jika rasa layak dan larat lagi untuk menyambung pelajaran ,makanya teruskan lah . tapi jika rasa dah tak mampu dah nak belajar.otak dah beku ! tak mampu menampung ilmu dunia lagi sebab memory kad sudah penuh , makanya hentikan niat untuk belajar tu ,dan carilah kerja yg bersesuaian dengan diri anda dan pastikan ianya adalah satu kerja yg halal  !

pada saya apa guna pelajaran tinggi kalau masih tak reti hormat pada ibu bapa ,pada orang sekeliling ,pada kawan-kawan dan pada semua ahli masyarakat nya ? biar rupa buruk ,tak handsome ,tak berapa nak  bijak pandai ,tak kaya raya tapi tahu menilaikan perasaan orang lain ,pandai ambil hati ibubapa ,tahu jaga adap sopan dan mempunyai kuasa ilmu sivik yg terhebat ! makanya itu lebih nampak hebat disampaing orang-orang yg hebat-hebat ! persoalannya :

betul ke kata ora…

LANGKAH SUDAH BERMULA

Alhamdulillah . . .sangat bersyukur bila doa saya telah pun dimakbulkan oleh Allah . rasanya bulan ni banyak dah permintaan saya pada Allah , malu jugak rasa nya asik dok meminta je kerjanya . tapi itu je yg saya mampu buat ,selain berusaha ,saya hanya mampu berdoa . Aaamiinnn ....

harini satu lagi keputusan muktamad sudah pun saya buat , iaitu hentikan guna nombor handset yg ada tu . sebabnya ? letih dah nak guna ! dan ianya bagai tak berfungsi lagi ,so sudah pun berpesan kat kawan-kawan yg nombor tu bukan milik saya lagi sekarang .  tak payah la call or sms saya lagi guna nombor tu sebab nombor tu sudah pun saya bagi kat  someone !

ini merupakan nombor ke lima saya telah guna tapi  saya tak buang ok , saya bagi kat orang lain pula . macam pelik je kan ? dan kelima-lima adalah nombor Maxis :p ! untuk apa ada nombor handset kalau takde orang call kan ? takde orang nak sms  or apa-apa yg perlu .

so dengan lafas bismillah saya lepaskan nombor tu kepada insan yg bernama F*I*B*O - nama sa…

BUAT DERK EKK ?

malam ni mata nak tidur tapi kata hati , kejaplah malam masih muda lagi tu , lagipun  bukan ada suami pun nak tidur awal ni . .ahakz *mengenyam jek * ok disebabkan tiada suami makanya malam ni saya tidur lewat sikitlah ye ,esok-esok kalau dah ada suami ,lepas menuntun Buletin Utama di TV 3 ,saya sudah masuk tidur hahaha . perh best tidur malam ni sebab diluar sana gerimis selepas hujan lebat sakan petang tadi . .alhamdulillah berasa juga hidup di Jepun kalau sejuk-sejuk begini  phewww . .  perasan pulak ~

bila tak boleh tidur ,jari mesti berjalan kan  . . tapi ingat jari tu bukan meraba ye tetapi menaip entri la . nak share something kat awak semua  . saya ada banyak hal nak luahkan disini malam ni .

pertamanya saya nak tanya awak  apa awak rasa ketika awak sedang dalam mood beria-ia nak send massage (SMS) to someone sebab awak terlalu rindu kat dia . dan bila sudah dihantarkan texts tersebut ,makanya someone itu hanya akan balas  : sorry i am busy ,sedang menuntun ni . . . *padahal m…

IKLAN YG PEH !!

ahha kali ni cik Lyenda nak membebel jap .pasal iklan-iklan yg disiarkan di facebook ni . banyak yg telah mengaut keuntungan dengan memperkenalkan produk mereka kemata pengguna . tak kira berapa pun harganya ,jika mereka tertarik dan berminat  ,kompem dia akan komen :'' pm  hargenya  ye yunk '' hahaha tak kiralah penjual tu sayang dia ke tak , ayat dia hampir begitulah rupanya hikhikhik . . . lantak ko !

tapi ! ahha ada tapinya tu . .  terdapat jugak yg menjual produk 'power' ala ,korang pastinya selalu dah jumpa . . .ayat dia memang power , tapi belum tahulah produk dia power ke tak . . yg paling power iklan dia .. .  awak nak baca ?jum . . . .

