CINTA DAN KAWAN

salam malam minggu . . .

bila tengok terlalu banyak berita atas angin yg dibawa oleh pengguna laman sosial ni ,makin jemu dan bosan pulak hati nurani saya malam ni . makanya lebih baik saya meroyan kejap sebelum mata diulit mimpi  . . .

bila kita cerita pasal berkawan , apa yg penting ianya mestilah jujur ! kan ? paling ciput pun jujur time susah , ye tak ? eh  !! bukan lah kawan adalah ,ketika susah dan ketika senang dimana-mana je , bila-bila sahaja ,bukannya time susah baru nak cari kawan .

pada saya berkawan ni kena ikhlas 100% baru kekal . bila sebut kekal biasanya persahabatan yg karib akan kekal jika dijauhi dari satu perkara iaitu cinta !

ye perasaan cinta boleh merosakkan tali persahabatan seseorang kerana didalam cinta ada pelbagai perasaan termasuklah cemburu . seseorang akan merasa cemburu apabila pasangannya bergurau dengan sahabat-sahabat nya  yg lain . kadang kala membalas massage pun sudah dicurigai,sedangkan dia tahu pasangannya hanya membalas massage dari kawannya .

jika pasangan yg sabar ,makanya akan berkekalan lah ikatan persahabatan antara mereka  dan terjalin teruslah  percintaan antara pasangan mereka . namun biasanya mana ada hati yg sabar jika cemburu menguasai jiwa dan hati jadi remuk dan resah .

akhirnya jika tidak hancurnya sebuah persahabatan itu maka akan hancurlah sebuah percintaan nya pula . ianya sangat  berhubung kait . kerana risikonya amat makan dalam . apapun bakal dikatakan bahawa semua itu adalah suratan takdir ,kita hanya mampu merancang dan Allah penentu segala . dan yakinnilah bahawa tiap yg berlaku itu ada hikmahnya .

pada saya . . .
biar putus kasih manusia ,jangan putus kasih Allah
biar hilang rasa cinta ,jangan hilang kawan baik
kerana percintaan  bukanlah persahabatan
tetapi ia hanya perasaan yg tak tentu jangka hayatnya
maka hati-hatilah . . .

Comments