BUAT DERK EKK ?

malam ni mata nak tidur tapi kata hati , kejaplah malam masih muda lagi tu , lagipun  bukan ada suami pun nak tidur awal ni . .ahakz *mengenyam jek * ok disebabkan tiada suami makanya malam ni saya tidur lewat sikitlah ye ,esok-esok kalau dah ada suami ,lepas menuntun Buletin Utama di TV 3 ,saya sudah masuk tidur hahaha . perh best tidur malam ni sebab diluar sana gerimis selepas hujan lebat sakan petang tadi . .alhamdulillah berasa juga hidup di Jepun kalau sejuk-sejuk begini  phewww . .  perasan pulak ~

bila tak boleh tidur ,jari mesti berjalan kan  . . tapi ingat jari tu bukan meraba ye tetapi menaip entri la . nak share something kat awak semua  . saya ada banyak hal nak luahkan disini malam ni .

pertamanya saya nak tanya awak  apa awak rasa ketika awak sedang dalam mood beria-ia nak send massage (SMS) to someone sebab awak terlalu rindu kat dia . dan bila sudah dihantarkan texts tersebut ,makanya someone itu hanya akan balas  : sorry i am busy ,sedang menuntun ni . . . *padahal massage awak tu sebulan hanya sekali je pun dihantar kepadanya . . . . diulangi 'apakah yg awak rasa ketika itu ?

kedua nya pulak apa yg awak akan katakan bila awak cuba untuk menanyakan khabar someone tu lagi . call memanglah tak dapat sebab dia terlalu sibuk ,lalu awak hanya menghantar ayat bertanya khabar padanya di inbox muka buku ,apa yg berlaku ialah dia hanya membuka inbox tu tanpa membalas apa-apa text or icon ! what you feel thats time babe ?

ketiga nya ,bila awak cuba hiburkan hati yg kebosanan dengan teman-teman ,dia ada di suatu keadaan yg dipanggil online tetapi dia tak mahu pun bertanya khabar or apa-apa soalan atau pertanyaan kepada awak ? sedangkan dia tahu siapa dia disisi awak ketika tu . . .  apa perlu awak rasa ?

ok cukup 3 !
awak oo awak . . . awak nak tahukah apa jawapan saya untuk ketiga-tiga situasi diatas tu ? ok , untuk penjelasan awak mari baca jawapan dari saya ni :


JAWAPAN 1 :
saya akan jawap , someone tu memang kejam tiada perasaan apa-apa kat si tukang hantar SMS tu lagi dan tindakan yg sewajarnya . . .mendiamkan diri sehingga mampu !


JAWAPAN 2 :
saya akan katakan ,jawapannya ialah lantaklah dia ,dia nak tegurke taknak biarkan ! fb awak ,awak yg punya bukan dia punya so apa nak risau pasal perasaan dia yg semua org taktahu tu . ada baiknya teruskan aktiviti di fb tu ,jangan fikirkan someone tu lagi dah,jangan sms dia or text dia or call dia lagi ,dan doakan biarkan lah dia tu akan busy disepanjang hidupnya hingga dia lupakan semua hal termasuk cinta dan rumah tangga . .. .hahaha jahat nyaaaaa doakan org macamni  *buang karen punya itu orang !

JAWAPAN 3 :
ala baru  berkawan ,bukan berkahwin kan so ape de hal nak jeles bagai . abaikan je orang yg cemburu tak bertempat tu *cehh* apa yg perlu diingat ,someone tu kalau dia sayang ,pasti dia akan hubungi orang yg dia sayangkan ,dan jika dia sudah tak nak menghubungi tu maknanya dia ada someone else diluar sana dan untuk menjadi seorang insan yg berfikiran positif maka layaklah hati kita sentiasa mengatakan 'biar jodoh penentu segala * k ...bhaiii ~

*May dah jemu ,cik Lyenda dah mengantuk esok pukul 5 .30am dah nak bangun :)




Comments