**
Lebih ketat Lebih rapat! Spray je 2 kali sehari!
Untuk kesan yang lebih mujarab amalkan penggunaan produk *jenama W*

**
"5 hari suami minum *Jenama W * dia lebih bertenaga!
yang pasti suami lebih bertenaga bila bersama..hehe"

**
2 hari guna bau badan hilang! Bab ketat  . .
memang tak  boleh disangkal lagi..…

CONTOH

hai awak . . .


sambil menaip ni mata saya sedang menuntun progrem *romantika @astro ria .   kali ini berpeluang menuntun kisah pasangan Yusri KRU & Lisa Suriani. . lihat je pada rumah , ofis dan semuanya yg mereka ada tetiba mulut saya bersuara perlahan  " waw . . . hebat kan dia org ni . .! muda lagi dah punya harta begini hebat ! ye awak . . semua tu rezki mereka kan . .


dan  yang sebenarnya bukan mudah utk mendapatkan semua itu kalau dalam diri itu ada sifat  buruk seperti malas belajar - malas usaha - malas kerja dan  malas nak mencuba .


setahu saya Yusri pada zaman bujangnya seorang yg sangat rajin berusaha dalam membina empayar KRU *bersama 2 lagi abangnya * Jatuh bangun mereka bertiga semuanya dapat diatasi dengan jayanya  . mana kala Lisa pula seorang penuntut yg rajin belajar sehingga melayakkan beliau menjadi seorang  bakal peguam yg sangat cantik  .

Dan akhirnya atas dasar apa yg dipanggil JODOH , makanya mereka disatukan dalam istana bahagia sehingga sekarang . ap…

LELAYANG

mungkin ini lah keputusan terakhir saya  . . . . melepaskan layang-layang yg lama dah saya pegang talinya . lepaskan ia bebas terbang diudara  sendirian tanpa saya  . . .ditiup angin lalu hingga ke distinasi terakhirnya . dan pastinya selepas itu saya takkan dapat menyentuhnya lagi dan pastinya saya takan nampak kelibat dia lagi . .  DAN untuk semua yg bakal terjadi tu , saya mengaku mungkin sukar tapi saya memang kena terima kenyataan ini . .  . ye . . saya lepaskan awak ''lelayangku''

BIJAK ADA TEMPAT

Image
Hai awak  . . .
dalam suasana malam yang dingin , saya cuma mampu lepak dengan Mia sambil layan dia main game , sejuk nya angin malam ni . . . .sesuai untuk mimpi kot tapi mata ni belum nak pejam pulaknya padahal perut dah kenyang dari tadi asik mengunyah je ditambah dengan air nestcafe dah 2 mugs habis kami minum !mengade je kan . . .  nak tidur tapi minum air berkafien ,memang lah tak mau pejam mata tu hehehe . . .bijak tak bertempat ni namanya * mama selalu cakap macam tu *

bila sebut bijak tak bertempat . . baru-baru ni saya hampir -hampir terlanggar sebuah kereta waktu memandu pulang ke kampung dari Johor Bahru , dalam keadaan jalan yg padat dan sesak ,tetiba sebuah kereta mencelah ketika saya sedang elok berbaris dalam Q akibat jalan yg jem teruk . nasib sempat tekan brek ! kalau tidak . . boom !! tebabooo . . .  haish . . .syukur pada Tuhan untuk semua yg dilindungi itu . . . aaminn ..  . mau bukti ?






