KEMBALILAH KEPADANYA

selamat petang awak . . . .

bila sekeping hati itu runsing ,pastinya semua aktiviti yg dibuat seharian tidak menjadi dengan sempurna kan ? jiwa celaru ,.fikiran kusut ,cakap entah apa-apa tanpa hala tuju yg hendak disampaikan .

bila kita berada disituasi macamtu apa kah jalan terakhir perlu kita lakukan? bila mulanya kita dengan takdir Tuhan maka jangan pernah sepanjang masa lupakan DIA . jiwa kacau ,serabut , fikiran jadi pusing dengan kehidupan yg ngeri dan trajis ,adalah lebih baik kita berserah diri padaNYA . kerana itu lebih baik dari kita terus-terusan menyembunyikan masalah sehingga menyulitkan lagi keadaan .

caranya dengan bertaubat dengan hati yg ikhlas serta menyerah diri pada Allah sepenuh jiwa dan raga ,mohon keampunan pada tiap kesalahan dan sentiasa merendah diri dan kuasa NYA .


ye itulah terapi yg terbaik utk jiwa yg sedang serabut , doa kita,harapan kita,air mata insaf kita adalah perantaraan untuk membuatkan doa kita  terpilih . digalakkan  tak jemu melakukan solat taubat ,berdoa untuk diri sendiri dan orang lain, dan memaafkan kesilapan orang lain.

dan jalan terakhir yakinlah bahawa tiap yg berlaku itu ada hikmahnya dan Allah menduga pada hamba yg DIA sayang . . . .

Comments