nasib member sebelah sedang snap gambar dia waktu itu so dapat la dia tangkap …

RINDUKU TERLERAI SUDAH

Hai awak . .

maĺam ni tak de benda menarik nak saya kongsikan kat awak . . . apa ygsedang berlaku didunia realiti saya sekarang ni ialah :


* saya happy gila bila yg saya rindu selama berminggu  - minggu lamanya tu dah pun menghadirkan dirinya untuk saya . dia berjaya buat saya tersenyum semula , diaberjaya buat tidur saya lena , dia berjaya mendinginkan kamar kesayangan saya  . . . dia ialah hujan  !! ye awak  . . .semalam dah hujan dirumah saya ni . hampir 6 minggu  kawasan saya tidak ditimpa hujan awak . . dah naik. kering kontang dah laman saya tu . . serupa jiwa saya gakk . . hmmmm  . . redha . . .

awak oo awak . . . saya rindu awak . . . *bercakap dgn tiang lampu depan rumah  . . . .ha3



AYAT CIK LYENDA

Image
ayat pelik dari minda cik Lyenda malam ni :

jika nak couple ,couplelah dengan penjual minyak  wangi kerana  harumnya akan tetap  kekal di taman hati kita walaupun dia telah lama pergi meninggalkan kita sendirian . .selamat malam ,esok jumpa lagi

~assalammualaikum arjuna hatiku :3


PERLU KE ITU ?

lahai  . .  pesbuk tak leh lepas nak bukak ni ,line dah hancor ,rasa nyampah sesangat kat maxis ,tapi hari-hari nyampah pun tapi masih setia melanggan . .  tulah orang perempuan ni ,  mulut  je kata benci tapi hati still sayang . . .  lainlah orang lelaki mulut kata sayang tapi dengan orang lain cakap dah benci . . eh ! :3 maafkan saya ...

awak bila sebut hal jantina ,ada banyak aspek yg perlu dielakkan diantara mereka .iaitu jantina jantan dan jantina betina  eh ! maksud saya perempuan lelaki la ,jantan ,betina itu untuk haiwan je . jika antara mereka itu bukan adik beradik atau anak -beranak ,makanya ada benteng halal dan  haram disamping mereka.

kadang - kadang bila didalam sesuatu kumpulan , semestinya ada sang perempuan dangan sang lelaki .lagi-lagi kumpulan yg aktif aktivitinya . mereka dilihat agak sporting ! enjoy dan happening sungguh kan . tapi bila kita lihat disudut agama kita ,wajarkah pergaulan itu ? contoh la kan bila ada satu -satu perjumpaan , semestinya ada acara tem…

TEGUR DENGAN CARA

hai awak . . . .
seronoknya mereka dah dapat hujan hari ni kan ,alhamdulillah . .tapi kat tempat saya cuma mendung je awak ,hujan tak lagi . .  . tapi saya takkan pernah letih berdoa dan akan terus mengharap agar hujan akan datang menyejukkan halaman saya ini . tanah didepan rumah saya tu  dah gersang dah awak ,macam gurun sahara gayanya cuma takde unta jek heee ~

sekarang ni kemana-mana saya pergi orang duk sebuk story pasal bomoh ! apakah punca (lu pikirlah sendiri)  tapi pada saya lah kan abaikan je yg mengarut tu sebab ianya bukan je menunjukkan awak menghina ' perkerjaan partime ' bangsa awak  ,lagi dasyat awak seolah-olah memberitahu dunia bahawa orang melayu kurang cerdik ! kalau pun ianya salah disisi agama  ,ye . . biarlah orang kuat agama yg menegur ,itupun dengan menegur secara peribadi ,bukan dipaparkan di seluruh sesawang ni ! sungguh mudah menghina orang kan ? andainya salah seorang yg terlibat tu ahli keluarga kita ,tidakkah kita sudah merasa terhina sedangkan n…

YOU MAKE MY DAY

Assalammualaikum . . . .

pernah tak terfikir yg orang yg dahlama hilang tetibe muncul semula dalam hidup kita ? ni bukan lah bermakna orang yg dah mati hidup semula tau ! ni bermaksud orang yg kita dah lost berita tentang dia tup-tup dia muncul kembali !  yes . . .  i like ~

tak kiralah apa je dia dikehadiran keduanya ,yg pasti dia masih ingat kat kita . kalau dulu waktu hilangnya dia sebagai superman ,biar aje kali ini dia hadir sebagai ultraman . . ah ! tak kesah pun yg penting ' man' nya tetap ada di belakang namanya dia . . . man tu yg bermaksud lelaki ok ,bukanlah Razman :p

lagi buat hati ni tambah gembira bila kehidupannya sekarang semakin bahagia disamping insan - insan yg tersayang ! pheww. . .  syukur ,syukur ya Allah . . . .  umpama mimpi dalam mimpi jugak saya  tadi  .

awak  . .apa yg sudah  terjadi biarkan je berlalu . awak adalah awak yg sekarang ,walaupun saya masih saya yg dahulu  . . ceh . . tak mau kalah tu hehe . . apa yg saya nak sekarang ni : kehidupan awa…

SEMBANG HATI KECIL

pukul 1 am

hai awak jari saya ni kan rajin pulak malam ni nak menaip , tunggu mata pejam lambat lagi kot . sebenarnya hati ni nak sangat meroyan 'time-time' macam ni . tapi untuk mengelakkan spekulasi kena gak lepaskan di blog ,untuk dilepaskan di timeline memang payah la . *ceh 'spekulasi' tu * hee

hati kecil saya  berbisik . . .
psst2 cik Lyenda . . .hang tak rindu kat someone ke ? emmm .... sejujurnya ku tak bisa ,hidup tanpa ada kamu aku gila ~ heeee .... karoke memalam pulak, siyes  rindu la ni ... tapi saya masih pro untuk menahan 1jutajenis  rindu ok ,so tak nampak lah sangat yg saya sedang merindu ... hehehe

suara luar : ape ko merepek ni peah oiii . . malam dah ni janganlah taip ayat bukan-bukan ,makin mengantuk mata aku ko buat laaaa . . .

opsss , ada blogger tak suka saya merepek soalnya hati ni . katanya janganlah sampai soal perasaan pun nak cerita orang ,kasi je Allah yg tau abis kes !  ok truly saya akan bacakan al-fatihah kat someone yg buat saya teri…

MEMBEBEL SENGSORANG

Assalammualaikum awak . .

nampaknya dah hampir lebih 24 jam saya tak dapat mengeluarkan idea untuk meroyan kat blog ni .nampaknya makin hari aktiviti harian saya makin penuh dan padat . tapi malam ni bila jiwa dah hambar maka saya lepaskan satu persatu aktiviti tersebut . apakah yg terjadi ??

bila post ke 1000 saya sudah pun dipostkan ,makanya setiap saat dan masa yg terluang saya gasak mengintai info berkenaan MH 370 ! GILA ! memang hebat ! kejutan demi kejutan terbongkar ! padahal saya bukanlah seorang pakar dalam hal ni tetapi kali ni saya sudah  terjebak ! hati seorang warga negara sudah jadi sikit kecewa bila mana :


~ bahan bukti yg dijumpai telah pun ' tertenggelam'
~ bomoh hebat melakukan aksinya
~ orang luar ingat malaysian tak bijak
~ orang malaysia kutuk orang malaysia

ada banyak sebenarnya tapi untuk tidak mahu review maklumat yg awak ada tu , maka yg tu pun rasanya dah cukup kot buat saya ( warganegara )  rasa kecewa . siapa makan siapa ,menjadi tanda tanya disini …

KEMBALILAH KEPADANYA

selamat petang awak . . . .

bila sekeping hati itu runsing ,pastinya semua aktiviti yg dibuat seharian tidak menjadi dengan sempurna kan ? jiwa celaru ,.fikiran kusut ,cakap entah apa-apa tanpa hala tuju yg hendak disampaikan .

bila kita berada disituasi macamtu apa kah jalan terakhir perlu kita lakukan? bila mulanya kita dengan takdir Tuhan maka jangan pernah sepanjang masa lupakan DIA . jiwa kacau ,serabut , fikiran jadi pusing dengan kehidupan yg ngeri dan trajis ,adalah lebih baik kita berserah diri padaNYA . kerana itu lebih baik dari kita terus-terusan menyembunyikan masalah sehingga menyulitkan lagi keadaan .

caranya dengan bertaubat dengan hati yg ikhlas serta menyerah diri pada Allah sepenuh jiwa dan raga ,mohon keampunan pada tiap kesalahan dan sentiasa merendah diri dan kuasa NYA .


ye itulah terapi yg terbaik utk jiwa yg sedang serabut , doa kita,harapan kita,air mata insaf kita adalah perantaraan untuk membuatkan doa kita  terpilih . digalakkan  tak jemu melakukan solat ta…

SOALAN MAUT

Image
eh ! ade lagi ? ok ok last kopeq sebelum tidur ni . . .ceh ayat ni lama dah tak guna 'last kopeq' heee

awak selalukan dapat soalan?
pernahkah soalan yg awak dapat tu awak rase pelik?
ahha pada malam minggu yg lepas saya dihujanni dengan soalan pelik yg pertama kali saya dapat diinbx muka buku saya . dan ini bukan utk mengaibkan sesiapa tetapi harapan saya lainkali kalau tak mau diblock atau dibenci sebaiknya tanyalah soalan yg elok - elok sikit kan, taklah menjadi marah orang dan awak bayangkan kalau saya ada sakit jantung ,kompem masa tu saya koma terus sebab terkejut  . . .

inilah soalan yg mempunyai garam meneral laut dalam !!Dan dia dapat habuan yg setimpal dengan soalannya terakhirnya  . .alhamdulillah . . and sorry again :3 * ( stock gelak dlm hati pun ade ni oii )

Conversation started Sunday 3/9, 1:11am Dendqm HipPiesz

harap jgn marh ya .. lau prtanyaan ak ne .. Biadap .. Hehe
sya nk tnya .. Dan mau tau .. spender warna apa yg yenda kai malam ne ... Hehe
sekali lge minta …

ISI SAMA , MAKSUD LARI

ah mata tak boleh lelap lagi . . .

blog walking ke blog otai-otai berbicara ni memang power ayat mereka ,namun untuk tidak menjerumuskan saya kelembah politik dan jurang dalam yg menghanyutkan dengan itu saya pun memang sangat mengelak dari entri-entri  yg berunsur perbalahan sesama bangsa ni . maka lebih baik saya hanya membaca dan tidak menjadi follower mereka kerana rasanya menghayati penulisan itu lebih penting dari menjadi pengikut mereka yg sekadar untuk memenuhi ruangan  follower .


antara ayat yg menarik hati saya membaca pada malam ini  ialah pada kata-kata yg berbunyi :

jika anda tidak paham apa erti penulisan ini ,lebih baik anda diam dari anda berkomen dengan ayat yg menunjukkan anda adalah seorang yg bodoh.

*aduh pedas . . . .

ye tukang buat entri dengan tukang baca pahaman mereka amat berbeza ! ada ketika lain yg dimaksudkan penulis blog ,lain pula tanggapan si pembaca blog . kadang-kadang juga ,niat baik tukang taip jadi benda tak baik pada tukang baca.

dalam konteks ini…

POST YG KE 1000

Image
Salam sebelum tidur  . . .

mulanya nak pejam mata tetiba masuk pulak kat  tab baru tekan pada ' Yenda ixati -All posts . bila selama ini saya selalu menanti kehadiran post ke seribu saya ( 1000 ) dan alangkah terkejutnya saya dapati post ke 1000 saya adalah berkaitan . .  . tengok gambar ni


ye !! ianya berkaitan MH 370 ! ah kebetulan barangkali , tapi saya amat membimbangi akan trajedi ini dan saya amat menanti kehadiran post ke 1000 saya itu selama ini  . . sesungguhnya Allah lebih mengetahui akan segala-galanya . . .waallah hualam . . .

SEBAGAINYA APA SAYA INI ?

hi awak . . .

Ada kawan dok pm tanya nape blog cik lyenda lain bebeno 2-3 hari sejak kebelakangan ni . . . takde mood jiwang jiwe lagi ke ? lahai beb , utk apakah jiwang  bagai kalau takde apa yg nak dikongsikan pasal jiwa-jiwa ni kat awak .

saya hanya blogger yg akan meng update perihal dunia saya ,kisah cinta saya ,kisah  kehidupan sekeliling   saya , rasanya tak selalu lah saya update pasal anak ke ,pasal suami ke ,  bukan sebab saya malu atau mahu privacy tapi saya memang tidak memilikinya . . so ?? hmm harap maaf  lah ye . . . kena tunggu lah 2-3 tahun lagi or. .maybe 2-3 bulan lagi ke? eh ! *menggedik la tu * hee

ingin saya nyatakan disini perkongsian idea saya ini sebenarnya hanya untuk menyatakan :

sebagai orang muslim saya perihatin pada agama saya
sebagai anggota masyarakat  saya perihatin pada jiran tetangga saya
sebagai warganegara saya perihatin pada negara saya
sebagai awek muka buku saya perihatin dengan member mukabuku saya
dan sebagai blogger saya pun ada jugak peras…

SAYA BUKAN SESIAPA

Assalammualaikum . . .

hari ini hati saya mula gelisah bila mengenangkan apakah kesudahannya dengan negara saya Malaysia . ye saya mengaku bahawa saya bukanlah penganalisis ekonomi ,bukanlah pemerhati politik dan bukan lah siapa-siapa di Malaysia ni . tetapi disebabkan saya ada sekeping my kad yg menunjukkan bukti saya adalah warga negara ,maka layak juga lah saya khuatir dengan Malaysia saya sekarang ni .

Malaysia dikenali sebagai tanah melayu satu ketika dahulu , kini kita jadikannya sebagai  negara 1 Malaysia yg terdiri dari berbagai golongan bangsa dan pahaman politik  dan semakin hari  kita dapati Malaysia makin maju dengan berbagai pembangunan dan pembaharuan nya . namun kita tidak boleh menyangkal bila saat satu keluarga itu bahagia pasti ada yg tidak suka terutama orang -orang yg tamak haloba, ada saja hal yg bikin kebahagiaan itu musnah  ,maka kita dapat lihat beberapa kejadian yg tidak pernah kita duga terjadi  di Malaysia baru-baru ini.

dimanakah kita dikala 'bahagia&#…

PERTANYAAN : 10.3.2014

assalammualaikum

bila Malaysia digegarkan dengan kehilangan MH 370 , 3 hari lepas, bukan saja semalaya malahan satu dunia turut bersimpati . kehilangan yg menjadi 1001 tanda tanya pada tiap individu termasuklah saya walaupun didalam kapal terbang itu tiada saudara mara saya tetapi ianya memang menyentuh perasaan saya sehingga saat ini .

kali ini semua '' manusia berhati mulia '' sudah pun memainkan peranan  masing-masing . apa yg saya maksud kan . orang -orang yg terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam pencarian tersebut . bertugas tanpa mengenal jemu dan letih .berusaha dari satu masa kesatu masa walaupun tiada tanda-tanda yg didapati . memberi infomasi pada seluruh penduduk dunia apa yg  terlaku dalam satu ketika ,kesatu ketika yg lain . sedikit je info cukup membuat sedikit hati yg bergelora menjadi sikit tenang . asalkan info yg diberi itu sahih dan bukan info yg palsu !


jika diketahui sedangkan pegawai penerbangan dari luar negara yg berpengalama…

CINTA DAN KAWAN

salam malam minggu . . .

bila tengok terlalu banyak berita atas angin yg dibawa oleh pengguna laman sosial ni ,makin jemu dan bosan pulak hati nurani saya malam ni . makanya lebih baik saya meroyan kejap sebelum mata diulit mimpi  . . .

bila kita cerita pasal berkawan , apa yg penting ianya mestilah jujur ! kan ? paling ciput pun jujur time susah , ye tak ? eh  !! bukan lah kawan adalah ,ketika susah dan ketika senang dimana-mana je , bila-bila sahaja ,bukannya time susah baru nak cari kawan .

pada saya berkawan ni kena ikhlas 100% baru kekal . bila sebut kekal biasanya persahabatan yg karib akan kekal jika dijauhi dari satu perkara iaitu cinta !

ye perasaan cinta boleh merosakkan tali persahabatan seseorang kerana didalam cinta ada pelbagai perasaan termasuklah cemburu . seseorang akan merasa cemburu apabila pasangannya bergurau dengan sahabat-sahabat nya  yg lain . kadang kala membalas massage pun sudah dicurigai,sedangkan dia tahu pasangannya hanya membalas massage dari kawannya .

MH 370

Image
hai  . .  pagi tadi negara kita dikejutkan berita kehilangan pesawat  MH370 milik Malaysia ( MAS )bila ianya gagal dikesan diradar sekitar waktu 2.40am . waktu tu saya baru nak lelapkan mata selepas berblogging . . .





malam ni saya  berpeluang menyelami pelbagai andaian dan cakap-cakap pengguna muka buku yg menjadi senarai kawan saya dan followers saya . sudah menjadi kebiasaan mereka lebih bijak membuat andaian dan meluahkan pandangan mereka . antara  suka atau tidak ,kita kena terima bahawa dunia sekarang sering dipenuhi oleh andaian berbanding cerita yg sebenar . jum kita baca apa kata mereka yg baik buat tauladan yg tak memuaskan tu jadikan je angin orite . . . . :



status pertama :
11 tahun punye pesawat.. wa rasa mmg xselamat buat flight jauh jauh.. bayangkan kereta 11 tahun kl ke china korang rase selamat sampai ke..nk kaya pon hagak hagaklah kn..dulu penah berbunyi kereta 10 tahun xselamat..apa kes pesawat 11 tahun selamat.. tamak nyusah kn org..only in ????!!

status kedua :
I…

AMALKAN

Image
selepas solat subuh bacalah  doa ini  . . .

APA MAHUNYA

Image
Salah siapa jika perkara seumpama ini berlaku pada kanak-kanak bawah umur ini ?salah ibubapanya kah ? salah guru-gurunya kah ? atau salah kawan-kawannya kah? atau mungkin salah internet atau media electronik kah? apa yg menarik dimata sepet saya ni . . . nawaitu mereka untuk jadi pailang semalaya sungguh berani !


kenapa perkara sebegini terjadi dikalangan murid sekolah rendah yg beragama islam dan berbangsa melayu ?mana hukum hakam yg mereka perlu ambil tahu ? kalau sebaya ini pastinya sudah dihantar ke sekolah agama ,pastinya sudah tau membaca bab halal dan haram tahu antara dosa dan pahala . . .


ok fine ! katakan lah itu hanya lakaran biasa-biasa yg boleh dicuci ,bagai mana jika dewasa nanti ? besar kemungkinan mereka mahukan yg lebih power dari yg ada sekarang ni ! yg orignal ! yg hebat ! sedangkan sah-sah benda ni tidak dibenarkan dibawa bersolat !


masyaALLAH . . .  nak di rotan nanti cikgu akan didakwa ,nak diberi makan rumput nanti cikgu dibuang sekolah ,nak di letak celah keru…

CUTI YG TEPERANGKAP

Image
ALHAMDULILLAH . . .

jumaat datang lagi dalam hidup kita , tapi tak tau lah  jumaat minggu depan kita jumpa ke tidak ye . . .waallahhualam . ..

harini orang kerajaan negeri Johor cuti , sama macam penduduk Kelantan ,Terengganu dan Kedah , apa yg penting kewajipan hari ini dapat di jalankan dengan sempurna dan mendapat kebarokatanNya , aamiinn .

harini jugak  ramai orang masih menunjau-ninjau apakah aktiviti yg sesuai dijalankan petang nanti . pada yg sudah berkeluarga mestilah membawa anak dan isteri jenjalan . lepak pantai ke ,lepak tepi tasik ke ,lepak tepi sungai ke . . ..  atau bersiar-siar di taman bunga barangkali .

tetapi bagi saya ,untuk cuaca yg kurang memuaskan kali ni ,ada baiknya saya hanya duduk dirumah sahaja pada cuti-cutinya ini kerana diluar sana jerebu , cuaca panas , bakteria aktif , sedang menjalankan aktiviti masing-masing dan saya alah pada keadaan begitu .

*aku insan yg lemah . . ceh :3



EMOSI SEKARANG

Lahai . . mata makin berat , tapi jari-jari masih mengada nak  menaip , esok pepagi dah merayap nak cari rezki . mohon Allah permudahkan  semua urusan saya esok , aaminn . . .

jika berjanji ,jangan pernah untuk katakan itu janji saya ,kerana mungkin janji itu akan diubah ,maklumlah kan manusia ,mana ada mempunyai perasaan yg satu . elok-elok hari tu saya dah janji tak mau dah on muka buku  ( fb ) tapi bila asik diserang oleh massage dari teman-teman alam maya ,akhirnya saya pun cair lah , makanya janji hanya tinggal janji . hampeh je ...

tapi buat masa ni biarlah fb saya tu sunyi sekejap , walaupun saya ada online tapi mood belum lagi panas . masih tercari-cari status apa kah yg meletop untuk dipost kan esok harinya sebab malam ni saya memang takde mood .

akhir sekali dalam mood down  gila ni ,dengan cuaca yg sehangat nya , saya nak beritahu yg saya sekarang dah tak mampu berjaga hingga lewat malam . sedangkan tidur puas dimalam hari , bila siang harinya pula saya begitu mudah untuk  …

MASIH MENYINTAINYA

malam ni , sambil layan blog  , saya juga teman kan adik saya yg kecil ni yg berusia 11 tahun buat kerja sekolah nya . tiba - tiba dia bercerita pasal kawan baiknya yg sudah pun diambang cinta monyet ! mulanya saya tak perasan , tapi bila di ulangkan semula dalam minda ni . . . what??!!! korang kan masih bawah umur lagi ? how can wahai budak mentah ???

kata adik :  bukan saya lah kak ,tapi kawan saya tu ... dia jatuh cinta dengan budak sekolah lelaki yg belakang sekolah kami tu , owh saya paham ,sekolah adik saya semuanya perempuan dan dibelakang sekolahnya ada sebuah lagi sekolah yg mana murid-muridnya semua lelaki . waw !!! hebat ...saya memerli dia ...a'ah kak ... hari-hari dia tulis kat diary dia tu , semua nya ada kisah Capital M ...

perh...kalah akak kau ni nampaknya ,akak takde pun lagi capital-capital ni  ,korang dah ada pulak ye? ...akak !!!! bukan saya tapi kawan saya laaaaaaaaaaaaa . . . . . . adik saya merengek sambil hentak -hentak kaki kelantai . aip..aip kaki tu nak…